layari juga peraturan-menonton-tv-untuk-anak-anak
bagaimana-untuk-sembuh-dari-perkataan yang menyakitkan
bagaimana-menunjukkan-rasa-cinta-kepada-keluarga
janganlah bersedih wahai sahabat...
bergembiralah...
kerana ALLAH merindui_MU...
betapa DIA rindu ingin mendengar suara hatimu, memohon kepada_NYA...
betapa DIA rindu mendengar rintihanmu...
mengharap hanya kepada_NYA...
betapa DIA rindu mendengar kata-kata rindu dan cintamu terhadap_NYA...
janganlah bersedih wahai sahabat....
senyumlah...
kerana ALLAH senantiasa di sisimu...
di saat kau bersedih...
di saat kau menangis...
ALLAH telah menghitung air matamu....
di saat kau merasa bersendirian, ingatlah.....
ALLAH senantiasa bersamamu....
janganlah bersedih wahai sahabat.....
tenanglah hatimu....
kerana setiap kesusahan itu, pastilah diiringi kesenangan...
setiap kesedihan itu, pastilah diiringi kegembiraan...
berdoalah agar jalan yang kau pilih adalah dari_NYA....
jalan yang kau pilih akan mendekatkanmu kepada_NYA....
berdoalah, agar jalanmu lurus dan terus kepada_NYA....
berdoalah, agar dugaan ini tidak sia-sia....
agar ia menjadi permulaan dan pintu menuju syurga_NYA....
untaian doa ini saya titipkan buat sahabat yang sangat saya sayangi....
semoga dia tabah mengharungi hidup ini...
semoga kebahagiaan menjadi miliknya...
semoga ALLAH senantiasa melindunginya..
"Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku jatuh cinta,
benihkan cintanya pada seseorang yang melabuhkan cinta pada_MU.
Agar bertambah kekuatannya untuk mencintai_MU.
Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh hati,
izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada_MU.
Agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah.
Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku rindu,
rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan_MU.
Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, jagalah rindunya pada_MU.
Agar dia tidak lalai dari merindui syurga_MU..."
Amin...amin...Ya Rabbal alamin....
Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
puisi-tangisan-mata-bunda
puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
coretanku-mak-mak-memang-hebat
muhasabah-pagi
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment