Tuesday, 9 April 2013

Puisi 30a : Puteriku.

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi 
MAMA TUJUKAN KHAS UNTUK PUTERI2KU: NURUL HIDAYAH DAN NUR SAKINAH

Puteriku Adalah Seorang Wanita Yang Beriman
Yang di hatinya Disalut Rasa Taqwa kepada Allah swt
Yang Di Jiwanya Penuh Penghayatan Terhadap Islam
Yang sentiasa Dahagakan Pahala

Yang solatnya Adalah maruah Dirinya
Yang Tidak pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak pernah Gentar Melawan Hawa Nafsu
Yang Sentiasa Bersama Golongan Yang Berjuang Di Jalan Allah

Puteriku Adalah seorang Wanita Yang Menjaga Tutur Katanya
Yang Tidak Pernah Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Pernah Bermegah Dengan Harta Dunia Yang dicarinya
Yang Mempunyai Ramai Kawan dan Tidak Mempunyai Musuh

Puteriku adalah seorang Wanita Yang Menghormati Ibunya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Orang Tua Dan Keluarganya
Yang Bakal Menjaga Kerukunan Rumah Tangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anaknya Ilmu Duniawi Dan Ukhrawi
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Baginya Hidup
Adalah Mahligai Persinggahan Sementara Menuju Ke Negeri Abadi

Puteriku Sentiasa Bersedia Menjadi Srikandi Islam
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran dan Mencontohi Akhlak Rabiatul Adawiyah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Menjaga Matanya Daripada Berbelanja
Yang Sujudnya Penuh Dengan Kesyukuran Dengan Rahmat Allah swt Ke Atasnya

Puteriku Tidak Pernah Membazir Masa
Matanya Penat Kerana Penatnya Membaca
Suaranya lesu Kerana Penat Mengaji dan Berzikir
Tidurnya Lena Diulit Sinar Keimanan
Bangun Subuh Dengan Penuh Kecergasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Dengan Penuh Kematangan

Puteriku Sentiasa Mengingati Mati
Yang Baginya Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan perlu Dibajai dan Dijagai
Agar Kelak Berputik Tunas Yang Bakal Menjadi Baka Yang Baik
Meneruskan perjuangan Islam Di Hari kemudian

Puteriku Adalah Seorang wanita Yang Tidak terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia mengimpikan Syurga Yang Abadi
Di Situlah Mahligai Kasih Idamannya 
Dan Dia Akan Membawa Daku Bersamanya

Dialah Puteriku
Moga Puteriku Akan Dipertemukan Dengan jodoh yang soleh
InsyaAllah

No comments:

Post a Comment