Cinta dibolehkan mengikut panduan kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha
boleh dijadikan panduan. Allah Taala menyebut dalam Al Quran: Allah
Taala berfirman yang bermaksud: “Dan sebenarnya perempuan itu telah
berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul)
keinginannya kepada perempuan itu, kalaulah dia tidak menyedari
kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)” Yusuf (12:24)
Nabi
Yusuf a.s berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang
membawa jenayah zina.
Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga
tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan,
antaranya:
(1) Tidak dibenarkan pergaulan bebas.
(2) Tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram.
(3) Menjaga adab pertuturan dan berpakaian.
(4) Menjaga pandangan mata.
(5) Ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.
Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan.
Kesimpulan
disini..Secara umumnya perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip
dan nilai yang terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi
aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara
satu sama lain. Allah Taala sendiri bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim
(Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada
beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak-anak, jiran,
bangsa, negara dan Agama. Termasuk dalam kategori cinta juga ialah
cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada
Penciptanya dan cinta kepada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat
kepada Allah dan agama-Nya.
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment