Saturday, 9 February 2019

Apabila terpaksa cuti 1 walaupun Penyelaras akreditasi etac

Pada 18 n 19 Feb ni 2 program di jke akan diaudit oleh external examiner... Asalnya audit adalah pada 30 n 31 Jan, tetapi disebabkan kedua2 program yang akan diaudit belum bersedia...

Bila nampak tarikh baru tu.. Mmg tak senang duduk aku jadinya... aku merasa serbasalah kerana pada tarikh 18 Feb tu anak aku yang belajar di Australia akan berangkat ke sana setelah bercuti di Malaysia 2 bln lebih... 

Bukannya aku sengaja nak mintak cuti tapi akupun manusia biasa... Ada ketika tuntutan keluarga terpaksa aku utamakan...

Thursday, 7 February 2019

Aku sayang pada mereka...

Siapa tidak menyayangi keluarga nya.. . Bagiku,  aku sanggup berkorban segalanya untuk mereka...

Sahabat dan taulan. . Tidak pernah aku abaikan... Mereka umpama bintang2 di langit yg sentiasa bersamaku....  Menunjukkan arah jika aku buntu... 

Namun, dalam meniti hari2ku dengan kerjayaku sebagai pendidik, aku sangat menyayangi pelajar2ku...

Aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka, tidak hanya di dunia fana ini, tapi juga di negeri akhirat yang kekal abadi...  Bagiku siapalah aku jika gagal membentuk mereka menjadi insan mulia....

Aku bimbang andai ilmu yang Aku sampaikan kepada pelajar2ku sudah ketinggalan zaman...  Hari2 aku cuba menambahkan ilmu yang tidak seberapa ini... Biarlah kelihatan aku ni terlebih rajin... Namun aku berpuashati jika pelajar2ku faham dan mendapat manafaat darinya....  Aamiin... 

Doaku setiap hari.....

Ya Allah... Jauhilah diri kami dari fitnah kubur
Ya Allah ..  Jauhilah diri kami dari fitnah api neraka
Ya Allah... Jauhilah diri  kami dari fitnah dajjal
Ya Allah.... jauhilah diri kami dari fitnah hidup dan  mati


Aamiin... 

Tuesday, 5 February 2019

Detik 12 tengah malam... Pengajaran dari kata InsyaAllah

Sehari lagi umur kita meningkat... Maknanya juga umur kita kian pendek...

Satu pengajaran yang besar aku dapat hari ni ialah sentiasa mengucapkan InsyaAllah pada apa jua yang kita rancang...  Kerana hidup ini bukan Di bawah aturan kita,  tapi semua adalah kuasa Nya... Yang Maha  Pengatur... Samaada esok akan berlaku seperti yang dirancang atau Sebaliknya...

Bukan kita tak tahu... Tapi untuk mengucapkan InsyaAllah tu kadang2 rasa macam orang kata, aku ni nak tunjuk alim ka... Pedulikan apa yang orang pandang,  hanya pandangan Allah yang perlu diutamakan...

Pengajaran untuk mengucapkan InsyaAllah bagi perkara yang belum dilakukan... .

Kisah ini berlaku sebelum peristiwa hijrah ke madinah... 2 pemuda Mekah telah pergi ke madinah berjumpa dengan seorang pendeta yahudi yang terkenal di sana...

Mereka inginkan kepastian tentang adakah Nabi Muhammad saw adalah seorang rasul. Mereka bertanya kepada pendeta ttg ciri2 sebenar Rasul.  Pendeta itu menjawab  baginda mestilah boleh menjawab 3 soalan iaitu:
1. Ceritakan kisah sekumpulan pemuda yang beriman, lari bersembunyi daripada Raja yang zalim
2. Ceritakan tentang seorang Raja yang sangat berkuasa menyebarkan Islam di bumi Allah
3. Ceritakan tentang roh


Bila 2 pemuda ini pulang ke Mekah, mereka pun telah memberitahu pbesar Quraish tentang soalan2 tersebut.

Pembesar2 tersebut dengan angkuh nya telah bertanyakan 3 soalan tersebut kepada nabi Muhammad saw.  Nabi juga merasa gembira ingin membuktikan kerasulan nya sehingga terlupa mengucapkan InsyaAllah...  Baginda menyebut Esok aku akan menerangkannya...

Kelangsungan dari peristiwa ini,  turunlah Ayat 23, surah  Al kahfi yang mana Allah menegur baginda...