Saturday, 29 January 2022

Alhamdulillah... dah meeting jumaat lepas

Tetiba jumaat lepaih otak jadi pandai pulak... macam kena polish... karat2 dah bersih.. hihi.. perasan pulak...

Bila prof tanya soalan... aku jawab konfiden la pulak...

Mula2 prof tanya pasal bila ada gangguan varying gain... kenapa simulate sampai 1000 seconds... pandai je aku jawab... sebab daripada input diandaikan ada satu cycle lengkap sinewave.. jadi kita nak tengok dan analyze the output response bagi setiap detik untuk one cycle varying gain...

Yang pelik sikit, Output untuk input spin rate data  Y-Thompson pulak  bulih pulak dapat yang MPC-Lead controller lagi terror daripada MPC-PDLead controller.. Prof kata... mana mungkin... adeiii... dah run 3 4 kali... dapat lagu tu jugak...

 Test untuk Y-Thompson ini pula sangat penting bagi satelit semasa pelepasan daripada roket atau pelancarnya... sebab masa ni satelit belum stabil... satelit dijangka akan berpusing macam data y-Thompson... Jadi kita kena pastikan yang controller yang direka boleh mengatasi secepat mungkin keadaan satelit 'spinning' sebelum satelit rosak ke hapa...

Dua tiga hari sebelum tu macam terror sikit... bila tertengok tesis hani buat table mean square error... aku cari... teruih dapat output... alhamdulillah


Bila nak abih meeting, prof tanya, ada papa2 nak tanya... teruih jawab tak de apa2 dah..

Tapi bila daa abih meeting... run matlab... dah tak reti nak dapatkan output cross-coupling untuk PID-Lead controller... camne ni... cuti2 takkan nak tanya prof... isnin lah baru tanya...sedey pulak... Otak kembali jem...huhu

Monday, 24 January 2022

Ketaq3... Nak meeting dengan prof

Bukan tak study... dah study, tapi otak ni dah berkarat...

Tak dapat nak menjangkau apa yang patut direkabentuk

Daripada plant InnoSAT, macammana ya nak cari value of lead compensator nih...

Aku tau dah yang open-loop locus memang hanya berada pada imaginary axis...

Kemudian bila aku cari closed-loop locus pun berada di atas imaginary axis...

Mungkin aku kena masukkan PD controller dulu kut...

Dapat pulak s order of 3, camner pulak...