Dengan perkembangan teknologi yang pesat, sekarang rasanya sungguh mudah jika dapat menyimpan data sama ada dokumen, foto dan sebagainya di alam maya. Selalunya kita menggunakan pendrive atau thumbdrive bagi menyimpan maklumat @ data.
Semasa mengikuti kursus QA tahun lepas tempoh hari, saya telah diperkenalkan dengan teknik penyimpana data di alam maya. Masa tu adik2 yang lebih muda dan lebih banyak explore, telah memberikan maklumat tentang 'dropbox' (synchronize dengan yahoomail) yang berfungsi seperti pendrive . Kalau tak salah 2 GB boleh disimpan secara percuma.
Awal tahun ini, saya diperkenalkan dengan 'skydrive' yang dapat menyimpan data lebih banyak secara percuma. Lebih kurang 7GB.
Yang penting, kita mestilah mempunyai akaun email. Seterusnya bolehlah kita simpan je mana2 data yang kita nak simpan.
Kelebihannya:
1. Tak perlu risau jika ada mesyuarat kat mana2. Jika pendrive teringgal atau tak boleh buka. Yang penting kalau ada internet, boleh je bukak.
2. Kalau lah (na'uzubillah) jika ada bencana alam, banjir ke, atau bencana kat rumah kita atau pendrive rosak atau hilang, masih ada lagi data2 penting yang di'save' kat alam maya dengan selamat.
3. Boleh bukak aje akaun dan berkongsi dengan sesiapa yang kita nak kongsi maklumat tertentu seperti foto dsbnya .
4. Boleh taip kat internet je perisian seperi word, excell, powerpoint dsbnya kalau tertinggal atau hilang laptop atau laptop buat perangai... masa pergi kursus atau meeting kat luar pejabat.
sebenarnya ada macam2 lagi kelebihan skydrive dan yang seumpamanya...
walaupun percuma, tetpi kalau nak memory yang lebih, boleh je bayar...
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment