layari juga: kerjaya-sebagai-pendidik
9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali
Sahabatku bakal guru
Jauhku membuang pandang di sudut hari menunggu jawapan,
Apakah nanti aku bisa kemari menebar bakti buat anak-anak jati yang menunggu harap,
sekuah ilmu sesuap kudrat buat meniti masa depan ke arah wawasan dijulang.
Sahabatku bakal guru
Menoleh kelmarin peritnya zaman penjajah,
sekuah ilmu ibarat segunung intan,
sesuap kudrat tidak mampu dijawat dalam kemiskinan melarat.
Tolehlah dari kelmarin yang kelam, pengajaran menjangkau semangat,
Binakan dalam diri bahawa kita bakal pendidik berwibawa,
junjung dulang kecemerlangan buat hidangan anak-anak didik wawasan yang menanti harap kasih,
menunggu harap sayang, memeluk cinta jaya.
Sahabatku bakal guru,
Pandanglah esok yang gemilang.
Sekuah ilmu yang kau hulur, sesuap kudrat yang kau tabur,
bisa melahirkan warga terhormat pemimpin dunia,
usahawan berjaya, ahli korporat dan teknorat yang dulunya meredah kepayahan,
Walau mereka meniti langit, jauh meninggalkan engkau sendirian mendongak perit.
Tetapi!
Siapakah mereka tanpamu?
Anak-anak yang dahulu tidak mengenal sesuatu,
BUTA TANPA GURU, TULI TANPA SERU, MELARAT TANPA ILMU.
Sahabatku bakal guru,
Kita dijunjung kerana ilmu, dimulia kerana jasa,
Berbahagialah dengan kedudukanmu walau di mana kau berada.
Akhirnya
Ku titipkan kepadamu sebuah tinggalan nostalgia,
Seorang bakal guru yang telah menjadi guru. Untukmu jadikan pegangan.
~ Siti Fatimah Ahmad
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment