Friday, 9 July 2021

Angan2ku semester Jun 2021 - Amphibian vehicles

Tetiba aku teringat masa kat Polimas dulu aku wajibkan pelajar-pelajar subjek dc motor control buat mini project... Bertajuk amphibian vehicles...

Rasa macam nak mintak pelajar-pelajar semester depan buat la...

Bukan nya susah sangat... 
buat kecik ja...pakai motor 5v atau 12 v pun ok dah... Cuma mereka perlu pastikan vehicle mereka boleh beroperasi di atas darat dan air ..
Reference:
https://www.mdpi.com/1424-8220/18/10/3318/htm


Dulu2... Student DET semua kena buat. Aku siap buat competition... Bagi hadiah hamper pemenang nombor 1, 2 dan 3...  

Pastu sediakan jamuan makan tengahari...ambik gambar... masukkan dalam Facebook...mana pi taktau dah nak cari...gambar2 nostalgia bersama anak-anak PA dulu... kalaulah tak silap...dalam taun 2012/2013...

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi
Perancangannya:

1. Student kena plan dulu, tajuk vehicle depa, pastu lukis kat kertas lukisan, apa rekaan mereka dan kena cerita kat aku lah idea mereka

2. Depa buat sampai jadi bentuk vehicle guna polisterin saja. Alasan nya supaya ringan, jadi boleh bergerak laju dan boleh terapung di atas air ..

3. Pastu, kita lantik beberapa panel untuk menilai rekaan mereka dan keupayaan rekaan tersebut sebelum memberi markah

4. Aku jugak adakan pertandingan sapa bwk paling laju...

5. Esoknya akan diumumkan pemenang dan diadakan jamuan makan tengahari kepada semua student... sambil-sambil selfie

Kena tengok dulu... dapat budak2 yang aktif ke idok...

Semoga covid2 ni dah tak ada...klu tidak camne nak buat amphibian vehicles...😭😭

Thursday, 8 July 2021

Petua mengemas dapur kecil

Bila kita terpaksa berhadapan dengan ruang dapur yang kecil, amat menyiksakan untuk mengemas... 

Contohnya jika terpaksa berpindah atas alasan kerja dan sebagainya. Pastu kena pulak menyewa... takkan nak duduk banglo kut...mesti sewa rumah kecik amer, macam aku ni...

Berikut ada beberapa tips untuk menyusun-atur dapur kecil.

# Keluarkan semua barang dari rak, laci dan kabinet.

#Buang apa sahaja yang tidak perlu berada di dapur. Buang makanan jika tamat tempoh.

# Hapuskan laci jika boleh! Sekiranya anda benar-benar memerlukannya, hadkan satu laci kecil dan gunakan penyusun laci, pembahagi, dan label untuk memastikannya kemas

#Elakkan untuk meletakkan barang di kaunter. Letak barang di kaunter jika sering menggunakannya. 

# Perlu kreatif dengan penyimpanan di kabinet dan laci. Gunakan bekas kecil untuk menyusun laci, terutamanya jika anda mempunyai laci dalam. 

#Rak, tong sampah, meja putar untuk ruang penyimpanan dan keperluan kabinet.

# search online seperti kat shoppee atau Lazada untuk penyimpanan kreatif seperti bakul anyaman, tong sampah, balang DLL pada harga yang murah. 

#Sekiranya dapur anda kecil, ada cara untuk meningkatkan ruang lantai. Gunakan papan pemotong jenis tarik keluar di bawah kaunter untuk ruang kerja. 

#Pasang kaunter lipat yang boleh diangkat ke dinding apabila anda tidak memerlukannya. Internet penuh dengan panduan DIY untuk jenis alat dapur ini.

#Gunakan penyelesaian penyimpanan seperti Lazy Susan dan tong sampah. Ratakan makanan sebelum membekukannya. Keluarkan pembungkusan berlebihan dari makanan untuk mewujudkan lebih banyak ruang di dalam peti sejuk.

# Ruang kabinet penuh? Gantung periuk dan kuali dan peralatan memasak lain dari rak siling. Laci dapur tidak mencukupi? Gantung perkakas dan cawan ukur pada cangkuk di pintu kabinet. Dapur yang teratur malah dapat mewujudkan lebih banyak ruang simpanan dengan mempunyai rak yang tinggi untuk tong simpanan.

