Saturday, 13 January 2024

15 Perkara Yang Patut Anda Tahu Mengenai Prosiding International Court of Justice (ICJ) Afrika Selatan vs Israel

 


Kredit: Unit Kajian Hadis Palestin 


1. Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan telah failkan sebuah dokumen yang mempunyai 84 mukasurat tentang jenayah genosid yang dilakukan Israel.


2. Afrika Selatan juga sifatkan usaha ini bukan hanya terbatas apa yang berlaku pada 7 Oktober, bahkan usaha ini merangkumi jenayah aparteid Israel selama 75 tahun.


3. Masyarakat dunia sifatkan Afrika Selatan adalah wakil yang paling layak kerana Afrika Selatan juga punyai sejarah hitam dengan jenayah aparteid.


4. Sesi pendengaran akan berlangsung pada 11 Januari - 12 Januari 2024 (Khamis-Jumaat).


5. ICJ akan dibarisi seramai 15 orang hakim yang terdiri dari: Ahli Tetap Mesyuarat Security Council UN (USA, UK, Perancis, China & Rusia) serta wakil dari Afrika Selatan & Israel.


6.  Afrika Selatan telah menuduh Misi Ketenteraan Israel di Gaza telah melanggar Konvensyen Genosid 1948.


7. Israel dengan serta merta menafikan tuduhan yang 'tidak berasas' ini. Tidak seperti selalu, Israel telah memilih untuk terlibat dalam prosiding kali ini. Israel akan diwakili pasukan peguam yang diketuai oleh Malcolm Shaw.


8. Kementerian Luar Israel menyatakan objektif mereka adalah untuk menafikan segala tuduhan Genosid dan meminta untuk diiktiraf bahawa misi ketenteraan mereka bertindak sesuai dengan undang-undang antarabangsa.


9. Jika keputusan mahkamah berpihak kepada Afrika Selatan, ini akan memberi kesan negatif kepada hubungan ekonomi bilateral, multilateral & keselamatan Israel.


10. Benjamin Netanyahu telah menggesa kepada semua diplomat & duta Israel di luar negara untuk melobi rakan-rakan strategik mereka untuk membantah usaha Afrika Selatan.


11. Joe Biden telah menolak permintaan dan usaha Afrika Selatan.


12. Negara-negara yang telah menyatakan sokongan kepada Palestin & Afrika Selatan: Malaysia, Turkey, Jordan & OIC.


13. Walaupun (jika) keputusan ICJ berpihak kepada Afrika Selatan, ia sukar untuk dikuatkuasakan. Kerana Rusia pernah menolak perintah mahkamah tahun lalu untuk menghentikan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine. 


14. Sehingga kini jumlah yang terbunuh di Gaza sudah melebih 22,000.


15. Jika tidak ada bantuan atau tindakan undang-undang ke atas Israel, Gaza akan mengalami krisis kesihatan dan makanan yang amat membimbangkan.


#IsraelCuak #TaufanalAqsa


Zionis sedang menempah neraka yang paling ngeri di akhirat nanti


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa

Pengeboman rejim Zionis telah membunuh begitu ramai rakyat Gaza. Bukan hanya di utara, tengah malah di selatan Gaza. Walaupun mereka memaksa rakyat Gaza di utara berpindah ke selatan, tapi di selatan pun kena bom juga.


Mereka menganggap rakyat di Gaza ini umpama permainan seharian mereka. Tapi apabila mereka diserang untuk membalas kekejaman mereka, terus melatah, terus mengatakan ini adalah perlakuan teroris. Agaknya pada pandangan mereka, mereka manusia yang paling disayangi Allah, walaupun sebenarnya Allah dah mengutuk dan menghina perbuatan keji mereka sejak zaman berzaman. Mungkin mereka sedang mem"booking" neraka yang paling panas dan paling besar siksaan. Nampaknya mereka sengaja ingin melawan Allah.


 Serangan rejim Zionis bukan sahaja terhadap orang awam, malah ke atas ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di sana telah juga mengorbankan ramai anggota paramedik.

Kesan pengeboman kejam Israel ini menyebabkan ramai rakyat yang syahid, kalau pun cedera, mesti ramai yang mengalami kecacatan seumur hidup.

Kanak-kanak yang terkorban dalam misi pengeboman kejam zionis.

Macam mana nanti bila besar, kanak-kanak ini akan menghadapi kehidupan mereka setelah dibom dengan bom Fosforus oleh rejim Israel.


Jom berkenalan dengan masjid AL Aqsa

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa 



Di mana jua masjid, semua muslim layak solat di dalamnya, apatah lagi Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al Aqsa. 

Telah termaktub dalam hadis, kelebihan solat di Masjidil Haram adalah 100,000 kali ganjaran nya, Masjid Nabawi pula 1000 kali ganjaran pahala dan Masjid al Aqsa 500 kali ganda ganjaran pahala nya . 

Jadi jika masjid AL Aqsa ini adalah masjid ketiga yang paling besar ganjaran pahala. Tentunya ada sebab mengapa masjid ini boleh mendapat ganjaran pahala yang besar bila kita solat di dalamnya.


Masjid ini adalah turun temurun daripada para-para nabi zaman berzaman. Malah dalam peristiwa Israk mikraj juga, nabi Muhammad saw telah berhenti seketika dan solat di situ sebelum naik ke langit untuk bertemu Allah swt. Ini menandakan masjid ini termasuk dalam 3 masjid yang patut dikunjungi oleh umat Islam.

Membiarkan pihak Yahudi yang ingin dan telah menguasai masjid ini telah menyebabkan umat Islam di seluruh dunia marah dan memberontak. Alhamdulillah, rakyat Palestin masih berusaha untuk mempertahan kan masjid ini daripada diambil dan dijadikan kuil oleh orang Yahudi ini. 

Mereka bukan hanya menguasai masjid ini malah saudara seagama kita yang ingin menunaikan solat di masjid ini juga telah dihalang oleh tentera mereka, alangkah kejamnya mereka.

Kita sebagai seorang muslim mestilah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Allah supaya masjid ini kembali di bawah kerajaan Islam kerana maruah kita dipijak oleh mereka. Dengan hakmilik sepenuhnya kepada orang Islam supaya sebarang aktiviti ziarah ke sana menjadi mudah. InsyaaAllah.





Friday, 12 January 2024

Kisah sahabat nabi: Said bin Zaid

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa



Beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang di jamin masuk syurga okeh Rasulullah sallallahu Alaihi wasalam. 

Beliau terkenal kerana sangat makbul doanya.

Beliau telah berkahwin dengan adik Umar al-Khattab iaitu Fatimah al khattab. Umar al-Khattab telah masuk Islam apabila membaca lembaran ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh Zaid dan Fatimah.