Saturday, 27 January 2024

Perjalanan ke Madinah

 Bila mengenangkan perjalanan Rasulullah daripada Mekah ke Madinah, rasa insaf betapa mudahnya kita 2 jam 25 minit saja dah sampai dengan menaiki electric train. 

Hijrah adalah perjalanan yang diambil oleh nabi Muhammad saw pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi nabi Muhammad saw untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Nabi sendiri berhijrah dengan Abu Bakar as-Siddiq. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.






Mudahnya solat jenazah

 Bila berada di Mekah dan Madinah, solat jenazah diadakan hampir selepas setiap waktu solat.

Jom kita belajar kaedah untuk solat jenazah:




Thursday, 25 January 2024

Laluan trafik di dataran n dalam masjidil Haram

 



Siapa yang mengaku sebagai seorang muslim mesti teringin nak menjejakkan kaki ke Masjidil Haram. Namun, Laluan trafik di dataran n dalam masjidil Haram sangat lah sesak sehingga menyukarkan para muslimin dan muslimah untuk bergerak masuk dan keluar. Terima kasih kepada para anggota keselamatan di Masjidil Haram yang berusaha keras bagi memastikan semua pengunjung dapat menunaikan solat, haji dan umrah di sana seperti tawaf dan sa'ie.   Kadang-kadang, laluan terpaksa ditutup disebabkan oleh proses pembersihan dan proses pembinaan pembesaran masjid.  Cadangan yang diusulkan oleh diri kerdil ini hanya lah untuk memudahkan laluan trafik:


1. Sediakan sepanduk yang tinggi untuk laluan samada di dalam atau di luar masjid yang ditutup (sepanduk boleh letak tiang @ dipegang oleh anggota keselamatan) kepada jemaah samada masuk atau keluar.

Ini adalah kerana, jemaah tidak nampak jalan tersebut ditutup, bila dah dekat kecewa sangat sebab tak boleh lalu, badan dah penat untuk berpusing ke laluan baru. Ini menyebabkan ada jemaah yang naik Syeikh, nak rempuh jer pengadang tu.


2. Apa kata, laluan di dalam  Masjidil Haram  dibahagi kepada 2, macam sistem jalanraya. Jadi isu tolak menolak di kalangan jemaah dapat dikurangkan walaupun bukan secara total. Ada jemaah yang agak kasar ( India) dan ada jemaah yang kurang lasak seperti kami daripada Asia tenggara. Ada jemaah bertubuh besar( Turki) dan jemaah yang agak kecil saiz( Asia tenggara).

3. Jemaah yang telah melengkapkan 7 pusingan tawaf, apabila nak keluar daripada kawasan tawaf juga perlu dipantau sebab ada sebilangan kecil yang sesuka hati keluar apabila tamat, ini mengganggu jemaah yang masih tawaf.

Saya ingin mengucapkan terima kasih( Jazakumullahu Khairan) yang tidak terhingga kerana saya percaya Saudi Arabia dah bersungguh-sungguh ingin memastikan semua jemaah selesa... Tapi apakan daya bila yang datang tu dari seluruh pelusuk dunia dengan berbagai latar belakang sosial dan ekonomi.



Lawatan ke ladang tanaman ros dan kilang pembuatan barangan kosmetik daripada bunga ros di Thaif

 









Tuesday, 23 January 2024

Gambar-gambar menarik di Mekah

 

Gambar menunjukkan tempat tentera Abrahah terbunuh sewaktu ingin menyerang Mekah

Gambar Jabal Nur


Gambar tempat penginapan ketika mengerjakan haji di Mina

Gambar train untuk membawa jemaah ketika haji
Gambar di Jabal Rahmah





Gambar gambar jalan yang dilalui oleh nabi dan abu bakar ketika berhijrah ke Madinah