Friday, 17 September 2021

Muhasabah diri: Ketika semua orang meninggalkanmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Peringatan buat diriku yang lupa




Ketika semua orang meninggalkanmu, sehingga terasa dunia ini terlalu sempit dan gelap, yakinlah Allah sentiasa bersamamu.

Mintalah jalan keluar darinya, mintalah petunjuk terbaiknya, dan jangan pernah kamu takut sendirian, kerana ada Allah yang tidak akan pernah meninggalkanmu dalam keadaan apa sekalipun.

Jika Kamu Merasa Sendirian, Seakan Semuanya Menjauh Darimu. Ingatlah Allah Tidak Akan Meninggalkanmu

Jika kamu merasa sendirian dalam masalahmu, seakan semua yang ada didekatmu menjauhi darimu dan tidk peduli dengan keadaanmu, maka ingatlah Allah kerana Dia tidak akan pernah meninggalkanmu.

Allah akan selalu bersamamu saat suka maupun duka, kerana sejatinya hanya Allah yang tidak akan pernah mengeluh tentang apapun keadaanmu.

Jika Kamu Merasa Masalahmu Begitu Berat, Ingatlah Allah Selalu Ada Untuk Memberimu penyelesaian

Jika kamu merasa masalahmu begitu berat, begitu sulit, dan seakan-akan menahanmu dalam derita yang amat sangat, maka ingatlah Allah segera.

Ingatlah bahwa Allah selalu ada untukmu memberi penyelesaian, kerana masalah itu Allah yang menuliskannya untukmu maka datanglah kepada Allah untuk meminta kekuatan agar kamu boleh menyelesaikannya.

Jika Kamu Merasa Lelah Dengan Semua Yang Terjadi Dalam Hidupmu, Ingatlah Allah Kerana Dia Akan Meringankan Langkahmu

Lalu ketika kamu merasa lelah dengan semua yang terjadi dalam hidupmu, merasa runsing sebab masalah yang datang secara bertubi-tubi, jangan menyerah!

Tetaplah yakin bahawa semua itu hanya sementara, dan ingatlah Allah dalam setiap langkah yang kamu jejaki agar langkahmu dapat terasa ringan.

Jika Kamu Merasa Kegelisahan Sedang Menjeratmu Dalam Ketakutan, Ingatlah Bahawa Bersama Allah Kamu Akan Tenang

Dan jika kamu kini merasa kegelisahan yang ada seakan menjeratmu dalam ketakutan, maka ingatlah Allah segera kerana saat kamu mengingat-Nya tentu perasaanmu akan lebih tenang.

Ingatlah bahwa Allah Maha segalanya, agar untuk bergantung kepada-Nya kamu tidak pernah merasa ragu-ragu lagi.

Pasrahkan Segalanya Kepada Allah, Agar Kamu Tak Merasa Takut Sendirian Dihimpit Masalah Yang Menimpamu

Iya... pasrahkan segalanya kepada Allah, agar dalam keadaan seperti apapun terlebih saat kamu tengah dihimpit permasalahan yang besar, kamu tidak pernah merasa takut.

Kerana tidak peduli sesendiri apapun kamu dalam mengharungi kehidupan ini, jika kamu mampu menyedari dan yakin bahawa Allah bersamamu, maka tentu tidak akan ada rasa takut yang akan mengusik kedamaian hidupmu.

Nukilan:
https://netizenkepoyuk.blogspot.com/2019/05/jangan-takut-sendiri-ada-allah-yang_20.html

SIRI 1: Apakah cross-coupling dalam kimia (gandingan silang)?

Apakah yang dimaksudkan dengan gandingan silang?
Definisi. Reaksi gandingan silang adalah reaksi di mana dua bahan permulaan yang berbeza, yang masing-masing biasanya dikurniakan dengan kumpulan pengaktif, bertindak balas bersama dengan bantuan pemangkin logam.

Apakah yang dimaksudkan dengan reaksi gandingan?
Reaksi gandingan dalam kimia organik adalah istilah umum untuk pelbagai tindak balas di mana dua serpihan bergabung bersama dengan bantuan pemangkin logam. ... Jenis reaksi gandingan yang paling biasa adalah tindak balas gandingan silang.

Bagaimana reaksi gandingan berlaku?
Jawapan: Bagaimana tenaga yang dilepaskan oleh hidrolisis ATP digunakan untuk memberi tenaga kepada tindak balas lain dalam sel? Dalam kebanyakan kes, sel menggunakan strategi yang disebut reaksi kopling, di mana reaksi yang sangat baik (seperti hidrolisis ATP) secara langsung dihubungkan dengan reaksi yang tidak baik (endergonik).

Apakah nama gandingan tersebut?

Gandingan rasuk, juga dikenali sebagai gandingan heliks, adalah gandingan fleksibel untuk menghantar tork di antara dua batang sambil membenarkan ketidaksejajaran sudut, keseimbangan selari dan gerakan paksi, satu poros berbanding yang lain

English

What is meant by cross coupling?
Definition. Cross-coupling reactions are those in which two different starting materials, each of which is usually endowed with an activating group, are reacted together with the aid of a metal catalyst.

What is meant by coupling reaction?
A coupling reaction in organic chemistry is a general term for a variety of reactions where two fragments are joined together with the aid of a metal catalyst. ... The most common type of coupling reaction is the cross coupling reaction.

How does a coupling reaction occur?
Answer: How is the energy released by ATP hydrolysis used to power other reactions in a cell? In most cases, cells use a strategy called reaction coupling, in which an energetically favorable reaction (like ATP hydrolysis) is directly linked with an energetically unfavorable (endergonic) reaction.

What is the name of the coupling?

A beam coupling, also known as helical coupling, is a flexible coupling for transmitting torque between two shafts while allowing for angular misalignment, parallel offset and even axial motion, of one shaft relative to the other

Thursday, 16 September 2021

Muhasabah diri: Sifat ihsan dalam Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Peringatan buat diriku yang lupa




"Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab: 'Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu.'" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah, ibadah yang digambarkan dalam hadis ini, memperlihatkan kesempurnaan iman dan kesedaran rohani yang sangat tinggi, juga memperlihatkan rasa cinta dan pengenalan manusia kepada Allah yang sangat tinggi. Sebagai konsep yang mengandung idea peningkatan kualiti ibadah dan kebajikan, ihsan menurut al-Jauziyah memiliki tiga tingkatan sebagai mana berikut:  

1. kebaikan dalam niatnya, di mana setiap orang harus mengarahkan perhatiannya menuju Allah SWT. Pada tingkat ini, seseorang harus memasang niat dan motivasi yang kuat. Namun, ia harus membekalkan dirinya dengan ilmu supaya niat dan tujuannya tidak melencong dan keluar dari syariat Islam.

2. kebaikan dalam sikap dan perilaku. 
Pada tingkat ini, seseorang harus mampu menjaga dan memelihara kebaikan sikap dan perilakunya secara konsisten. Tanpa pemeliharaan ini, kebaikan sikap dan perilaku itu akan hilang dan lenyap. Selanjutnya, dia harus berusaha menjadikan kebaikan sikap dan perilaku itu sebagai penampilannya sehingga tidak mudah dipengaruhi oleh situasi dan cabaran yang mendatang. Namun, pada tingkat ini, dia harus tetap menyembunyikan dan merahsiakan kebaikan-kebaikannya kerana memperlihatkan kebaikan bukanlah cara hidup orang-orang yang bertakwa. Sebaliknya, memperlihatkan kebaikan secara terbuka dapat diterima jika memang ada kepentingan untuk itu atau dipandang boleh membawa kemaslahatan yang lebih besar kepada orang lain.

3.kebaikan dalam waktu. 
Pada tingkat ini, seseorang harus berusaha supaya sepanjang waktu dia dapat menyaksi Allah iaitu yang disebut musyahadah. Di sini, dia harus menjaga cita-cita dan perhatiannya supaya tidak beralih kepada sesuatu yang lain daripada Allah. Dia juga harus mengarahkan seluruh perjalanan hidupnya hanya menuju kepada Allah. Pada tingkat ini, ihsan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya.

Pada tingkat yang paling tinggi ini, ihsan akan memperlihatkan kematangan tauhid, ajaran Islam yang paling fundamental. Tauhid adalah kunci syurga. Maka, tidak ada balasan ihsan kecuali syurga yang penuh kenikmatan. Menurut al-Jauziyah lagi, inilah makna firman Allah yang bermaksud: "Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga." (Surah al-Rahman, ayat 60)

Bagaimanakah untuk kita fahami nilai ihsan yang disebut dalam hadis yang boleh menjadikan kita insan salih khususnya dalam rumah tangga. Fitrah manusia, apabila perbuatannya dilihat oleh orang lain, maka dia akan mengawal gerak-gerinya, malah boleh menahan kesabaran untuk tidak marah.

Oleh itu, nilai ihsan yang dibicarakan dalam hadis ini yang jauh lebih luas maksudnya, Allah SWT bersama kita di mana sahaja kita berada dan sesungguhnya Dia Maha Melihat segala perbuatan kita. Maka dengan itu, kita dapat mendidik diri untuk menjadi hamba yang lebih baik.

Nilai ihsan perlu sentiasa diterapkan dalam rumah tangga bagi memastikan ahli sentiasa melakukan kebaikan walau di mana kerana setiap makhluk berada di bawah pengawasan Allah SWT. Atas sebab itu, seseorang berasa malu kepada Allah SWT untuk melakukan perkara tidak baik dan zalim.

Malah, Allah SWT menyuruh manusia berbuat baik (ihsan) bukan sahaja kepada manusia, bahkan makhluk lain seperti maksud hadis: "Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa." (Riwayat Muslim)

Apabila kita diuji atau marah, kita akan memberi tindak balas. Oleh itu, kita perlu menyiapkan diri supaya merasakan Allah SWT sentiasa melihat perbuatan kita walau di mana kita berada. Persiapan ini perlu dilatih sejak awal untuk menahan diri daripada terus bertindak balas dengan apa yang berlaku.

Setiap ujian yang datang adalah sebagai latihan untuk menahan diri daripada marah dan bertindak zalim. Muhasabah diri bahawa Allah SWT sedang melihat dan berusaha memperbaiki ke arah kebaikan. Ujian yang dilalui satu latihan dan proses memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Justeru, setiap Muslim hendaklah menyempurnakan segala amalan ibadat sebaiknya bertepatan landasan digariskan Allah SWT dan sunah Rasulullah SAW. Wadah ini penting supaya amalan diterima tanpa sebarang cacat cela dan memperoleh ganjaran berlipat ganda di sisi Allah.

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/38889/menerap-nilai-ihsan-dalam-kehidupan

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/11/646504/berbuat-ihsan-dalam-kehidupan

Muhasabah diri: Nikmat Iman dan Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Peringatan buat diriku yang lupa




Islam dan Iman merupakan nikmat yang Allah SWT berikan kepada hamba-hamba-Nya. Kedua-dua nikmat tersebut malah lebih besar berbanding nikmat-nikmat yang lain. Oleh itu, kita sewajarnya mengucap berbanyak-banyak puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas kedua-dua nikmat ini.

Jika tidak terfikir maka mulai saat ini marilah kita berfikir dengan mata hati, bahawa bertuahnya kita , lahir-lahir sahaja ke dunia ini, ayah kita azankan dan iqamahkan kita . 

Maka selamatlah kita dari menjadi penganut agama lain selain Islam.
Terselamatlah kita dari jadi Yahudi, Nasrani, Majusi, Israel dan lain-lain bangsa yang sesat lagi menyesatkan itu. Lahir-lahir sahaja kita dikenalkan Allah... Tuhan kita, Nabi Muhammad pesuruh Allah. 

Kita dididik oleh guru-guru kita, di bimbing oleh ibu ayah kita supaya sembahlah Allah Tuhan yang Maha Esa.

Syukurnya kita tidak dilahirkan ke dunia ini menjadi penyembah berhala, penyembah matahari, bulan bintang, penyembah patung-patung, penyembah salib, penyembah lain-lain selain menyembah Allah yang Maha Segala Maha itu.

Takutlah kita dari kekufuran kerana kekufuran itu membinasakan kita dunia akhirat. Nikmat yang besar seperti iman dan Islam Allah anugerahkan pada kita dan keturunan kita.Besarnya nikmat ini yang wajib sangat-sangat disyukuri.

Sebagai manusia, Allah SWT menciptakan kita untuk beribadah kepadanya. Sepanjang kehidupan kita di dunia, tahap ketaatan kita kepada-Nya akan diuji; nasib kita di Hari Akhirat akan turut ditentukan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Mulk, ayat 1 dan 2:

“Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan Allah) yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat), dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Allah S.W.T berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

(al-Baqarah: 153)

Dunia hari ini sedang bergelut dengan serangan wabak COVID-19, rakyat semakin gusar dan risau. Tambahan pula, pada ketika ini masuknya musim tengkujuh. Hujan yang turun menambahkan lagi kebimbangan sesetengah penduduk. Bimbang berlaku banjir yang mungkin merosakkan harta benda di kediaman masing-masing.

Saat kebimbangan dan kegelisahan melanda di jiwa, maka, sabar dan solatlah solusi terbaik yang wajib kita lakukan. Bergantung harap hanya kepada Allah dalam sebarang situasi dan keadaan. Manusia itu hanyalah perantaraan sahaja. Hakikatnya Allah-lah yang mengutuskan bantuan dan pertolongan itu.

Bahkan, tatkala kita mengalami kesusahan dan kesempitan hidup, kerugian dalam perniagaan, kegagalan dalam percintaan dan rumah tangga, kesakitan serta pelbagai masalah lain lagi yang dihadapi, maka sabar dan solatlah jalan penyelesaian terbaik.

