Saturday, 9 December 2023

Pandangan ku untuk menyatukan semua negara Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa



Bila melihat perjuangan tentera Islam di bumi Palestin, ianya bagai satu contoh terbaik untuk dicontohi. Para ilmuwan yang berjuang di medan perang tanpa takut kepada kematian ( syahid). Rakyat yang terdidik dengan jatidiri yang kuat dan hebat dari segi keimanan.


Apa lagi yang kita harapkan daripada mereka...

Mereka(zionis dan konco-konconya) bukan siapa-siapa 

Kita semua hanya hamba Allah yang Maha Esa 

Sama ada kita menjadi hamba yang taat atau pendusta 

Pandanganku, insan kerdil ini. Mari lah kita bersatu wahai negara2 Islam. "Bersatu teguh, bercerai roboh"

InsyaaAllah, kita boleh melakukannya. Kita juga boleh membina sendiri (sekali lagi) tamadun Islam.Tanpa mengharapkan regim zionis dan sekutunya. Melahirkan generasi berilmu sendiri, dengan membina silibus kita sendiri, tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada agama. Melahirkan lebih ramai "para ilmuwan yang berkualiti" dari setiap lapangan yang bukan sahaja berilmu, tapi seorang Hafiz dan Hafizah.

Kita boleh melahirkan angkatan tentera yang paling besar, yang digeruni oleh zionis dan konco-konconya.  Yang tidak pernah gentar menghadapi peperangan, di mana jika maut sekalipun adalah syahid, yang paling tinggi di sisi Allah. Kita tetap bermaruah dan tidak akan menuruti kehendak zionis lagi.

Membangunkan kilang pembuatan makanan dan ubat-ubatan yang halal dan selamat. Mempunyai gedung-gedung pakaian yang menepati syariat-Nya. Membina kilang pembuatan mekanikal dan elektrikal serta elektronik kita sendiri. Membangunkan teknologi kimia dan nuklear islamik. Biar mereka yang bergantung kepada teknologi kita orang Islam. Melancarkan sendiri kumpulan satelit yang lebih canggih. Biar dunia sekarang terbalik. Merekabentuk sistem IT yang mantap dan berkesan termasuk Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Block Chain, Augmented Reality (AR), Cloud Computing dan Data Analytics. Malah, semua bidang sepatutnya di tangan kita orang-orang Islam.

Kita buktikan bahawa mereka akan aman damai bila berada di dalam pemerintahan Islam...

Ya, bukan angan-angan kosong, tapi ianya boleh terlaksana, "kun fayakun", jika Allah kata jadilah maka semua akan terjadi.





My family: Dulu vs sekarang


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa

JOM BOIKOT:



Dulu, semenjak ada anak kecil (lebih kurang anak sulung umur 5 tahun), yang dah boleh makan, kalau sambut hari ulang tahun ke, sebulan sekali ke, mesti makan KFC. Semakin besar, anak2 dah pandai oder sendiri, atau beli dengan food panda @  grab... Seminggu 2x dan kadangkala 3x. Tambah2 anak bongsu ku si Sakinah, asal tak lalu makan jer, mesti oder KFC@ McD.

 Kalau makan satu family, McD pun oder, tapi jarang-jarang sebab husband kata tu produk Yahudi. Tapi aku n anak2 duk bantai makan, dah berapa byk dalam perut ni tak boleh kira dah .. bodoh nya bila difikirkan...

Tapi, dah 20+ tahun berlalu, semenjak dua menjak ni, aku dah bertaubat. Anak2 pun faham. Depa pun dah tak makan. InsyaaAllah. Aku dah ingatkan si bongsu, bila balik UM jangan duk oder dah. Harapanku, dia juga tidak tergamak nak makan 2 produk tu. 


Si abang dan kakak memang dah tak makan langsung.(mudah-mudahan benar tekaan ku).


Semoga usaha memboikot ni membuatkan Israel berhenti menganiaya dan menzalimi rakyat Palestin. Ya Allah, kalahkan kaum yang bongkak dan zalim tu, zionis laknatullah 

Hati ini terasa sakit sangat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa




Melihat perlakuan tentera zionis yang terus menerus menjatuhkan bom ke atas kem2 pelarian Palestin menyebabkan hati ini bukan setakat sakit malah sebak sangat .

Apalah yang dapat aku lakukan bila diri kerdil yang dah berumur ni nak membantu saudara seagama di Palestin. Kalau lah Netanyahu dan sekutunya mengatakan kami sebagai saudara seagama ini hanya akan melatah sekejap saja, bagi diriku tidak mungkin, InsyaaAllah.

