Friday, 23 January 2015

Sebelum Dajal Muncul (Golongan al- ruwaibah)

Rasulullah SAW memberi amaran tentang kejadian 'sebelum Dajal muncul'dari lebih 14 abad yang lalu : "Sesungguhnya ketika hampir kemunculan dajal, tahun-tahun sebelumnya dipenuhi dengan pelbagai penipuan, orang-orang yang benar dan jujur dianggap dusta, golongan dusta pula dianggap benar, orang amanah dituduh khianat, manakala golongan khianat diserahkan amanah kepadanya. ketika itu golongan Al-ruwaibidahakan sentiasa bercakap.

Para sahabat bertanya, ' Siapakah golongan Al-Ruwaibah()? '
Baginda menjawab:' Mereka ialah golongan al-Fuwaisiq(orang yang melakukan kefasikan secara jelas terutamanya golongan muda) yang bercakap dalam berurusan awam. '"

 [ Riwayat Ahmad ]

Dalam riwayat lain, baginda menyebut al-Safih (bodoh) dan al-Tafih(seorang yang lekeh dan tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan serta tidak memiliki sebarang kelebihan dalam pandangan agama) bagi menggantikan al-Fuwaisiq.

Siapakah al-Ruwaibah?

Mereka bercakap hak-hak wanita tetapi mereka mengetepikan hak Allah. Mereka bercakap tentang ekonomi negara sedangkan mereka pengganggur yang malasdan mempunyai hutang sekeliling pinggang.Mereka bercakap tentang dakwah tetapi keperibadian mereka amat kabur Islamnya.

Namun mereka mendapat tempat di pelbagai media , diterima dan dianggap hebat. manakala para ulama yang benar diketepikan dan digelapkan.

Kesimpulannya ...

Hanya Iman yang mampu membantu kita agar tidak terlibat dalam hal-hal sebegini...
Jaga iman ye...

Lampiran..

Majalah Solusi siri 75 

Sunday, 18 January 2015

Keutamaan takut kepada Allah



Daripada Huzaifah, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“ Ada seorang umat daripada umat kalian yang berburuk sangka dengan amalannya. Dia mengatakan kepada keluarganya :
“ Jika aku mati, ambillah aku dan hamburkanlah aku(yang telah menjadi abu) di lautan pada hari angin bertiup kencang.”
Mereka pun melakukannya. Lalu Allah menghimpunkannya, kemudian bertanya:
“Apakah yang mendorong kamu berbuat demikian?”
Dia menjawab :
“ Tiada yang mendorongku berbuat demikian kecuali berasa takut kepada-Mu”
Maka Allah mengampuninya.”
[Riwayat al-Bukhari dan al-Nasa’i]  

 Lampiran..

Dipetik dari MajalahNur