Tuesday, 8 July 2014

Kisahbenar : Konflik di pejabat 1



Pembuli di pejabat

Aisyah (bukan nama sebenar)baru berusia 28 tahun seorang pendidik ketika mendapat kenaikan pangkat dan telah dipindahkan ke Ipoh. Kegembiraannya tidak bertahan lama apabila mengetahui terdapat dua staff senior yang bergabung dan sangat ‘brutal’. Cukuplah dinamakan sebagai staf A dan staf B. Perangai staf A yang agak kasar dan suka membuli terhadap staf yang kelihatan agak lemah atau baru. Perangai staf B pula kelihatan lembut tetapi semua staf mesti mengikut stail dan kehendaknya. Tidak boleh dikomen dan akan menarik muka serta tidak akan bertegur sapa jika kemahuannya tidak dipenuhi. Sentiasa memilih subjek kesukaannya untuk diajar dan jika dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas lain yang bukan mengajar staf B akan mengamuk kerana katanya dia sibuk .
Aisyah terpaksa berpindah dengan 2 anak kecilnya yang baru berusia 2 tahun dan 3 bulan tanpa suami kerana suaminya masih bertugas di Bandar J. Bermulalah episode konflik pertama kerana sikap Aisyah yang kelihatan agak lemah. Setiap hari di kantin ada-ada sahaja kata-kata menyakitkan yang dilemparkan oleh staf A. Makan tak de kuah la, takut sangat nak makan buah la, takut makan laksa kerana Aisyah ni memang kuat berpantang selepas melahirkan anak kedua. Ketika di pejabat pula, asyik diperli kerana menulis senget la,tidak pandai bergaul dan macam2 lagi.
Konflik kedua pula apabila Aisyah perlu mengajar subjek yang digemari oleh staf B. Aisyah yang agak lurus terus mengajar subjek tersebut tanpa sebarang syakwasangka setelah diarahkan oleh Ketua Jabatan. Rupa2nya staf B yang tidak berpuashati dengan situasi ini tidak lagi menyapa aisyah. Mulanya aisyah memang tidak pesan, tapi lama-kelamaan apabila staf2 wanita berkumpul, bila aisyah ingin berbual akan dipotong oleh staf B. Begitu juga jika ingin menanyakan soalan, cepat2 dicelah oleh staf B dengan menukar tajuk perbualan.
Keadaan ini berterusan sehingga setahun. Aisyah terasa seperti disisih kerana staf2 wanita lain juga seperti ingin mengambil hati staf A dan B. Aisyah lebih banyak berada di perpustakaan jika tiada kelas. bagi mengelakkan konflik daripada bertambah serius. Rupa-rupanya staf A pula menyebarkan gossip yang Aisyah tidak mahu bergaul dengan staf2 lain. Apabila staf A dan B berada di tempat yang sama mereka akan menjadi lebih berani untuk mengeluarkan kata2 pedih.
Apabila bercuti, Aisyah akan mengadu kepada suaminya kerana sudah tidak tertahan. Suaminya menuduh Aisyah terlalu sensitif dan tidak pandai bergaul. Aisyah semakin tertekan bila pulang ke rumah mertuanya yang memandang serong kepadanya kerana berpindah jauh. Memang dari awal perkahwinan lagi ibu mertuanya selalu komplen yang masakannya tidak sedap, tidak pandai mengurus rumah dan tidak bijak menjaga anak2.
Keadaan tidak berubah sehingga tahun keenam, selepas melahirkan anak ketiga, Aisyah selalu mengalami sakit kepala dan sesak nafas. Dia ke hospital. Doktor mengatakan dia perlu berjumpa pakar phisikitri kerana terlalu stress.

Setelah meneliti, keadaan ini sebenarnya boleh ditangani dengan segera jika:
1.       Pihak ketua Jabatan(atau pemimpin) cepat bertindak mengasingkan kedua2 staf A dan B yang sangat bersahabat baik ini. Bukannya hendak mengapi2kan mereka berdua tetapi menjarakkan staf ini supaya staf seperti Aisyah ini kurang tekanan di tempat kerja seperti bertukar ke jabatan lain.
2.       Aisyah juga perlu lebih positif iaitu mencari rakan2 staf di jabatan lain supaya boleh menerima nasihat daripada mereka dan menghindar dari rasa tersisih.
3.       Staf2 senior sepatutnya lebih peka dengankehadiran staf baru dan sekurang2nya boleh dijadikan tempat meluahkan perasaan atau mengurangkan tekanan. Bukannya bersekongkol dengan staf yang berkelakuan seperti staf A dan B.

 Nantikan Kisahbenar : Konflik di pejabat 2