Banyak orang ketika dia beriman, dia memperjuangkan semuanya hanya untuk Islam. Tapi ketika diuji dengan berbagai perkara, dengan harta, dia menjadi kufur (na'uzubillah) cuma kerana harta yang ingin dia dapatkan. Maka Allah ingatkan kita supaya, ketika kita beriman, dan kita dikurniakan taqwa, kita kena pelihara, sehingga di manapun kita mati dan bilapun kita mati, kita tetap dalam keadaan bertaqwa. Dan ketika kita dalam keadaan bertaqwa, InsyaaAllah kita terhindar dari mati dalam keadaan tidak Islam.


Akhir kata, Nikmat iman dan Islamlah yang akan membawa kita ke syurga Allah. Syurga yang kekal lagi abadi. Di dalam syurgalah tempat rehat kita yang sebenar-benarnya. Dalam syurgalah tempat kebahagiaan kita yang hakiki .

Di dunia ini hanya tempat ujian dan mehnah dari Allah. Lulus ujian dari Allah maka besarlah ganjarannya di sisi Allah. Semuga kita semua menjadi hamba Allah yang sabar dan tabah dengan segala ujian dari Allah.


Rujukan:

https://harakahdaily.net/index.php/2020/11/28/apa-itu-ujian-allah-s-w-t/

http://umusayyidah.blogspot.com/2014/04/nikmat-iman-dan-islam.html?m=1

http://abdul-muizz.blogspot.com/2018/09/nikmat-islam-dan-iman.html?m=1

https://bkmattaqwa.uma.ac.id/2019/10/16/nikmat-islam-iman-dan-ihsan-dalam-beribadah-kepada-allah-subahanahu-wa-taala/


Sunday, 12 September 2021

Muhasabah diri: Siapakah sahabatku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Peringatan buat diriku yang lupa

foto:
https://putraim.wordpress.com/2012/11/04/siapa-sahabat-kita/amp/

SAHABAT adalah orang yang sangat rapat dengan kita, tidak memiliki hubungan darah atau keluarga. Sahabat adalah seorang yang sangat kita percayai, penyimpan aib dan rahsia kita dari pengetahuan orang lain. Sahabat tidak perlu dari golongan bangsawan, hartawan, jelitawan dan sebagainya. Sahabat dalam Islam adalah saling mengingatkan kita kepada Allah S.W.T, menegur kita ketika kita salah, membela kita ketika kita tidak bersamanya dan sahabat juga sentiasa ada bersama kita di saat kita suka atau sedang berduka. Manusia adalah makhluk sosial, yang tidak boleh hidup tanpa manusia lainnya.

Sesetengah pandangan meletakkan sahabat lebih dekat berbanding dengan kawan. Kita mungkin mempunyai ramai kawan namun belum tentu semuanya dalam kategori sahabat. Sahabat itu sentiasa berada dekat dalam kehidupan. Ketika senang, dialah bersama meraikannya dan ketika susah dia tetap bersama dengan menghulurkan bantuan.

Sebaik-baik sahabat adalah berdasarkan teras kepada: persahabatan ialah keimanan kepada Allah SWT yang akan melahirkan sesuatu yang indah dalam perhubungan.

Persahabatan adalah nikmat yang Allah SWT limpahkan kepada hati yang ikhlas membina hubungan semata-mata kerana Allah SWT.

Kesan daripada itu, maka timbullah perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Lantaran itu, kita dapat melihat dengan jelas dalam sejarah Islam bagaimana generasi awal Islam yang dididik Rasulullah SAW membina persahabatan mereka.

Sirah Rasulullah SAW menunjukkan perancangan hijrah untuk menyebarkan dakwah di Madinah dibantu oleh sahabat baginda yang sentiasa berada di sisinya. Pengorbanan sahabat baginda seperti Saidina Abu Bakar banyak membantu dalam mengembangkan Islam di luar Makkah.

Sahabat Rasulullah SAW memainkan peranan yang besar dalam membantu baginda menjalankan amanah sebagai seorang Rasul. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:  "Muhammad ialah utusan Allah dan orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang kafir (yang memusuhi Islam) dan sebaliknya bersikap kasih sayang antara mereka (umat Islam). Kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang yang soleh) terdapat pada muka mereka, daripada kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas)."  (Surah al-Fath, ayat 29)


Rujukan:

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/12/106051/persahabatan-ikhlas-dunia-akhirat

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/11/639674/cari-sahabat-bawa-ke-syurga


https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/10/siapakah-sahabat-kita-sampai-mati-dan-ke-syurga-allah/