Tuesday, 14 April 2015

Monday, 13 April 2015

Coretanku: Membawa anak menghadiri temuduga

Syukur alhamdulillah anakku, Nurul Hidayah mendapat semua A dalam peperiksaan SPM yang lalu.

Walaupun mungkin ramai di luar sana mempunyai anak yang jauh lebih cemerlang berbanding anakku, Nurul Hidayah tetapi aku amat bersyukur dan berpuashati dengan pencapaiannya.

Nurul Hidayah perlu menjalani Ujian Psikometrik secara online di rumah sebelum ditemuduga. Dia perlu mencetak kehadiran menghadiri ujian itu untuk dibawa ketika menghadiri temuduga.

Selepas solat asar, hari Rabu lepas kami bertolak kerana Nurul Hidayah perlu menghadiri sesi temuduga MARA di KKTM Beranang berhampiran Semenyih. Puteriku yang ketiga, Nur Sakinah terpaksalah ponteng sekolah selama 2 hari kerana aku tidak sanggup meninggalkannya dengan abangnya yang sedang menjalani latihan praktikal di IPDA.

Kami tiba di Hotel Oriental Crystal, Kajang lebih kurang pukul 1.20 pagi. Pukul 7 pagi keesokan harinya kami telah bertolak ke KKTM. Walaupun temuduga bermula pada pukul 8.30 am tetapi kerana inilah pertama kali kami ke sana, maka aku merasakan bertolak awal lebih 'selamat'.

Setelah Nurul Hidayah masuk bersama lebih lurang 9 orang pelajar lain, kami tidak dibenarkan berada hampir dengan kawasan temuduga.

Aku kembali ke kereta untuk membaca surah Yasin agar Nurul Hidayah tenang. Setelah makan dan berbual dengan ibubapa lain yang turut menghantar anak mereka menghadiri temuduga, lebih kurang pukul 11.30 am kamipun bertolak balik.

 Sebenarnya akupun tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Cukuplah sekadar pengalaman bagi puteriku ini.Tetapi kalau ada rezeki kenapa tidak ambil peluang ini kan!!!