Saturday, 6 April 2013

Muhasabah: Alhamdulillah


Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku boleh bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sehat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku punya rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku punya ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku boleh makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku boleh minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku punya pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku punya kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku boleh bekerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang  positif)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku punya sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku boleh tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku boleh menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah....
dan masih banyak rasa syukur yang terkadang kita lupakan....

Muhasabah: La Tahzan

La Tahzan wahai sahabat...
Kehidupan ini penuh dengan liku-liku, cobaan, rintangan, ujian dan segala fatamorgananya, semua itu hanya untuk mengukur kadar keimanan dan ketaqwaan kita di hadapan ALLAH SWT. Maka setiap manusia akan diuji.

 

QS Al-Ahzab, ayat 11 :
"Disitulah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat".

QS Al-'Ankabuut ayat 2 :
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi".

Dan bukti kecintaaan ALLAH SWT kepada seorang insan adalah dengan mengujinya. Bagi siapa saja yang menyerah dengan keadaan yang dialaminya maka ia akan kalah dan akan terpuruk dalam kesesatan, namun siapa yang menjalani serta melewatinya dengan keikhlasan dan kesabaran, maka Darjat yang tinggi akan diraihnya kelak hingga pahala yang tak terhingga.

Kamu tak sendiri wahai sahabatku, masih ada sahabat-sahabatmu yang menyayangimu, masih banyak orang-orang disekitar yang peduli akan kamu. Terlebih lagi Sang Khaliq yang selalu ada setiap detik denyut nadimu. Dekatkanlah dirimu kepada-NYA, bermohonlah dengan segenap jiwa ragamu, agar dirimu lebih tenang dan damai. Hanya kepada-NYA lah kita meminta pertolongan, berdoa dan berserah diri seraya menumpahkan curahan hati kita yang lemah ini. Berceritalah kepada-NYA, berkomunikasilah dengan-NYA, bersujud dan tadahkanlah tanganmu. Yakinlah ALLAH SWT itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Maha mengasihi dan menyayangi melebihi dari semua insan yang menyayangimu.

Sahabatku,
Engkau boleh saja mengeluarkan air matamu di hadapan-NYA dalam kekhusyukan malammu, kerana kita semua adalah insan yang lemah di hadapan-NYA. Namun janganlah sampai engkau terlarut dalam kesedihan itu. Kerana ALLAH SWT lebih mengetahui segala apapun yang ada di dalam lubuk terkecil hatimu, kelmarin, hari ini dan esok.

Duhai sahabatku, saudaraku,
Lukamu adalah lukaku, deritamu juga deritaku, yang kau rasa akan kurasa, kerana aku adalah sahabatmu dan saudaramu, kita berkeluarga dalam akidah Islam. Aku bukan mengguruimu, aku hanya mengingatkanmu walau peribadi ini belumlah sempurna, namun kebaikan ini harus disampaikan. Ingatkah duhai sahabatku, saudaraku, ALLAH telah berfirman, QS Al-´Ashr, ayat 3 : "kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran".

Wahai sahabatku yang sedih hatinya,
Kamu tak sendiri, bukan hanya dirimu yang mendapat segala kesedihan yang mendalam. Aku, dan sebahagian sahabat lainnya juga pernah merasakan hal yang sama denganmu. Maka berdirilah dengan ketegaran dan ketabahan, semangatlah dengan senyuman indahmu, bahawa ada yang lebih baik lagi setelah ini terjadi.

Ada makna dibalik prahara,
Ada hikmah yang bermanfaat dalam suatu kejadian,
Ada yang lebih baik lagi dari sebuah kepahitan,
Ada kebahagiaan setelah derita kesedihan dan kesengsaraan,
Ada rahsia besar akan terungkap.
Sabarkanlah diri dan hatimu. "..Dan Allah beserta orang-orang yang sabar",

Wahai sahabatku,
janganlah bersedih lagi...Wassalam.

puisi 7a: :Lindungi aku Ya Allah

apakah Kau akan memandangku pada hari itu
Hari yang akan Kau kumpulkan semua makhlukMu
aku sangatlah hina di sisiMU,aku malu dengan apa yang telah aku lakukan dalam hidupku,
tolong aku Ya Allah,
berikanlah aku peluang untuk menagih kasihMu,
berikanlah aku peluang untuk bertemuMu,
berikanlah aku peluang untuk mendapat cinta dan kasihMu
aku insan hina,dina di sisiMu,
aku tiada apa tanpaMu
dulu rahmatMu ku sia2kan,
dulu kasihMu ku endahkan,
dulu cintaMu ku persendakan
Tolong aku ya Allah,
Tolong aku ya Rahman
Lindungi aku dari segala maksiat,
Lindungi aku dari tipu daya syaitan,
Lindungi aku dari nafsu durjana,
Lindungi aku daripada perkara2 yang akan menjauhkan cintaMu denganku
aku ingin curahkan cintaku kepadaMu,
aku ingin penuhi hatiku dengan cinta terhadapMu


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda 
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Selawat Nabi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
 
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
 
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
 
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
 
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
 
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ
 
مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ
 
حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ
 
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ
 
رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا
بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ
 
وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد
عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ
 
أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد
صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ
 
 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
 
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
 
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
 
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
 
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

Friday, 5 April 2013

CHINA, EMPAYAR ISLAM YANG TELAH DI SEMBUNYIKAN

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda : Tuntutlah Ilmu walaupun terpaksa ke negara China … ianya Hadis Hasan sebagaimana perkataan Imam Al-Mizi iaitu kawan karib Ibnu Taimiyyah. Ibnu Taimiyyah (1263 – 1328) juga salah seorang ulama besar yang menjadi mangsa orang yang tidak menghormati ulama, beliau mati di dalam penjara Damsyik di tangan raja-raja Arab yang mengaku layak menjadi Khalifah bagi Umat di masa itu. Hadis ini juga  diriwayatkan dari jalan Abu ‘Atikah al-Bashri, dari Anas bin Malik. Imam Tarmizi juga ada meriwayatkan tentang hadis mengenai nagara China ini. Di zaman Rasulullah s.a.w. bangsa Arab sangat mengenali negera China kerana rakyatnya merupakan pakar ahli pernigaan dan adalah tidak pelik akan perkara ini karena China adalah sebuah negara tua yang sudah lama masyhur di pentas dunia. Kehebatan, bijak di dalam hal  ehwal perdagangan dan ketinggian peradaban masyarakatnya ini ternyata sudah terdengar di negara Arab dan bangsa ini sudah lama berdagang dengan rakyat China 500 tahun sebelum kelahiran nabi Isa a.s. lagi. Sebelum sampai ke negara China pula, para pelaut dan saudagar-saudagar  Arab akan melintasi kapalnya ke Laut Kedah atau Selat Malaka dahulu sebelum sampai ke pelabuhan Zaitun atau Guangzhou yang merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan utama China. Ketika Islam sudah berkembang dan Rasulullah s.a.w. mendirikan pemerintahan di Madinah menurut catatan sejarah,  China sudah mengetahui adanya agama Islam di Timur Tengah. Mereka menyebut pemerintahan Rasulullah s.a.w.  sebagai al-Madinah. Kota Xian  sebelum berpindah ke Beijing sekarang bermaksud Kedamaian di Sebelah Barat . China dan gelarannya di dalam penulisan moden sebagai Sian tapi pada sejarah realiti nama lamanya adalah Cháng'ān. Di zaman raja Iskandar Zulkarnain pula ia di kenali itu sebagai Negara Siamen. Ia salah satu kota tertua di China tempat pemerintahan Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong . Dan kota ini telah menjadi pusat pemerintahan bagi banyak dinasti-dinasti  yang paling berpengaruh. Di situ terdapat Masjid Khen Jang yang di bina oleh Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong atas arahan ayahandanya iaitu Maharaja Tai Zhong . Bandaraya Xi'an adalah bandaraya titik paling timur dari Silk Road atau Jalan Sutera. Xi'an sudah 3100 tahun memiliki sejarah hebat dan merupakan penempatan khas pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain. Bangsa Siam ketika itu adalah merupakan satu bangsa di negeri China yang menetap di kota ini. Dan kota ini dikenal sebagai ibu kota dari  4 Kota Purba China bagi Dinasti Tang, Dinasti Zhou, Qin, Han dan Sui yang mengguna ibukota Siam Lama ini sebagai ibunegara mereka.
BUNGA TERATAI DI KUBAH MASJID XIAN YANG MERUPAKAN SIMBOL MELAYU TUA KEKHALIFAHAN SHAH ALAM KESULTANAN KEDAH PASAI MA
Kota Xian memiliki dasar tanah seperti di dasar tanah Kedah yang mempunyai ribuan artifak yang berharga di Sungai Batu, Lembah Bujang serta Pangkalan Bujang. Di Xian dasar buminya terdapat juga beribu artifak purba, antaranya ialah Patung Perajurit Purba yang berlainan wajah seperti di sumpah menjadi batu di kenali sebagai Panglima Terakota. Di dalam bahasa Indonesia China bermaksud  Tiongkok manakala di dalam bahasa Arab pula di sebut Sien dan dalam bahasa bangsa Monggol Turki di gelar Cina. Di dalam bahasa  Siam Melayu ia di gelar “China” (Chi Na) bermaksud Chi ialah ‘Petunjuk’  dan ‘Na’ ialah Datuk. Dalam bahasa mudahnya “Datuk Yang Memberi Petunjuk” iaitu ‘ Pendakwah Islam yang memberi petunjuk ke jalan Allah yang lurus. Tai Zhong yang merupakan Tabien dan salah seorang anak murid Penakluk Agung empayar Parsi dan seorang sahabat besar nabi s.a.w. sesudah beriman telah membina Masjid Raya Xian yang sangat besar dan unik terletak di kota Xian. Ia di anggap salah satu masjid dengan arsitektur paling indah di dunia. Pada tahun 1988 pemerintah China menetapkannya sebagai salah satu bangunan bersejarah terpenting di China. Ia mempunyai halaman berkeluasan seluas 12.000 – 13.000 m2 manakala bangunan masjidnya mempunyai keluasan lebih dari 6.000 m2. Ia berbentuk empat persegi panjang, memanjang dari Timur ke Barat. Selepas siap di bina ramailah orang-orang dari Arab dan Persia mendatangi China melalui Jalur Sutera singgah di situ. Dari Kota Xian ini sesetengah dari mereka berpindah pula ke beberapa kota seperti Zaitun, Quanzhou, Hoangzho, Yangzhou, dan seluruh China. Selain berdakwah mereka juga bermuamalat dengan orang tempatan seperti berniaga, berternak dan lain-lain sambil meninjau tempat yang perlu guna menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk setempat. Aktiviti utama Masjid Agung Xi’an iaitu Dakwah ila Allah menjadi salah satu jejak asas aktifitas dakwah mereka. Kerajaan China selepas kematian Mao Tze Tong telah menjaga masjid ini dengan teliti dan ia disenaraikan pula  sebagai bandar bersejarah lama yang terkenal oleh UNESCO manakala kotanya pula diiktiraf sebagai sebuah daripada 4 buah ibu negara purba yang terkenal di dunia, bersama-sama dengan Athens, Rome dan Kahirah. Ini kerana Xian merupakan ibu negara China sepanjang 13 dinasti pada sejarah zaman purbanya. 
PETA PENGHIJRAHAN PENAKLUK EMPAYAR PARSI SAAD BIN ABI WAQAS, USMAN BIN AFFAN DAN PARA SAHABAT R.HU KE HABSYAH YANG BETUL-BETUL BERHADAPAN LAUT MERAH TEMPAT SAUDAGAR-SAUDAGAR ARAB MEMBAWA BARANG-BARANG PERNIAGAAN MEREKA DAN EMPAYAR ROM KE CHINA
Selepas menerima Islam,  China mengalami zaman emasnya iaitu selepas ia menerima agama Islam dengan jujur dan saksama di dalam kehidupan rakyatnya. China terus menjadi salah satu daripada tamadun yang paling maju di dunia dari segi teknologi, sastera dan kesenian. Zaman Dinasti Tang adalah zaman permulaan keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang hebat dan ianya berlarutan daripada kurun ke 7 sehinggalah kurun ke 14 masihi. Peristiwa pengislaman Negara China berlaku dalam 3 peringkat dan ianya merupakan satu rahmat kepada dunia di sebelah timur dan pengislaman masyarakat China di dahului oleh bangsa Melayu Tua. Mari kita perhatikan kronologi ini…
Tahap Pertama :
Semasa peristiwa penghijrahan pertama para sahabat pada tahun 614 sehingga 615 masihi, Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan iaitu pada tahun ke-5 kerasulan, buat pertama kalinya para pengikut baginda s.a.w.  berhijrah. Seramai 12 orang lelaki dan 4 wanita telah berhijrah ke Habsyah. Tidak lama kemudian, penghijrahan kali ke-2 ke Habsyah berlaku, dimana seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita. Kesemuanya 110 orang-orang muslimin dan muslimat telah selamat berhijrah ke Habsyah termasuklah Ruqayyah r.ha  anak perempuan Nabi s.a.w. bersama suaminya tercinta Usman bin Affan ( 576-656 ) dan sejumlah sahabat lainnya r.hum ajmain. Setelah bermukim di Habsyah sesetengah dari mereka ini termasuk Saad bin Abi Waqqas termasuk tiga sahabatnya berlayar ke China dari Habsyah atau Ethopia  mengikut rombongan kapal-kapal yang selalu berlayar ke Timur. Mereka setelah menaiki kapal belayar ke China (Canton) sebelum pulang ke pangkuan nabi s.a.w.  pada tahun 631 masihi, untuk cuba menyebarkan agama Islam di sana. Beliau dan rombongan beserta Usman r.hu telah singgah di Pelabuhan Melaka yang berkeluasan 300 km ketika itu sudah masyhur dan beragama Islam Hanif Ibrahim a.s. Di negeri (Semenanjung) Melaka inilah mereka beristirehat sebelum menunggu pertukaran angin monsun berikutnya untuk belayar ke Pelabuhan Zaitun atau Canton, China. Agama Islam yang kita sangka di anuti oleh orang China dahulu sebelum bangsa Melayu sebenarnya di anuti dahulu oleh bangsa Melayu kerana mereka mempunyai Kota Pelabuhan Mega yang berkeluasan 300 km dengan gunung Jerainya sebagai rumah api yang berhadapan pula dengan kawasan lindungan angin Pulau Pinang dan Pulau Langkawi Ulu Malaka.  Ini merupakan jasa besar dari Saidina Usman r.hu dan Panglima Agung Saad bin Abi Waqas dan kawan-kawannya r.hum berdakwah di sini. 
DI DINDING RUMAH ANA TERMAKTUB KALIGRAFI CHINA ‘ HUBBUL WATAN MINAL IMAN ‘ HASIL KARYA TOKOH KHAT TERKENAL CHINA YANG BERNAMA ABDUL HAKIM
Setelah berjaya sampai di daratan China, Saad bin Abi Waqqas dan para sahabat r.hum menyebarkan Islam kepada masyarakat di Zaitun Guangzhou bersama-sama orang Melayu yang beragama Islam dengan gigihnya. Bangsa Melayu di China ini ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan di kenali dengan gelaran “Hui-Hui” ,  “Ta-Shih Kueh” dan “P’o-Si” iaitu keturunan Melayu campuran Arab-Parsi. Puak-puak Melayu campuran ini pula bergabung dengan puak-puak China yang telah beriman seperti “Hui-Chi”, Ching Jen dan Ch’ing Jen Jiao. Ini menjadikan ilmu mempertahankan diri atau Ilmu Persilatan Melayu di China dikenali sebagai “Kuntau Wushu” atau silat Gayong. Kelompok Melayu dan orang-orang Islam yang lainnya telah berkembang pesat di China sehingga dikenali dengan beberapa gelaran lagi seperti Da’-Syman, Mu-Su-Lu-Man dan Bu-Syu-Man. Ini berlaku pada masa pemerintahan Dinasti Sui berkuasa (581 M – 618 M). Pelabuhan Zaitun atau Canton selepas itu menjadi salah satu pusat perkembangan Islam. Bandaraya Zaitun juga ramai dikunjungi penziarah Muslim dari Arab sekarang ini karena wujudnya makam suci dua orang sahabat Rasullullah s.a.w. di situ. Dalam bahasa China, sahabat ini bernama Sa-ke-zu dan Wu-ko-su. Sekarang ini terdapat lebih kurang 10 ribu makam orang Arab dengan nama keluarga Guo di Pulau Baiqi, Quanzhou. Turut di hiasi di makam-makam ini tulisan huruf Cina dan Arab. Pada masa pemerintahan Islam Abbasiyyah (751M) bidang ketenteraan di China pada masa pemerintahan Dinasti Tang di kuasai oleh orang Islam. Semasa berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Islam di China oleh Jeneral An Lu-Shan ianya telah dapat di patahkan dengan bantuan tentera Islam “Kuntau Wushu” iaitu gabungan Arab-Parsi-Melayu-Cina Islam . Kumpulan Melayu ini yang raja mereka di Nusantara akhirnya terpilih segagai Khalifah Amirul Mukminin Kota Star di gelar oleh orang tempatan sebagai para pendekar “Semutar Hitam”. Pihak  kerajaan berjaya menawan kembali Bandar Kota Si-ngan-fu (Sianfu) dan Ho-nan-fu (Hananfu) dengan bantuan dari kumpulan para pendekar “Semutar Hitam” ini.