Suami ada terbeli roti daripada kedai yang kupasti antara francis penyokong zionis, rasanya dah lebih seminggu tidak terusik di atas meja makan. Tak sanggup untuk makan walaupun sekeping roti, umpama makan daging saudara ku sendiri. Kulihat anak2 pun tak menyentuh roti tersebut, alamatnya masuk bakul sampah la esok sebab dah tarikh luput.


Tapi kadang kala terubat juga bila aku melihat atau mendengar khabar ada tentera al Qassam yang berjaya mengalahkan pihak lawan. Taktau lah apa jenis manusia insan2 zionis ni, tak langsung berperikemanusiaan.


Walaupun aku tahu penjahat2 ini akan mendapat pembalasan di akhirat kelak, tapi aku teringin sangat-sangat melihat mereka kalah. Ya Allah, berilah balasan yang setimpal dengan kesalahan dan kezaliman mereka, di dunia lagi supaya kami semakin yakin akan kekuasaan-Mu ya Allah...



Friday, 8 December 2023

Lafaz 'Aku Muslim'

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa



Adakah hanya dengan mengatakan bahawa 'saya seorang muslim' menyebabkan anda dibunuh, kedengaran tidak logik, tapi inilah realiti kehidupan di dunia ini.

Bila mengenangkan betapa kejamnya zionis, aku terfikir, walaupun mereka menganggap manusia selain Yahudi adalah binatang, tapi hati nurani mereka lah yang bersifat lebih rendah daripada binatang. Bagaikan tiada sedikit pun naluri mereka yang simpati dengan nasib rakyat Palestin. 

Bukan hanya di Palestin saja yang ditindas, warga Muslim di Rusia dan dulu di Bosnia Herzegovina, hanya dengan mengatakan aku Muslim, mereka ditindas, disiksa dan dibunuh.


Semoga segala solatku, amalanku, hidupku dan matiku hanyalah kerana-Mu, ya Allah....


Semoga kematian kami (setiap muslim), mendapat Husnul Khatimah... Aamiin ya Rabbal'Aalamin

Wednesday, 6 December 2023

Siapa sepatutnya digelar terrorist?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa




 Siapakah yang tidak mahu kehidupan yang aman, tenang dan bahagia. Siapa pula yang suka jika tanah kita diambil.  Sudah la tanah diambil, Bila nak ambil balik hak kita, sanggup berlawan bermati-matian,  dikatakan pulak kita ni yang terrorist....  Bukan orang yang rampas tanah kita tu yang terrorist... Astaghfirullahaládzim...


Begitulah nasib rakyat Palestin, semua tanah telah dirampas oleh Israel, tapi mereka pulak yang kena tuduh dengan pelbagai tuduhan, kalau tak melawan pun Israel akan bom, penghapusan etnik. Bila kebimbangan dan ketakutan melampau, sebab dah buat salah, orang2 Palestin yang telah sedia teraniaya, dianiayai lagi dan lagi dan geng zionis dan sekutunya ni bagi kesekian kalinya, dengan sengaja menyiksa mental dan fizikal mereka, air keperluan asas manusia dan semua hidupan di dunia disekat, yang lagi pedihnya, telaga2 yang ada dibom dan ada yang disimen. Mungkin Allah menguji tahap keimanan mereka, sesungguhnya semakin kuat iman mereka, lebih lagi lah tahap mereka diuji. Namun, yang peliknya, hampir semua negara2 Islam seperti tidak boleh  membantu, adakah sebab ugutan atau sebagainya? Tapi InsyaaAllah, di akhirat nanti akan terbuka segala kebenaran di atas kezaliman, kemungkaran, keganasan dan fitnah yang dilakukan oleh golongan zionis dan sekutunya. Waktu itu tiada lagi penyesalan yang akan diterima. Taubat lah sehingga air mata darah sekalipun, Allah dah tak terima.


Sebagai seorang Muslim, apa lagi yang boleh kita lakukan, melainkan memboikot sehabis mungkin apa jua produk yang dikeluarkan oleh bangsa Zionis dan sekutunya yang bersekongkol dengan mereka. semoga ini memberi peluang kepada berlakunya genjatan senjata. Tapi apa yang dapat aku fikirkan, lebih baik musnahkan sahaja negara haram yang diwujudkan hasil penindasan zionis ini. Sebab selagi mereka bermastautin di negara yang mereka jajah ini, mereka memang tidak akan bertaubat, akan berlaku siri pembunuhan yang tidak akan berhenti.

Wallahu A'lam Bishawab