Friday, 2 July 2021

DOAKU DI SAAT MASYARAKAT NEGARA MALAYSIA SEDANG DIUJI COVID 19 DAN PKPD


Ya Rabb,
Semoga aku, anak-anakku, adik-beradikku, sahabat2ku, semua muslim dan muslimah, juga untuk semua manusia di Malaysia ini  tidak kecewa dengan sikap segelintir masyarakat  terutama daripada golongan berpengaruh di Malaysia yang mudah melanggar peraturan PKPD.


Ya Rabb,
Semoga aku, anak-anakku, adik-beradikku, sahabat2ku, semua muslim dan muslimah, juga untuk semua manusia di Malaysia ini  tidak terikut-ikut dengan sikap segelintir masyarakat  terutama daripada golongan berpengaruh di Malaysia yang bukan saja tidak mematuhi SOP malah menunjuk-nunjuk pula kesalahan yang mereka lakukan.


Ya Rabb,
Semoga aku, anak-anakku, adik-beradikku, sahabat2ku, semua muslim dan muslimah, juga untuk semua manusia di Malaysia ini  tidak perlu marah2 dengan sikap segelintir masyarakat  terutama daripada golongan berpengaruh di Malaysia yang bukan saja tidak mematuhi SOP ini kerana balasan yang mereka akan dapat adalah lebih hina di akhirat nanti jika tidak bertaubat.

Ya Rabb,
Semoga mereka yang telah melakukan kesalahan sama ada  dengan sengaja atau tidak ini lekas2 bertaubat dan meminta maaf kepada semua yang terkesan dengan perilaku mereka. 

Ya Robb,
Semoga sesiapa yang rindu menunaikan solat berjemaah di masjid, hidup tanpa penjarakan fizikal dan pelitup muka, balik kampung ziarahi sanak saudara, terbang di awan biru, bahkan impian kecil ‘bertepuk tampar’ bersama kawan-kawan di makbulkan oleh Mu

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Tuesday, 29 June 2021

Punah sudah harapanku... PKPD di PTSB 26 JUN-9 JULAI


                  bagaimana-menunjukkan-rasa-cinta-kepada-keluarga 
 

                 Bagaimana Membina Minda yang berfikiran Positif

Entah daripada mana virus yang kita tak dapat nak nampak ni merebak ke dalam tempat kerja... Kesian kat warden PTSB... Banyak pulak kerja, semakin bertambah2... Pada peringkat permulaan student walaupun kawan2 dah kena, depa buat tak kesah, tapi dengan byknya info daripada pihak pengurusan, kaunseling dll, barulah mereka sedar akan bahaya penularan penyakit akibat covid19 ni..

Depa dah macam2 buat, sanitize, setiap hari, student pun dah kena swab...

Yer la bukan senang kerja ni...

aku sebenarnya memang terkesan bila PKP, tak boleh nak masuk poli... aku dah pasang angan2... bia pkp sambung ke idak... nak pi jugak lah kat dalam kampus (tapi mematuhi SOP la).. sebab di rumah banyak sangat cabaran nak mark assignment students ni.. Tetiba dapat perkhabaran ni, punah lah semua harapanku..

Aku cuba bangkit dengan search hari2 apa2 quotes yang baguih untuk motivasi... kekadang jalan, kadang2 aku yang jalan... 

Semoga PTSB cepat recover daripada musuh yang tak nampak ni... aaminn


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

Saturday, 12 June 2021

Kenangan apabila menerima keputusan SPM dulu dan kini

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


Sapa sangka SPM tahun 2020 mencatat sejarah bila keputusan peperiksaan hanya dilihat secara online... Tiada lagi sorakan gembira dan tangisan daripada pelajar2...

Terkenang kisah aku dulu2 masa ambil result SPM 1986 (35 taun dah)
Masa tu aku sedang mengikuti program bahasa inggeris di Kuantan Pahang...

Kami bekas pelajar 1st batch MRSM Beseri Perlis ketika tu tidak dapat bertolak awal. Jadi malam tu memang rasa sangat risau takut-takut lah result teruk ke... walaupun sebenarnya result mana boleh ubah pun...

Malam tu siap mimpi dapat 9 agregat... Dan alhamdulillah bila besoknya kami tiba di MRSM Beseri, MMG aku dapat 9 agregat... Tu la... Mmg Allah Maha Mengetahui kerisauan aku ni dah serius sgt...Biaq pi lah dia tahu dulu...

Tapi dengan result ni aku rasa biasa sahaja sbb classmates aku masa tu hebat2 sgt... Zarina aka cikna, best student sekolah dapat 9A1.. siap masuk berita muka depan Utusan Malaysia... (zaman tu di Malaysia ni tak sampai 5 orang pun boleh dapat result macam tu)...  Klu tak silap Fazli dan Manoj 7 agregat, Azri 8 agregat... Yang 10 agregat pun ada 3 org.(arwah kaklong norida, dr marina dan adam).. 

Alhamdulillah aku dapat A dalam 7 subjek (A1 agama Islam, kimia, math dan A2 BM,geografi, biologi,add math)
Tapi subjek fizik aku dapat C3 dan English aku dapat C6 ja masa tu... 
Jadi aku fikir lebih baik aku menyambung pelajaran di IPT dalam negara sahaja sbb English aku tak mantap... 

Bila anak2 pula yang ambil result, aku tetap rasa gementar jgk...sama saja mcm klu aku yang terima result... Lawak kan...

Wednesday, 9 June 2021

Waktu tidur dah tidak normal


Semalaman aku duk try run matlab code seperti yang prof mintak...


Apa lagi...dah pukul 3.30 pagi...mata dah tak nak terpejam...jenuh pusing kut sebelah kiri kanan, kiri kanan...takmo terlelap jugak.  

Pagi tadi nak buat kelas...mata pun naik lali...nasib la teringat belum bagi kuiz 2.  Terus tukar plan B...

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Macam mabuk gitu.  Aduh.. terseksa jiwa I taw . 

Malam ni pun tak boleh nak terlelap jugak... apasal la mata ni.. 

Wahai mata ku yang setia di sisi dan sangat kusayangi... tolong lah lelap...satgi solat subuh mesti mamai...

Friday, 4 June 2021

Merancang kerja ofis dari rumah secara efisien


Cabaran yang dihadapi apabila terpaksa bekerja dari rumah yang dinamakan BDR. Inilah yang telah dipersetujui oleh semua agensi kerajaan akibat peningkatan kes wabak covid 19 yang semakin membimbangkan.

Antara perkara utama yang akan ditikberatkan adalah:

1. Menjauhi tempat tidur atau zon yang sangat selesa

Aku ni memang kaki tiduq...jadi apabila bekerja dari rumah, aku perlu jauhkan diri dari katil dan tilam .. melainkan sewaktu semangat dalam diri sangat berkobar - kobar menyelesaikan sesuatu tugasan. Waktu ni mai la apa cobaan pun aku dah tak lut...orang kata la...ceewwwahhh...

2. Aktiviti senaman ringan

Aktiviti ini penting untuk mengelakkan diri daripada mengantuk atau malas.. Tapi aku bukan nya nak buat senaman yang susah2 pun... cukuplah sekadar regangan dsbnya..

3.  Memeriksa jadual waktu kelas yang diajar

Jadual ini penting dilihat dari diikuti supaya pelajar tidak ketinggalan dalam proses p&p 
Ini belum lagi termasuk assessment wajib yang perlu disediakan dan diberi kepada pelajar untuk tempoh waktu yang aku tetapkan. Di samping itu aku perlu menyediakan platform untuk para pelajar menghantar setiap assessment yang telah siap.  Selalunya aku selesa menggunakan Microsoft Team sebagai media penghantaran mereka 

4. Menyediakan jadual waktu ringkas untuk diri sendiri

Setelah menyemak jadual waktu kelas, aku akan menyediakan satu jadual pekerjaan ku. Jadual ini adalah berbentuk mingguan sahaja.

Jadual ini aku hanya tulis secara tidak formal. Sebab aku malu kat diri sendiri kalau2 aku tak ikut pun jadual ini. Jadual ini juga kutetapkan supaya tidak terlalu padat... Al maklumlah duk di rumah ni, tak boleh nak buat tak tau dengan kerja rumah. Jadual ini juga boleh berubah bergantung kepada keperluan semasa.

5. Sentiasa menyemak semula tugasan yang perlu dilakukan segera

Selalunya bos akan memaklumkan kepada staf jika ada keperluan untuk update sesuatu melalui aplikasi WhatsApp sahaja.  Jadi jadual waktu nombor 4 akan berubah secara drastik jika tugasan memerlukan masa yang panjang dan segera.

5. Menulis laporan bekerja dari rumah di dalam e-BDR yang telah disediakan oleh pihak unit sistem maklumat. Pukul 4 adalah untuk update laporan setiap hari...