SESUNGGUHNYA PENGLIBATAN MELAYU TUA DI DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DI CHINA BERSAMA-SAMA TUAN MEREKA KESULTANAN KEDAH TUA YANG DI ASASKAN OLEH PUTERA HEBAT DARI KOTA XIAN, CHINA CUBA DI TUTUP OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH
Selepas peristiwa tersebut semakin ramailah mereka ini datang dan menetap di China serta berkahwin dengan penduduk tempatan dan tinggal di sekitar Kansu dan Shensi pada tahun 814-847 masihi. Sebenarnya khimat yang di berikan mereka ini kepada Kerajaan China adalah simbolik kerjasama sumbangan permulaan tentera Khalifah Siam Melayu atau wakil Khalifah Ahlul-Bait Ajam Syah Alam kepada mereka.  Sumbangan tentera dan kadir-kadir dakwah ini sebenarnya bukan kepada China sahaja tapi berlanjutan bila tertubuhnya empayar Monggol India Delhi dan Monggol Turki Usmaniyyah di barat. Tetapi takdir Allah mengatasi segala-galanya agar bangsa Melayu ini kembali ke kampung halaman masing-masing setelah lama berkhidmat sebagai wakil Khalifah Ajam Timur Kesultanan Kedah Pasai Ma juga untuk menguatkan Islam di Nusantara apabila di tahun 877 masihi orang-orang Islam keturunan Melayu telah mengalami sejarah hitam pahit apabila terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman. Ketika itu di China pada tahun 876 masih berlaku pemberontakan di Tenggara China pimpinan Hwang Chau dan tentera Islam tewas. Maka ramailah saudagar-saudagar Islam yang telah ratusan tahun bermukim di sana di bunuh beramai-ramai. Di anggarkan 200.000 ribu terkorban dan melarikan diri daripada serangan puak Pemberontak Kafir Harbi yang melawan kerajaan empayar Islam China ke bumi Tanah Melaka, Palembang dan Champa. Kemudian menjadi titik tolak perkembangan Islam dan penyebaran ilmu agama yang kukuh di bawah panji-panji al-Jefri Ajam Quraisy di timur. Walaupun pemberontakan itu telah berjaya di padamkan ia muncul semula pada kali kedua bernama Pemberontakan Yong Chow di tahun 900 masihi tapi tidaklah seteruk di tahun sebelum itu. Korban pemberontakan kali ini ialah sekitar 5 ribu jiwa sahaja. Ini mempercepatkan lagi kepulangan orang-orang Melayu ke Nusantara untuk berkhidmat kepada  cicit DYMM Merong Maha Wangsa yang ketika itu berada di utara negeri Melaka.  Cicit DYMM Merong Maha Wangsa itu ialah  KHALIFAH AMIRUL MUKMININ KOTA STAR Hussain Syah AlAM 904 masihi DARI KESULTANAN KEDAH PASAI MA.
KEGIGIHAN RAJA TAI ZHONG YANG MERUPAKAN SEORANG TABIEN MENYEBARKAN AGAMA DARI PARA SAHABAT R.HUM MENYEBABKAN AGAMA ISLAM MENJADI KUAT DI SEBELAH TIMUR
Tahap Kedua :
Semasa Usman bin Affan r.hu menjawat jawatan Khalifah , Saad Bin Abi Waqqas  bapa saudara Nabi s.a.w. sebelah ibunya telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi berdiplomatik dengan Raja Daerah China Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) pada 650 M di Bandaraya Xian. Saidina Ustman bin Affan, yang memerintah selama 11 tahun di Madinah al-Munawwarah sungguh mengambil berat akan hal ini kerana pengalamannya pernah berada di sana semasa zaman mudanya. Dan menurut catatan Lui Tschih, penulis Muslim China pada abad ke 18 dalam karyanya Chee Chea Sheehuzoo (Perihal Kehidupan Nabi), Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dipimpin Saad bin Abi Waqqas iaitu lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kedatangan Rombongan Panglima Saad bin Abi Waqqas yang bermujahadah dengan penuh susah payah serta keperitan melalui jalan darat untuk menyebarkan agama Allah Jalla Jalalah telah melalui Jalan Sutera melalui daerah Khurasan, Samarqand, Sinkiang dan terus ke Bandaraya Xian telah di sambut meriah oleh Maharaja China. Jemaah Saad bin Abi Waqas ini datang dengan membawa hadiah dan diterima dengan baik oleh Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) yang ketika itu memerintah China semenjak tahun 626 lagi. Ia memeluk Islam di tangan Saad Bin Abu Waqqas r.hu. dan merupakan datuk kepada YTM Merong Maha Wangsa berketurunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain. Setelah rombongan dakwah ini menyempurnakan kerjanya dengan baik di Kota Xian, rombongan ini dan penakluk empayar Parsi ini Saad Abi Waqas Saad Bin Abi Waqas  ( 595-678 ) belayar pulang ke Kota Madinah al-Munawwarah melalui jalan laut dan telah sampai ke Nusantara kira-kira pada 675 masihi dan telah singgah di Pelabuhan di kawasan Pasir Putih dan Besut/ Setiu yang pada masa itu merupakan salah satu pelabuhan Melayu Tua kuno di sempadan Kelantan dan Terengganu yang boleh di mudiki 3 jam terusannya ke pelabuhan Kuala Krai melalui pelabuhan Batu Rakit dan di “Lima Pulau”. Berkat kesinggahan beliau di Pelabuhan Kuala Besut yang mengadap Pulau Perhentian yang merupakan pelabuhan wajib para pelaut berhenti di dalam safar mereka sebelum ke China seperti yang pernah di ceritakan oleh Ibnu Batutah, maka semakin ramailah orang Melayu memeluk  agama Islam.
MASJID HUAISHENG DI BANDARAYA ZAITUN ATAU CANTON MERUPAKAN LAMBANG KEISLAMAN MELAYU DI NUSANTARA SEBELUM SAHABAT-SAHABAT NABI S.A.W. SAMPAI KE CHINA DARI JALAN LAUT


Tahap Ketiga :
Setelah beberapa lama Saad Bin Abi Waqqas r.hu berada di Tanah Arab, beliau kembali lagi ke China setelah kunjungan bersejarahnya dulu. Datangnya kali ini dengan membawa salinan al-Quran. Khalifah Usman r.hu pada masa kekhalifahannya memang menyalin al-Quran dan menyebarkannya ke berbagai nagara, demi menjaga kemurnian kitab suci ini. Pada kedatangannya pada ke tiga kali ini ia belayar menuju ke pelabuhan laut kesukaannya iaitu pelabuhan Zaitun. Menurut manuskrip purba bertarikh 1216 mencatatkan Saad bin Abi Waqqas r.hu telah datang dan membina masjid untuk kegiatan dakwahnya di situ yang bernama Masjid Huaisheng yang menjadi salah satu tonggak artifak sejarah Islam paling berharga di China. Di bandar ini, mereka iaitu para sahabat nabi s.a.w. Saad Bin Waqqas r.hu dan anak buahnya dari kalangan orang-orang Melayu  telah menamakan masjid Huai-Sheng yang bergelar “Masjid Rindukan Nabi Muhammad”. Ia mempunyai menara yang tinggi lebih kepada rumah api bagi kapal-kapal yang mudik ke pelabuhan bandaraya Zaitun seperti Menara Kota Portugis di Bandar Hilir Melaka yang menjadi panduan pada kapal-kapal sebelum mudik masuk ke terusan Kota Muar Johor. Dari Kota Muar ini kapal-kapal itu akan mudik pula sehingga ke Hilir Pahang ke laut Champa atau Laut China Selatan. Kerana rindunya para sahabat r.hum kepada nabi s.a.w.  maka dinamakan demikian kerana untuk mengubati rasa rindu hati mereka terhadap nabi s.a.w yang jauh mereka tinggalkan di Madinah, maka masjid yang mereka dirikan diberi nama berkenaan. Masjid ini menjadi masjid tertua yang ada di daratan Cina dan usianya sudah melebihi 1300 tahun. Kemudian masjid ini di perbesar dan di perbaharui masjidnya ini pada tahun 1350 di masa Dinasti Yuan di bawah pemerintahan Zhizheng (1341-1368) dan kemudian di bangun lagi di tahun 1695 di bawah Raja Kangzi pada masa Dinasti Manchu atau Qing ( 1644-1911 ). Ianya teletak di jalan Guang Ta Lu. Masjid ini terus bertahan melewati berbagai monomen sejarah China dan saat ini masih berdiri tegak dan masih seindah dahulu setelah diperbaiki beberapa kali. Baru-baru ini mesjid ini di perbaiki sekali lagi dengan melibatkan pembesaran ruangan sembahyang apabila pihak pengurusan masjid membeli sedikit ruangan bahagian belakang masjid.
PANGLIMA ISLAM HULAGU KHAN MEMPUNYAI ADIK BONGSU YANG BERNAMA KUBLAI KHAN SEORANG RAJA ISLAM CHINA YANG TERKENAL DI DALAM PEMERINTAHAN ISLAM DI CHINA JUGA CUBA DI TUTUP KEISLAMANNYA OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH YANG MEMPUNYAI AGENDA MERENDAH-RENDAHKAN PENGUASAAN ISLAM DI TIMUR


