Friday, 6 October 2023

Satu usaha yang menjadi sia2?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa



Beberapa hari lepas aku dan KJ HEP ditugaskan untuk mendapatkan beberapa orang pelajar bagi calon anugerah gemilang pelajar untuk dihantar kepada urusetia di jppkk. Terdapat 8 kategori semua nya.

Masa yang diberikan oleh pengarah sangat singkat kerana mmg pihak jppkk pun baru ja email perkara tersebut.

Sebenarnya task yang diberikan tidak lah susah sangat cuma masa yang diberikan yang bagi diriku kurang sesuai.

Aku dan KJ HEP bertindak sebagai urusetia, telah bekerjasama untuk mendapatkan beberapa calon ini.

Kami mula meneliti dan mengkaji siapakah 'person incharge' (PIC) yang patut diamanahkan.

Setelah berbincang, kami memutuskan 14 September 2023 sebagai tarikh meeting pertama. 

Semasa mesyuarat, kami terpaksa memberitahu PIC2 yang kami perlu menerima calon selewat-lewatnya 27 September 2023 sebab 28 September 2023 adalah cuti Maulidur rasul diikuti cuti jumaat dan sabtu sementara 1 dan 2 Oktober adalah hari konvokesyen kali ke 17 di PTSB.


Sebilangan kecil sahaja PIC yang dapat memberi kerjasama. Yalah, masing-masing byk lagi tugasan yang menunggu. Ada pic bg kategori tertentu yang tidak dapat menyediakan calon kerana tidak cukup syarat. Cuma yang aku terkilan kenapa lah tak msg atau telefon aku siap2 supaya aku tidak tertunggu-tunggu. Kena pulak call tapi tak diangkat, husnuzon mungkin sibuk.  


Ada yang scan tak nampak apa-apa, , lawak pun ada. Ada pulak pic yang bagi dokumen tak cukup. Terpaksa mintak jgk walaupun hari cuti .. Bukan apa, aku nak bawak semua sekali untuk mendapatkan pengesahan daripada pengarah/TPA tu biarlah sekali sahaja. Diaorang pun sibuk... 


Hari raptai konvokesyen, Sabtu lepas dapat lah 4 kategori daripada 8, jadilah... Aku pun mintak TPA tolong sahkan dalam dewan walaupun sibuk dengan raptai konvo .. Alhamdulillah...

Sebenarnya pengarah pun bila aku maklumkan hanya ada 5 kategori yang bertanding( sebelum calon anugerah sukan menarik diri), pengarah mcm bengang semacam. Beliau siap kata, "we are planning to fail". 

Tu yang aku takmau bgtau pengarah hanya ada 4 kategori yang masuk bertanding tu ..hihi ..

Tup2 bila hari konvokesyen pertama, iaitu 1 Oktober 2023, boleh pulak inovasi nak masuk jgk2 tanpa pengetahuan pic yang dilantik... Jadi aku biarkan depa buat sendiri lah ..  banyak lagi kerja aku .. sebab esoknya jugak aku kena submit draf soalan final exam, tak larat nak buat apa-apa dah.


Setelah selesai hantar email seperti yang diminta oleh urusetia anugerah gemilang pelajar jppkk ni, mlm tu dapat lah khabar, rupa2nya anugerah gemilang ni ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberikan kelak ...


Adudui...... Dah la, 4-5 Oktober tu audit iPena... Nak siapkan fail bagai .. memang lah rasa nak marah bagai ..

Tapi bila fikir balik, ada hikmahNya

Yang tak terjangkau oleh akal dan fikiran hamba-Nya, aku pun rasa cool balik....

Siapa lah kita untuk melawan taqdir yang Allah dah tetapkan...

Lagipun kalau bertanding oun belum tentu menangkan...kan...kan ..

Tanda-tanda pencapaian tinggi tapi rendah jatidiri

  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa


 oleh Lachlan Brown

Pernahkah anda terfikir mengapa sesetengah orang melakukan begitu banyak perkara dan masih tidak berasa gembira tentang diri mereka sendiri? 

Sebenarnya orang yang paling berjaya pun boleh bergelut dengan jatidiri.

Dan ia tidak mudah untuk dikesan. Mereka sering kelihatan sangat yakin, tetapi di dalam diri mereka bergelut dengan keraguan diri.

Jom kita cari 10 tanda seseorang yang mempunyai pencapaian tinggi tapi rendah jatidiri.

1. Meragui Diri Sendiri

Mereka mempunyai kemahiran, mereka mempunyai bakat, dan malah, mereka juga menyelesaikan sesuatu.Tetapi mereka tidak yakin dengan kebolehan mereka sendiri.

2. Mengejar Kesempurnaan

Pencapaian tinggi dengan  jatidiri yang rendah sering mengejar kesempurnaan seperti misi hidup mereka.

Mereka bukan sahaja cuba mencecah sasaran - mereka mahu kesempurnaan.

3. Berlebihan

Saya sendiri pernah terjebak dengan keadaan ini . Ketika saya diminta mendapatkan pelajar cemerlang bagi anugerah konvokesyen di tempat saya bekerja, saya akan menyemak semula berkali-kali semua rubrik dan sijil walaupun di hari cuti.


4. Rasa Seperti Penipuan

Yang ini benar-benar menarik. Malah orang yang paling berjaya boleh berasa seperti mereka menipu semua orang.

Sindrom Penipu ialah apabila orang, walaupun berjaya, berasa seperti mereka telah memperdayakan semua orang untuk menganggap mereka cekap.

5. Bergelut dengan Kritikan

Pencapaian tinggi dengan  jatidiri yang rendah sering menghadapi masa yang sukar untuk menangani kritikan.

Ia boleh berasa seperti tertusuk duri dalam hati, walaupun ia bertujuan untuk membantu.

Bayangkanlah: anda telah mencurahkan hati dan jiwa anda ke dalam sesuatu, hanya untuk meminta orang lain menunjukkan kesalahan anda.

6. Mengabaikan Kemenangan Mereka

Dulu apabila saya telah membuat sesuatu task dan tidak mengambil masa untuk meraikannya, saya telah mengabaikannya kerana saya anggap ianya satu pencapaian kecil.

Sekarang ni, setiap kali saya berjaya menyiapkan sesuatu task, walaupun hanya menyiapkan soalan kuiz dan skema jawapan kepada pelajar saya (sebab kerjaya saya ialah mengajar), saya akan meraikan dengan cara saya sendiri, seperti membeli sesuatu untuk diri sendiri.

7. Takut Mencuba Perkara Baru

Pencapaian tinggi dengan jatidiri yang rendah sentiasa ingin berada dalam zon selamat. Mereka takut gagal, jadi mereka berpegang pada apa yang mereka tahu.

Mereka mengelak daripada mengambil risiko, walaupun ia bermakna kehilangan peluang yang hebat.

8. Mendambakan Penghargaan

Pencapaian tinggi dengan jatidiri yang rendah sering bergantung pada orang lain untuk berasa baik tentang diri mereka sendiri.

Mereka mendambakan pujian, pujian, suka, kongsi - sebarang bentuk pengesahan bahawa mereka melakukan kerja yang baik. Tetapi inilah perkaranya - mereka jarang mempercayainya.

9. Melupakan Keperluan Sendiri

Inilah yang saya rasa sangat bersalah. Dalam mengejar kejayaan, ada kalanya saya mengabaikan keperluan saya sendiri.

Saya masih ingat, berjaga sepanjang malam, melangkau makan, dan juga terlepas acara sosial kerana saya terlalu fokus pada kerja. Kesejahteraan saya mengambil tempat di belakang semasa saya mengejar matlamat saya.

10. Takut Berjaya

Sesetengah pencapaian tinggi dengan jatidiri yang rendah sebenarnya takut untuk berjaya. Bunyi gila, bukan? Tetapi ia adalah perjuangan yang sangat nyata.

Mengapa ada orang yang takut kepada kejayaan?

Kerana walaupun kejayaan menaikkan taraf tapi ia juga menambah tekanan. Ia mewujudkan jangkaan. Dan apabila anda sudah meragui kebolehan anda, pemikiran untuk terus meningkatkan usaha anda boleh menjadi menakutkan.

Mari kita jujur terhadap diri sendiri di sini: ia menyebalkan. Memang menyebalkan untuk berasa seperti anda berdiri di tepi sesuatu yang luar biasa, tetapi anda terlalu takut untuk melompat.