Friday, 2 December 2016

Puteraku ke Rumah tokwan

Alhamdulillah, aku punya sorang putera yang ingin berbakti kepada tokwannya...

Ayahandaku memang dah tua Dan menghidap berbg penyakit...

Tak sangka juga di sebalik keletah anakku yg agak belum matang walaupun dah 21 tahun tu ada jgk sebutir permata di dalam hatinya.

Setelah menamatkan diploma, dia memang selalu meminta izin untuk ke Rumah tokwannya di kampung...

Tapi semenjak dua menjak ni dia mmg tak suka duduk Rumah sewa kat kulim ni...  al maklum lah ...namapun Rumah sewa...

Jadi, puteraku bertekad nak duduk jgk kat Rumah tokwan, kerana katanya Dia akan rasa sgt bersalah klu tidak sempat berbakti kpd tokwannya jika tokwan meninggal...

Dah dekat sebulan puteraku di sana... doaku mudah2an Dia dapat menggembirakan ayah dan mak di samping meringankan keja ayah n mak... Takut jgk jika kehadirannya ayah n mak rasa terbeban pulak

Jom jimat elektrik di rumah

Kita kena jgk ambil tahu apakah yg perlu kita lakukan untuk jimat elektrik:

1. Offkan alatan elektrik yg kita tak gunakan kecuali peti sejuk atau alatan yg telah kita setkan timer supaya off Dan on pada masa2 tertentu...

2. Ambil Berat tentang alatan elektrik yg memerlukan pemanasan seperti iron, rice cooker, heater DLL kerana alatan ini memerlukan penggunaan elektrik yg besar... jadi hanya on bila perlu Dan off bila selesai menggunakannya...

Namun, penggunaan on Dan off dgn kerap jgk amat tidak digalakkan kerana ianya memerlukan tenaga yg lebih utk pemanasan semula

3. Kadang2 ada alatan di rumah contohnya seperti heater di Rumah yang mengalami kerosakan, walaupun masih berfungsi. Ini juga Antara sebab bill melambung tinggi.

Cuba test sendiri di Rumah, dgn meminimakan penggunaan sesuatu alatan yg disyaki rosak atau telah lama digunakan selamanya sebulan. jika bill berkurangan mendadak, mesti ada yang tak kena... kan..kan...

4. setkan timer pada air cond di umah
supaya bill tak melambung

5. Penggunaan lampu2 solar di luar rumah amat digalakkan Dan penggunaan lampu LED boleh dimaksimakan di dalam Rumah untuk penjimatan yang optimum

lagi lagi...ptsb


Pejam celik, pejam celik...dah 2 bln aku di ptsb,..

sibuk semacam jer aku rasa kerana terpaksa menelaah subjek baru yg akupun bukannya pernah ambik kat u dulu...

Power electronic  Dan motor control n drives adalah 2 subjek yg diamanahkan.... Alamatnya aku ni menjadi penghuni library ptsb ni... waktu keja....

sampai ada srkali tu, staff library terpaksa bagitau yg mereka tutup waktu tghari sbb cuti semester... kesian kat diaorg, mesti rasa serba salah...

Aku mmg tak Kesah sgt dgn subjek teori.... cuma waktu amali yg aku risaukan ... aku mmg fobia bila dgr subjek motor..huhu