http://www.surah.my/55
PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA
Sifat Hamba-hamba yang Pemurah (atau tafsir yang dipetik daripada www.surah.my bermaksud "yang diredhaiNya")- 'Ibadurrahman
Jom kita hayati terjemahan Surah Al-Furqaan (Ayat 63-76)
Dan hamba-hamba (Allah)
Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah
mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan a
pabila
orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada
mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang
tidak diingini;
Dan
mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun
mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan
berdiri,
Dan juga
mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami,
sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya
itu adalah mengerikan
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk
Dan juga
mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila
membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil
kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di
antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
Dan juga
mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain
bersama-sama Allah, dan
tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah
membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh
syarak), dan
tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian,
akan mendapat balasan dosanya;
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal
yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat)
kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.
Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka
sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan
sebenar-benar taubat;
Dan
mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang
tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang,
dan
apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka
melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
Dan juga
mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang
apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka,
tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan
buta.
Dan juga
mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang
berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari
isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan
hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang
(mahu) bertaqwa.
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang
tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan
menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.