Friday, 2 July 2021

DOAKU DI SAAT MASYARAKAT NEGARA MALAYSIA SEDANG DIUJI COVID 19 DAN PKPD


Ya Rabb,
Semoga aku, anak-anakku, adik-beradikku, sahabat2ku, semua muslim dan muslimah, juga untuk semua manusia di Malaysia ini  tidak kecewa dengan sikap segelintir masyarakat  terutama daripada golongan berpengaruh di Malaysia yang mudah melanggar peraturan PKPD.


Ya Rabb,
Semoga aku, anak-anakku, adik-beradikku, sahabat2ku, semua muslim dan muslimah, juga untuk semua manusia di Malaysia ini  tidak terikut-ikut dengan sikap segelintir masyarakat  terutama daripada golongan berpengaruh di Malaysia yang bukan saja tidak mematuhi SOP malah menunjuk-nunjuk pula kesalahan yang mereka lakukan.


Ya Rabb,
Semoga aku, anak-anakku, adik-beradikku, sahabat2ku, semua muslim dan muslimah, juga untuk semua manusia di Malaysia ini  tidak perlu marah2 dengan sikap segelintir masyarakat  terutama daripada golongan berpengaruh di Malaysia yang bukan saja tidak mematuhi SOP ini kerana balasan yang mereka akan dapat adalah lebih hina di akhirat nanti jika tidak bertaubat.

Ya Rabb,
Semoga mereka yang telah melakukan kesalahan sama ada  dengan sengaja atau tidak ini lekas2 bertaubat dan meminta maaf kepada semua yang terkesan dengan perilaku mereka. 

Ya Robb,
Semoga sesiapa yang rindu menunaikan solat berjemaah di masjid, hidup tanpa penjarakan fizikal dan pelitup muka, balik kampung ziarahi sanak saudara, terbang di awan biru, bahkan impian kecil ‘bertepuk tampar’ bersama kawan-kawan di makbulkan oleh Mu

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

No comments:

Post a Comment