Bila mengenangkan perjalanan Rasulullah daripada Mekah ke Madinah, rasa insaf betapa mudahnya kita 2 jam 25 minit saja dah sampai dengan menaiki electric train.
Hijrah adalah perjalanan yang diambil oleh nabi Muhammad saw pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi nabi Muhammad saw untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Nabi sendiri berhijrah dengan Abu Bakar as-Siddiq. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.
No comments:
Post a Comment