Saturday, 7 August 2021

Apakah CubeSat?

Mungkin anda baru pertama kali mendengar perkataan ini. Cuba tengok gambar kat bawah ni... 10 cm kiub ni kecil ajer...
Rujukan:
https://www.nasa.gov/content/goddard/nasas-science-mission-directorate-cubesat-initiative/

CubeSat  adalah sejenis satelit kecil untuk penyelidikan yang telah dibangun dan dilancarkan di ruang angkasa. Ianya terdiri daripada satu modul atau beberapa modul di mana satu modul bersaiz 10 cm × 10 cm × 10 cm. CubeSat mempunyai jisim tidak lebih dari 1,33 kilogram (2,9 lb)bagi setiap unit. Ianya sering menggunakan komponen komersial (COTS) bagi komponen elektronik dan strukturnya. CubeSats dimasukkan ke dalam orbit oleh astronout di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), atau dilancarkan sebagai muatan sekunder bagi satelit (kenderaan) pelancar yang lebih besar. Pada 1 Januari 2021, terdapat lebih daripada 1350 CubeSats yang telah dilancarkan. Lebih dari 1200 berjaya ditempatkan di orbit dan lebih dari 90 telah musnah disebabkan kegagalan pelancaran. 

Ncube-2, CubeSat Norway (10 cm kiub)
Pada tahun 1999, California State University (Cal Poly) dan Universiti Stanford telah melancarkan spesifikasi CubeSat untuk mempromosikan dan membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk reka bentuk, pembuatan, dan pengujian satelit kecil yang diletakkan di orbit Bumi rendah (LEO) yang melakukan sejumlah ilmiah menyelidik fungsi dan meneroka teknologi ruang. Pakat2 akademik telah menyumbang sebahagian besar pelancaran CubeSat hingga 2013, ketika lebih daripada separuh pelancaran dilakukan untuk tujuan bukan akademik, dan pada tahun 2014 CubeSats yang paling baru digunakan untuk projek komersial atau amatur. 

Banyak CubeSats yang dilancarkan adalah untuk kegunaan biasanya melibatkan eksperimen yang kecil sahaja atau untuk tujuan seperti pemerhatian Bumi atau radio amatur. CubeSats digunakan untuk menunjukkan teknologi kapal angkasa yang boleh diaplikasikan pada satelit kecil. Ianya juga telah menunjukkan kemungkinan membenarkan biaya kos yang lebih rendah berbanding satelit yang lebih besar iaitu dalam $50000 -$100000 sedangkan satelit besar mempunyai kos sehingga berbillion dollar. Eksperimen saintifik dengan teori asas yang tidak terbukti juga mungkin berada di atas CubeSats kerana kos rendah, namun boleh mempunyai  risiko yang lebih tinggi. Muatan penyelidikan biologi telah diterbangkan dalam beberapa misi, dengan lebih terancang. Beberapa misi ke Bulan dan Marikh juga telah dirancang untuk menggunakan CubeSats. Pada bulan Mei 2018, MarCO CubeSats menjadi CubeSats pertama yang telah berjaya meninggalkan orbit Bumi untuk  perjalanan ke planet Marikh. 

Beberapa CubeSats telah menjadi satelit pertama negara masing-masing, dilancarkan oleh universiti, syarikat milik negara, atau swasta. Pangkalan Data menunjukkan Nanosatellite dan CubeSat menyenaraikan lebih dari 2,900 CubeSats yang telah dan dirancang untuk dilancarkan sejak tahun 1998. 

Kerajaan Malaysia juga mempunyai satu agensi yang diberi nama ANGKASA yang bertanggungjawab mengatur pelancaran satelit seperti MEASAT, TiungSAT (mikrosatelit) dan RazakSAT. Sementara itu satu agensi lagi yang diberi nama ASTB sdn bhd telah melancarkan satu mikrosatelit yang diberi nama InnoSAT-2 .


Rujukan:
1.https://vsgc.odu.edu/virginiacubesatconstellation/
2.https://en.m.wikipedia.org/wiki/CubeSat


Rujukan:
https://en.m.wikipedia.org/wiki/UiTMSAT-1

Pada tahun 2018 UiTM telah melancarkan satu satelit kecil yang diberi nama UiTM SAT-1  di mana beberapa pelajar pasca siswazah yang telah menjalani kursus selama 6 bulan di Jepun. Ini menjadikan universiti Malaysia yang pertama berjaya melancarkan satelit kecil ini.

Sebelum ini Unimap Perlis juga pernah melancarkan satu satelit kecil yang diberi nama InnoSAT. Namun begitu satelit ini tidak berjaya. Walaubagaimanapun usaha gigih pihak intelektual daripada Unimap ini sangat dihargai kerana telah berusaha untuk melancarkan InnoSAT ini.

Sekarang ni ada beberapa syarikat yang menawarkan komponen dan struktur CubeSats atau Nanosatellite pada harga yang berpatutan seperti di laman web di bawah. Namun begitu, bukan lah semudah itu dengan komponen dan struktur yang dibeli ini untuk membawa satelit kecil ini ke angkasa. Berbagai persamaan matematik yang perlu dikaji dan diselesaikan dengan teliti untuk memastikan bukan hanya pelancaran malah perjalanan mengelilingi orbit dalam keadaan stabil bila mana sebarang gangguan perlu diatasi secara otomatik dan autonomous.
https://www.cubesatshop.com/

No comments:

Post a Comment