Monday, 2 August 2021

Covid-19 makin mengganas

Astaghfirullahal'azim

Asbab covid ni, sepupu aku sebelah ayah... meninggal dunia...
Sepupu ni kalau tak silap, engineer kat putra LRT... Meninggal dunia di hospital sg buloh, Selangor... Tapi arwah tua dalam 7 tahun daripada aku... Innalillahi wainna ilaihirajiun..


Esoknya makcik, (adik mak  tinggal di Felda sg Koyan, Raub Pahang) pulak bgtau anak makcik, Ana aka seorang sepupu aku sebelah mak, dimasukkan ke hospital sg buloh Selangor kerana sesak nafas... Semoga sembuh sepenuhnya daripada covid ni...
Suaminya juga di hospital yang sama, masuk awal lagi....

Malah dalam 2 minggu lepas seorang sahabat yang baru pencen pun meninggal dunia akibat covid... 

Harap kerajaan mengambil inisiatif yang betul dan efektif bagi membendung pandemik ni... 
Jangan ada sedikit pun niat mementingkan diri sendiri...
Nama pun wakil rakyat', nanti kat akhirat takut tak terjawab soalan ini di mahkamah Padang Mahsyar...

No comments:

Post a Comment