Sekarang ini masjid berkenaan  menjadi pusat aktiviti orang-orang Islam untuk proses akad nikah, mengurus jenazah, mendamaikan orang yang berseteru dan lain-lain. Ianya menjadi masyhur dan di sekitar masjid ini terdapat tempat-tempat penjualan makanan, menjual makanan “Islami” seperti sayur-mayur dan daging. Masjid yang di asaskan oleh 4 orang sahabat ini mempunyai menara bertingkat, tingginya 36 meter dari permukaan bumi dan membolehkan kita melihat pemandangan seluruh bandaraya Zaitun. Dan seperti di masjid  Xian, masjid ini juga mengandungi seni bina Arab dan China tulen. Saad bin Abi Waqqas telah menghabiskan sisa hidupnya dengan mengabdikan diri di sana dan meninggal dunia di Zaitun atau Guangzhou, China pada tahun 678 masihi. Kuburannya dikenal sebagai Geys’ Mazars dan menjadi satu lagi tempat kunjungan pelawat dari seluruh pelusuk dunia. Sampai di Guangzhou adalah tidak sah bagi kita orang Islam kalau tidak menjejakkan kaki ke kubur Sahabat agung ini. Kesan dakwah beliau di sana sekarang ini menyebabkan sekarang terdapat 4 masjid yang kesemuanya digunakan untuk sembahyang berjemaah. Paling ramai jemaah adalah pada hari Jumaat:
1. Masjid Huai Sheng Guang Ta - 1500 jemaah
2. Masjid Maqam Saad - 1500 jemaah
3. Masjid Hao pan - 600 jemaah
4. Masjid Xiao Dong Yin - 500 jemaah
Semasa Baghdad dimusnahkan secara total oleh pemerintahan Monggol Islam iaitu Hulagu Khan yang dijemput khas oleh ulama-ulama Baghdad untuk menghapuskan pengaruh ajaran sesat Muktazilah dan Syiah yang berleluasa di kota-kota Islam ketika itu dan kitab-kitab muktazilah serta Syiah di lupus musnahkan adik bongsunya iaitu Kublai Khan ( 1215-1294 ) telah berjaya memegang tampuk pemerintahan di China. Tetapi semasa berlakunya perang saudara di China agama Islam tetap unggul di bawah raja-rajanya yang Islam. Semasa pelayaran hebat Ibnu Baitutah ( 1304-1369 ) ke China beliau ada mencatatkan telah berlaku peperangan yang hebat saudara antara Raja Kha Khan dan sepupunya Fairuz Khan. Akibat Perang Saudara itu menyebabkan Ibnu Batutah lari pulang ke Tanah Arab. Peperangan itu berjaya di menangi oleh Fairuz Khan dan Raja Kha Khan untuk terus unggul menjadi Maharaja Islam bagi empayar Islam di China.
PAHLAWAN ISLAM CHINA, ILMU PERSILATAN MELAYU KUNTAU WUSHU DAN TERATAI ISLAM MERUPAKAN KETAMADUNAN YANG DI TAKUTI DAN DI GERUNI OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH


Kisah anak cucu cicit Raja Albani di kepulauan Oceana kerajaan Siam Melayu Merong Islam Albani Australia iaitu Laksamana Haji Cheng Ho ( 1371-1435 )  juga sungguh mempesonakan. Syed Cheng Ho yang merukan cucu kepada Putra Albani yang mana anak kepada  Raja Zainal Abidin Kerajaan Melayu Papua Indonesia iaitu adalah hasil dari perkahwinan baginda dengan anak raja China. Setelah dewasa putera Raja Papua iaitu Zainal Abidin yang bernama Putra Albani telah mengadap datuknya Maharaja China dan baginda pula telah dikahwinkan dengan salah seorang Puteri Raja Islam China. Setelah berkahwin mereka pun berhijrah untuk membuka negeri Albani di Perth, Australia dan setelah kemangkatan baginda di Australia pemerintahan baginda diganti oleh puteranya yang sulung bernama Raja Chulan Man Bau atau nama Islamnya Putra Osman. Setelah itu pemerintahan Kerajaan Islam Albani di teruskan oleh Saidina Ali ( 1350-1400 ) yang yang menjadi raja Albani Australia. Manakala adik Saidina Ali  yang bernama Saidina San Bau telah berkhidmat di Negara China dan menggunakan nama China iaitu Cheng Ho. Sebenarnya khimat yang di berikan Syed Anjal Cheng Ho kepada Kerajaan China adalah lambang kerjasama sumbangan tentera Khalifah Siam Melayu atau wakil Khalifah Ahlul-Bait Ajam kepada empayar Islam China. Ketika baginda Cheng Ho di lantik sebagai Laksamana bagi armada laut empayar Islam China baginda Haji Cheng Ho sering berulang alik ke rantau ini terutamanya ke kerajaan Melayu Albani iaitu bumi tumpah darahnya serta tempat moyangnya dan abangnya Saidina Ali memerintah. Nama penuh baginda Laksamana Cheng Ho ialah Saidina Syed Mahmud Syam Anjal San Bau ibni almarhum Raja Chulan Man Bau atau bergelar Osman Putra ibni almarhum Albani ibni almarhum  Zainal Abidin Syah. Haji Cheng Ho mempunyai 2 orang adinda perempuan dan salah seorang puteri Panglima Syed Cheng Ho atau Syed Hj. Mahmud Sham ( 1371-1435 ) itu berkahwin dengan Preston John atau Pertuan Johan dari zuriat Syarifah Maryam al-Jefri Binti Syed Jamal al-Jefri Ahlul-Bait iaitu Yang Di Pertuan Raja Siam Rama Tibodi atau di gelar orang Khalifah Syah Alam Sultan Muhammad Syah III Rijaluddin Johan Syah Berdaulat ibni Tuanku Muhammad Chan ( 1424-1448 ) yang di akui oleh sejarawan dan raja-raja purba Eropah sebagai makmur, mewah dan bijaksana.

Isteri Abu Thalib: Fatimah Binti Asad

 
‘Dia adalah wanita yang sangat saleh. Bahkan, Nabi SAW sering mengunjungi dan beristirahat siang di rumahnya,” begitulah Ibnu Sa’id melukiskan keagungan Fathimah binti Asad bin Hisyam bin Abdi Manaf. 

Ibu Rasulullah SAW, sayyidah Aminah meninggal pada saat Muhammad masih kecil, dan Rasulullah segera menemukan pengganti seorang ibu pada dirii Fatimah Binti Asad. Sehingga Nabi tidak kehilangan dan dapat merasakan cinta dan kasih sayang seorang ibu. Dalam rawatannya, Fatimah binti Asad, memastikan bahwa Nabi SAW telah mendapatkan dan memiliki yang terbaik dari semuanya. Dia memberikan pakaian dan makanan yang terbaik. Ia memberinya cinta, kenyamanan dan keamanan di rumah dan suaminya melindungi dan menjaga Muhammad dari semua musuh-musuhnya di luar. Di rumah ini Muhammad menemukan keamanan dan kedekatan emosional keluarga. Fatimah binti Asad memasukkan anak-anaknya di tempat tidur Nabi Suci SAW, sehingga ketika dalam keadaan yang berbahaya, Nabi SAW akan aman karena adanya perisai dari anak-anaknya. Dia mengorbankan anaknya demi Islam. Ketika Muhammad SAW meninggalkan Mekah, Imam Ali menggantikan beliau tidur di tempat ranjang Rasulullah , dan beliau merelakannya, Meskipun Ali  berada dalam bahaya besar dan akan terbunuh.
Fatimah binti Asad adalah ibu kandung Khalifah ar-Rasyidin keempat http://id.wikipedia.org/wiki/Ali_bin_Abu_Thalib”>Ali bin Abu Thalib dan sekaligus ibu mertua dari putri Nabi Muhammad, http://id.wikipedia.org/wiki/Fatimah_az-Zahra”>Fatimah az-Zahra. Fatimah merupakan putri dari Asad bin Hâsyim, ini menjadikan Ali merupakan keturunan Hasyim bin ‘Abd al-Manaf dari kedua sisi ayah dan ibu. Ia adalah istri Abu Thalib bin Abdul Muthalib – paman Nabi Muhammad SAW. Fathimah adalah sosok wanita mulia yang telah mendukung dan membantu perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan Islam, setelah wafatnya Abu Thalib dan Khadijah RA.
Fatima binti Asad dilahirkan dalam sebuah rumah tangga yang merupakan pusat spiritualitas. Kakeknya Hashim bin Abd Manaf adalah pemimpin Quraish dan penjaga Ka’bah. Dia adalah orang yang kaya dan murah hati. Ia menikah dengan seorang gadis dari keluarganya sendiri yang melahirkan anaknya, Asad, yang adalah ayah dari Fatimah binti Asad. Keluarga Hashimi dalam suku Quraisy, adalah keluarga yang terpandang dan sangat terkenal dalam kebajikan moral serta ketinggian akhlaq di antara suku-suku Arab saat itu. Kemurahan hati, kedermawanan, keberanian dan begitu banyak kebaikan lainnya yang sudah melekat sebagai karakteristik Bani-Hasyim .

Pasangan Fatimah binti Asad dan Abu Thalib memiliki empat anak laki-laki, dua anak perempuan:
  1. Thalib bin Abu Thalib
  1. Aqil bin Abu Thalib
  2. Ja’far bin Abu Thalib
  3. Ali bin Abu Thalib
  4. Fakhitah binti Abu Thalib
  5. Jumanah binti Abu Thalib
  6. Nabi Muhammad, anak angkat/asuh.
Ali bin Abi Thalib: adalah anak termuda Fatimah binti Asad. Menjelang tiga hari dari kelahiran Imam Ali, secara ajaib dinding Ka’bah membukakan diri bagi Fatimah binti Asad untuk tinggal di dalam Ka’bah dan selama itu pula beliau mendapatkan makan buah dari surga. Pada saat kelahiran Nabi Isa as, ibunya Maryam as mendengar suara yang berkata kepadanya untuk meninggalkan Baitul Muqaddas, tetapi ketika waktu kelahiran Imam Ali, terdengar suara yang berkata menyuruh dan mempersilahkan Fatimah binti Asad untuk memasuki Ka’bah.

Pada hari Jumat, tanggal 13 bulan Rajab, 12 tahun sebelum pengangkatan Muhammad (SAW) sebagai Rasulullah, Fathimah binti Asad merasa bahwa ia akan melahirkan anaknya. Dia datang ke Ka’bah Suci dan mulai tawaf sambil berdoa “Ya Allah, aku beriman kepada Engkau dan apa yang Engkau turunkan kepada Rasul-Mu sebelumnya. Aku beriman pada apa yang telah dikatakan oleh kakekku, Ibrahim as  yang membangun Ka’bah. Maka, demi yang membangun Ka’bah ini, dan demi anak yang ada dalam kandunganku, aku bermohon pada Mu berikan aku kekuatan dan kemudahan dalam melahirkan anak ini, demi kebesaran dan kekuasaan Mu Ya Allah.
Fathimah binti Asad bersandar di dinding Ka’bah untuk beristirahat. Secara ajaib, dinding Ka’bah terbuka. Fathimah binti Asad masuk dan dinding menutup kembali. Abd ‘Abbas bin al-Muthalib, paman Nabi menyaksikan keajaiban ini. Dia dan temannya bergegas ke pintu gerbang Suci, yang terkunci, dan sia-sia untuk mencoba membukanya. Memahami bahwa Tuhan sedang bekerja di sana, ia dan rekan-rekannya berhenti ikut campur. Berita tentang kejadian ini segera menyebar ke seluruh Mekah.
Imam Ali  lahir di dalam Ka’bah dengan mata tertutup dan tubuhnya dalam sujud rendah hati di hadapan Allah SWT. Fatimah binti Asad tinggal di Ka’bah selama tiga hari dan ketika hari keempat mendekati, ia melangkah keluar, membawa bayinya dalam pelukannya. Dia menemukan Nabi Suci (SAW) menunggu untuk menerima anak yang baru lahir dalam pelukan cemasnya. Jadi wajah pertama yang dilihat bayi Ali adalah wajah tersenyum Rasul Allah, Muhammad SAW.

Muhammad Ibrahim Salim dalam  Perempuan-perempuan Mulia di Sekitar Rasulullah SAW, mengungkapkan, Fatimah  merupakan seorang wanita  dengan ide-ide cemerlang, penuh kelembutan, pandai serta kehormatan dan kedudukannya yang melebihi wanita lain.