#Untuk simpanan makanan di meja, beli  bekas penyimpanan makanan yang menarik. Botol Mason berfungsi dengan baik untuk ini. Tabung jernih sangat bagus kerana anda dapat melihat apa yang ada di dalamnya (dan ketika anda kehabisan barang kering).

#Susun kabel dari peralatan countertop untuk memastikan rapi dan tidak tersekat.

#Manfaatkan ruang kosong untuk simpanan tambahan. Gantung perkakas di dinding seperti hiasan sebagai pengganti backsplash. Gunakan rak di bahagian belakang pintu untuk menambah simpanan, barang simpanan pantri atau peralatan pembersih.

#Gunakan bahagian luar peti sejuk jika perlu. seperti dispenser rempah, potholder, alat makan, peralatan dapur. Peti sejuk juga merupakan tempat yang bagus untuk papan tulis untuk jadual, senarai belanja, atau perancangan makanan.

Tak perlu ikut semua...takut dapur menjadi lebih semak ..
 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Tuesday, 6 July 2021

Esok peperiksaan PALT

Berdebar debar menanti tarikh 7.7.2021 sebab pelajar pelajarku bagi kursus motor control & Drives akan exam PALT. .. takut pulak ... Mcm aku yang nak exam... kih3

Semoga semuanya akan berjalan lancar... InsyaaAllah...

Jadi aku dah listkan perkara yang perlu dilakukan esok tengahari

Tentatif esok:

1. Pukul 1pm download soalan PALT yg berkunci

2. Pukul 2pm masuk ms team dan OneNote

# isi borang akuan meniru
(Macam akujanji jugak,  student mengaku tidak meniru)

#isi akujanji...yg kuarantin kat asrama
(Student yang kuarantin ni isi mengatakan mereka mampu ambik set A ni... walaupun terkesan dengan kuarantin)

# 15 minit sebelum mula, bg password untuk bukak soalan dan  semak soalan bersama pelajar

#taklimat exam

3. Pukul 2.30-4.30pm jawap PALT

Dan hantar jawapan kedua-dua platform
a) One Note
b) assignment

*Jangan offkan One Note dan team sehingga 1/2 jam selepas peperiksaan berakhir...*

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Sunday, 4 July 2021

MATLAB TIPS: menjadikan saiz font title plot graph lebih besar

Hari ni nak kongsi belajar menjadikan saiz font title plot graph lebih besar....

Bila tengok dalam title plot graph aku kecik bebenor...bila maksimakan graph tu

asalnya aku tulis macam ni...

plot(A,'k','LineWidth',1.0); title('Comparison of PHI axis Step Response using variety of controllers PID,NSMPCPD,WSMPC and MPC2PD '); 

Bila aku search... senang jer... tambah jer macam kat bawah ni... yang aku tulis kalor merah tu:

 title('jom plot graph bagi saiz font 24', 'FontSize', 24);

Jeng..jeng.. jeng...

plot(A,'k','LineWidth',1.0); title('Comparison of PHI axis Step Response using variety of controllers PID,NSMPCPD,WSMPC and MPC2PD ', 'FontSize', 24); 

Andai nya korang rasa besor gedabak sangat jangan la ikut aku... ikut citarasa masing2..

 matlab ni tak lah susah sangat.. kan..kan..

alhamdulillah...

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

MATLAB TIPS: menjadikan title plot graph kepada 2 baris

Hari ni nak kongsi belajar menjadikan title plot graph kepada 2 baris...

Tetiba hari ni bila run matlab... alahai
baru perasan ... panjang sangat  title plot graph aku ni ... 


rupa-rupanya tak lah payah sangat pun...

asalnya aku tulis macam ni...

plot(A,'k','LineWidth',1.0); title('Comparison of PHI axis Step Response using variety of controllers PID,NSMPCPD,WSMPC and MPC2PD '); 

Bila aku search... senang jer... tambah jer macam kat bawah ni... yang aku tulis kalor merah tu:

 title({'baris pertama';'baris kedua'});

Jom kita ubah... jadi lah macam ni...

plot(A,'k','LineWidth',1.0); title({'Comparison of PHI axis Step Response using variety of controllers';'PID,NSMPC-PD,WSMPC and WSMPC-PD '}); 

 siap...

alhamdulillah...

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi