Puteraku…
Kalaulah mama boleh memilih
yang mana lebih baik, berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungkanmu
Maka
patutkah mama memilih mengandungkanmu?
Kerana sepanjang mengandungkanmu mama boleh merasai keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan wahai puteraku…
Engkau hidup di perut mama
Engkau ikut kemanapun mama pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung mama berdegup kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim mama ketika engkau merasa tidak selesa, kerana mama
kecewa dan berurai air mata
Puteraku…
Bila mama boleh memilih yang mana lebih baik, pembedahan, atau mama harusb erjuang melahirkanmu
Maka mama memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia
sangat mama rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah mampu mama ceritakan kepada siapapun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah…
saat paling membahagiakan
Segala sakit; derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita
Rasulullah di telinga mungilmu
Puteraku…
Bila mama boleh memilih
yang mana lebih baik, duduk berlama-lama di ruang kamar
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka mama memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi Puteraku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan mama, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah wahai Puteraku…
Maafkan mama…
Maafkan mama…
Percayalah Puteraku, mama sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah Puteraku…
Sepi dan sedihmu adalah sebahagian duka mama
Percayalah Puteraku…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa mama…