Ketika tahun 10 kenabian, Rasulullah SAW mengalami amul huzn yang berarti tahun kesedihan — setelah meninggalnya Abu Thalib dan Khadijah ra – Fatimah tampil menjadi sosok pengganti keduanya. Ia begitu mendukung dan membantu setiap perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Islam.

Fatimah membela Rasulullah SAW dari tekanan kaum Kafir Quraisy, hingga akhirnya berhasil hijrah ke Madinah.  Ia pun turut berhijrah ke kota suci kedua bagi umat Muslim itu bersama kaum Muslimin lainnya. Bagi Fatimah binti Asad, Madinah merupakan kota yang penuh dengan kebahagiaan serta kemuliaan, seperti halnya Makkah.

Dedikasi dan pengorbanan Fatimah dalam membela agama Allah SWT sungguh sangat tak ternilai. Ia sungguh wanita yang agung. Rasulullah SAW begitu menghormati sosok Fatimah, bibi, sekaligus besannya. Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan Ibnu Abi Ashim dari dari Abdullah bin Muhammad bin Umar bin Ali bin Abu Thalib dikisahkan bawah ketika Fatimah wafat, Rasulullah SAW mengkafaninya dengan bajunya.

Saat-saat Pemakaman Jenazah Fatimah binti Asad

kesedihan yang amat sangat pada diri Rasulullah saat meninggalnya Fatimah binti Asad. Anas bin Malik mengatakan bahwa ketika Nabi SAW mendapat berita tentang kematian Fatimah binti Asad, dia langsung pergi ke rumahnya, duduk di sampingnya dan berdoa untuknya. Dia memberikan kemejanya untuk digunakan sebagai bagian dari kain kafan, beliau berdoa kepada Allah untuk mengampuni dan memberinya pakaian dari surga.

Nabi memeriksa sendiri persiapan kuburan dan dengan tangannya sendiri ia menempatkan Fatimah binti Asad ke dalam kubur. Jadi Fatimah binti Asad adalah salah satu orang yang diberkati secara langsung oleh Rasulullah atas prosesi pemakamnnya. Sesungguhnya, Rasulullah memberikan kain kafan untuk Fathimah binti Asad (ibu yang sangat dimuliakan beliau) dengan jubahnya sendiri, ketika jasadnya selesai dimandikan, beliau SAW mengusung jenazah di bahunya, dan beliau terus mengusung jenazah itu hingga ditempat kuburnya.

Kemudian Nabi Suci SAW meletakkan usungan jenazah di dekat kubur, dan masuk kuburan dan berbaring di dalamnya. Lalu ia berdiri dan mengambil tubuh di tangannya dan meletakkannya ke dalam kubur. Lalu beliau meletakkan wajahnya dan berbisik padanya untuk waktu yang lama, dan membisikkan: “anak Anda, anak Anda”. Kemudian ia keluar, dan menghadap ke arah kuburan, dan orang-orang mendengar beliau (SAW) berkata: ‘Tidak ada Tuhan selain Allah. Ya Allah, kepadanya Engkau mempercayakan aku dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya ia adalah sebaik-baiknya pengasuh ‘. Melihat apa yang semua Nabi lakukan, para sahabat bertanya: “Demi Allah, hari ini kami telah melihat Anda melakukan hal-hal yang belum pernah anda lakukan sebelumnya! ‘ Nabi (S.A.W) berkata: “Hari ini saya kehilangan seorang yang sangat saya cintai : Sesungguhnya, ia begitu baik padaku, setiap kali ia memiliki hal yang baik, dia memberikannya padaku, daripada menggunakan untuk dirinya atau untuk anak-anaknya sendiri. Ketahui bahwa pada hari kiamat orang-orang akan dibangkitkan dalam keadaan telanjang, tapi untuknya, yang telah memberiku pakaian terbaik, maka Allah akan membangkitkannya dengan pakaianku. Dan setiap makhluk akan mengalami azab kubur tapi untuknya Allah akan menyelamatkannya dari hal itu. untuk alasan ini maka saya berikan dia kain kafan dari jubah saya sendiri, dan aku berbaring di makamnya. Dan aku berlutut di dekatnya mengajarinya (jawaban dari) apa yang diminta. Dan sesungguhnya, dia ditanya tentang Tuhannya, dan dia berkata, “Allah adalah Tuhanku”,. dan tentang Nabi, dan dia menjawab, “Muhammad (SAW)” Lalu dia ditanya tentang Wali dan Imam, lalu aku bilang “anak Anda, anak Anda” Dan dia menjawab, “Anak saya adalam Imam” Kemudian dua malaikat pergi dan berkata, “Kami tidak memiliki otoritas atas kamu, tidurlah selayaknya pengantin tidur (tanpa khawatir sama sekali). “Lalu ia meninggal lagi (yaitu, jiwanya diambil keluar dari tubuhnya lagi.)”

Inilah ungkapan dari Muhammad (SAW) tentang Fatimah binti Asad “Semoga Tuhan memberkati jiwa mulia Anda, bagi saya Anda adalah ibu saya sendiri. Anda memberi saya makan dan pakaian terbaik sementara Anda dan anak sendiri dalam keadaan lapar dan memakai pakaian seadanya. Tujuan Anda dalam melakukannya adalah untuk menyenangkan Allah dengan perbuatan Anda. Dia adalah orang paling baik hati kepada saya setelah Abu Thalib.”

Lalu Rasulullah menyampaikan Doa Untuk Fatimah binti Asad :”Ya Allah sesungguhnya kehidupan dan Kematian berada di tangan-Mu,Rahmati ibuku, Fatimah binti Asad, dan berilah sebuah rumah besar di Surga. Sungguh Engkau Maha Penyayang, maka Sayangilah dia, semoga Allah menjagamu di bawah Perlindungan-Nya.”