layari juga: kerjaya-sebagai-pendidik
9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali
Di bawah ini bacaan Doa Rabitah dan terjemahannya.
Terjemahan:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau
mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong
syari’at-Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan
ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada
hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala)
hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan
tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat
(pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka
matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan
agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik
sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan
ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW,
keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”
syukran katheer.. ^_^
ReplyDeleteTerimakasih dari saya..
ReplyDelete