Sumber: Gaza
B0yc0tt 15r4e1 pr0duCt, Free P41e5t1ne
Satu daripada kapal utama konvoi Global Sumud Flotilla (GSF), Familia Madeira dilaporkan menjadi sasaran serangan dron sebelum berlepas ke Gaza dari Tunisia.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia merangkap Ketua Pengarah Sumud Nusantara, Muhammad Nadir al-Nuri Kamaruzaman menerusi hantaran di Facebook dan Telegram, semalam.
Menurutnya, kebakaran akibat serangan berkenaan berjaya dipadamkan dan semua individu yang berada di atas kapal selamat.
"Alhamdulillah, api berjaya dikawal dan semua penumpang dalam keadaan baik. Protokol keselamatan diaktifkan dan pihak berkuasa mengambil tindakan yang perlu," katanya.
No comments:
Post a Comment