Monday 26 July 2021

Post-mortem Program jom score fasa 1/2021

Alhamdulillah, tamat sudah program jom score fasa 1 2021 yang telah berlangsung selama 2 1/2 bulan. Ia bermula 1.5.2021 dan tamat pada 16.7.2021. 

Oleh kerana program jom score ini adalah untuk kali kedua dianjurkan, maka proses pelaksanaan nya tidak lah begitu berat seperti yang pertama dulu. 

Yang menjadi masalahnya adalah disebabkan tiada pertemuan secara face to face, menyebabkan beberapa perkara tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.




 *Yang pertama,* tiada sesi perjumpaan pertama untuk pembukaan dan penerangan tentang tujuan program ini dilaksanakan secara bersemuka.
Penerangan hanya berlaku menggunakan aplikasi WhatsApp. 

 *Keduanya* , sebarang pertemuan antara mentor dan mentee masing-masing juga berlaku secara dalam talian. Tentu sekali ada kekurangan yang tidak dapat dielakkan untuk mentee bertanya soalan yang kurang difahami.

 *Ketiga* , apabila program yang terpaksa ditangguhkan beberapa kali sehingga lambat dilaksanakan menyebabkan pertemuan antara mentor dan mentee hanya boleh berlangsung selama 2 bulan, sedangkan di akhir semester, masing-masing sibuk menyelesaikan assignment yang diberikan oleh pensyarah. 

 *Keempat* , ada dikalangan penyelaras PA jabatan yang kurang mengambil berat akan pelaksanaan program ini, menjadikan mentor lebih lambat dilantik daripada masa yang sepatutnya. Ini menyebabkan mentor kurang bersemangat untuk meneruskan sesi pertemuan dengan mentee.

*Kelima*, keakraban antara Mentor2 yang dilantik juga tidak dapat dipupuk. Sesi penggambaran yang dilakukan di akhir program kurang mendapat sambutan daripada para mentor seperti yang diharapkan.

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

No comments:

Post a Comment