Setelah mendapat keputusan SPM, ramai pelajar SPM yang lulus dan layak untuk memohon IPT. Selalunya pelajar yang layak bagi kedua-dua kategori ini lebih teruja untuk memasuki universiti berbanding politeknik.
Kunci untuk melihat yang mana lebih sesuai adalah dengan melihat pencapaian akademik anda dalam SPM bagi subjek matematik dan sains.
Sekiranya keputusan SPM anda hanya cukup-cukup makan untuk mengikuti program diploma di universiti, lebih baik anda memilih ke politeknik kerana subjek ditawarkan lebih kurang sama sahaja tetapi pensyarah di politeknik lebih sesuai untuk anda menambahkan ilmu pengetahuan kerana pensyarah-pensyarah di politeknik akan mengajar anda hampir seperti di sekolah. Bukan bermakna universiti tidak bagus, tetapi selalunya pensyarah universiti akan melayan anda seperti pelajar yang boleh belajar sendiri kerana anda layak masuk universiti. Anda sendiri kena berusaha dan berikhtiar untuk mencari pensyarah jika tidak memahami apa yang dipelajari. Jika anda buat-buat tak kesah, padahnya bila mendapat result nanti...
Semasa saya baru masuk bekerja dahulu saya agak cemburu dengan kebolehan pensyarah yang memulakan pengajian peringkat diploma di politeknik sebelum menyambung ke universiti kerana mereka amat memahami dan boleh menggunakan berbagai kemahiran yang saya yang fresh graduate daripada universiti.
Tepuk dada tanya selera, yang mana lebih baik untuk anda