Tips yg hebat when work from home boleh diperolehi dari lama web di bawah:

https://toggl.com/track/time-management-techniques/

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

.

Tuesday, 25 May 2021

Bila adik beradik sendiri kena covid


Masa hari raya Aidilfitri yg kedua dah tahu result covid +ve abang ipar... Ya Allah... kesian nya.. dia seorang cikgu sekolah... Close contact cikgu sekolah tempat mengajar... di Changlun...

Tetiba dapat berita abang ipar perlu dikuarantin di pusat kuarantin di kulim... Abang ipar ni kesian SGT2... sbb dia bukan nya makan ayam, ikan pun setahu aku cuma ikan temenung yg kecik2 tu, telur dan seafood tu makan la...


Jadi, alkisahnya hasben duk pi hantar la makanan yang abang ipar boleh makan setiap hari, tapi hanya waktu tengahari...malam dia bgtau tak lalu makan... hantar dekat polis depan pusat kuarantin tu...

Pada masa yang lebih kurang sama, abang uda disahkan negatif...rasa lega dengar...tapi MMG pelik jugak sebab tak sihat-sihat jgk... Maka buat lagi test kedua... Allahuakbar... covid+ve... Yalah...kawasan kat Klang Selangor mmg byk kes... adeiii... susahnya hati dengar bila abang sendiri sakit... isterinya dan sorang anaknya juga disahkan covid...tapi mereka ni tak la seteruk abang uda..tambahan pulak dia ada penyakit lain... Taktau la dapat kat mana... sbb abang uda dah berhenti kerja,  (dulu civil engineer, masa berhenti dulu taktau la..dah jadi apa)... Abg uda ni bukannya rajin keluar rumah...setahu aku dia ni setia sgt duk rumah, mengalahkan org pompuan .. mungkin sebab kes sporadic... Wallahua'lam

Dalam masa yang sama, abang ipar tadi telah dibenarkan pulang... Alhamdulillah... Tapi Sapa pulak nak bawak balik... Kebetulan anak aku yang sulung tu nak masuk kampus Unimap... Untuk menjalani  amali... Jadi, dia lah harapan untuk membawa pulang pakngah nya sebab anak pakngah baru sahaja disahkan covid...

Tapi aku dah pesan macam2 kat Farid...sbb takut jugak...budak ni badan lemah sikit...  Aku suruh mandi dan salin pakaian di rumah kami kat Jitra... walaupun pakngah dah sihat, tapi mana tahu virus tu ada yang terkena pakngah masa di pusat kuarantin tu.. pesan makan vitamin la... Risau jgk kesihatan anak ...pastu risau takut terbawak virus kat Unimap...

Kelmarin, dapat berita dari anak sedara di Klang, abang uda kena masuk wad kecemasan sbb sesak nafas... Adeiii... Susahnya hatiku... Sbb takut kalau mak yang dah uzur di kampung dapat tahu, macamana la nanti mak aku rasa... Ya Allah ... selamatkanlah abg uda... 

Doa sentiasa ku panjatkan ke hadrat Ilahi supaya abangku cepat sembuh sepenuhnya... aamiin ya Rabbal Aalamin...

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Friday, 14 May 2021

Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong


Peribahasa ini memang akan berlaku, sedang berlaku dan mungkin telah berlaku... kadang-kala terkena kat batang hidung sendiri...

Senario sosial 1:

Sekiranya kita yang cuba nak berkawan dengan seseorang, tapi kalau orang tu tak mahu berkawan dengan kita..

Lepas ni...tak payahlah duk terhegeh-hegeh dah... lupakan...

Senario sosial 2:

Di ofis misalannya, kita ni punya la cuba berbaik-baik dengan seseorang... 
Tapi apa yang kita dapat?

Ada sahaja kata-kata sinis atau pedas yang kadang-kadang memang tertuju untuk kita...

Maka, kita tak payah la sama-sama mengungkapkan kata2 sepertinya... jauhkan diri lebih baik

Senario sosial 3:

Ada jugak situasi jiran yang kita ni punya la cuba bertegur sapa... Senyum setiap kali selisih atau terjumpak di kenduri rumah jiran yang lain... Dia macam buat2 tak pandang kat kita...
Kalau sekali dua tak pa la... Ini dah lebih 10 kali...

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

Kesimpulannya, Buat2 macam tak kenal jugak la... bila bertembung ke hapa ... kita buat2 tak nampak...

Yala... Dengan orang lain macam riuh sekampung bersembang... Kalau bulih jauhkan diri daripada nya...

Abih cerita...



Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi