Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Peringatan buat diriku yang lupa
Beberapa hari lepas aku dan KJ HEP ditugaskan untuk mendapatkan beberapa orang pelajar bagi calon anugerah gemilang pelajar untuk dihantar kepada urusetia di jppkk. Terdapat 8 kategori semua nya.
Masa yang diberikan oleh pengarah sangat singkat kerana mmg pihak jppkk pun baru ja email perkara tersebut.
Sebenarnya task yang diberikan tidak lah susah sangat cuma masa yang diberikan yang bagi diriku kurang sesuai.
Aku dan KJ HEP bertindak sebagai urusetia, telah bekerjasama untuk mendapatkan beberapa calon ini.
Kami mula meneliti dan mengkaji siapakah 'person incharge' (PIC) yang patut diamanahkan.
Setelah berbincang, kami memutuskan 14 September 2023 sebagai tarikh meeting pertama.
Semasa mesyuarat, kami terpaksa memberitahu PIC2 yang kami perlu menerima calon selewat-lewatnya 27 September 2023 sebab 28 September 2023 adalah cuti Maulidur rasul diikuti cuti jumaat dan sabtu sementara 1 dan 2 Oktober adalah hari konvokesyen kali ke 17 di PTSB.
Sebilangan kecil sahaja PIC yang dapat memberi kerjasama. Yalah, masing-masing byk lagi tugasan yang menunggu. Ada pic bg kategori tertentu yang tidak dapat menyediakan calon kerana tidak cukup syarat. Cuma yang aku terkilan kenapa lah tak msg atau telefon aku siap2 supaya aku tidak tertunggu-tunggu. Kena pulak call tapi tak diangkat, husnuzon mungkin sibuk.
Ada yang scan tak nampak apa-apa, , lawak pun ada. Ada pulak pic yang bagi dokumen tak cukup. Terpaksa mintak jgk walaupun hari cuti .. Bukan apa, aku nak bawak semua sekali untuk mendapatkan pengesahan daripada pengarah/TPA tu biarlah sekali sahaja. Diaorang pun sibuk...
Hari raptai konvokesyen, Sabtu lepas dapat lah 4 kategori daripada 8, jadilah... Aku pun mintak TPA tolong sahkan dalam dewan walaupun sibuk dengan raptai konvo .. Alhamdulillah...
Sebenarnya pengarah pun bila aku maklumkan hanya ada 5 kategori yang bertanding( sebelum calon anugerah sukan menarik diri), pengarah mcm bengang semacam. Beliau siap kata, "we are planning to fail".
Tu yang aku takmau bgtau pengarah hanya ada 4 kategori yang masuk bertanding tu ..hihi ..
Tup2 bila hari konvokesyen pertama, iaitu 1 Oktober 2023, boleh pulak inovasi nak masuk jgk2 tanpa pengetahuan pic yang dilantik... Jadi aku biarkan depa buat sendiri lah .. banyak lagi kerja aku .. sebab esoknya jugak aku kena submit draf soalan final exam, tak larat nak buat apa-apa dah.
Setelah selesai hantar email seperti yang diminta oleh urusetia anugerah gemilang pelajar jppkk ni, mlm tu dapat lah khabar, rupa2nya anugerah gemilang ni ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberikan kelak ...
Adudui...... Dah la, 4-5 Oktober tu audit iPena... Nak siapkan fail bagai .. memang lah rasa nak marah bagai ..
Tapi bila fikir balik, ada hikmahNya
Yang tak terjangkau oleh akal dan fikiran hamba-Nya, aku pun rasa cool balik....
Siapa lah kita untuk melawan taqdir yang Allah dah tetapkan...
Lagipun kalau bertanding oun belum tentu menangkan...kan...kan ..
No comments:
Post a Comment