Sunday, 31 December 2023

Jangan mengkafirkan orang lain yang mengaku muslim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa




Prof Dato Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata:

Antara ciri Ahlus Sunnah wal Jamaah ialah sikap berhati-hati dalam menghukum  orang lain dengan tuduhan kufur, laknat ataupun neraka. Mereka sedaya upaya mencari keuzuran bagi pihak yang hendak dikenakan tuduhan sedemikian. Ini kerana perkara yang nampak pada zahir, mungkin tidak sama pada hakikat yang sebenar.

   Nabi s.a.w mengajar kita berhati-hati dalam menuduh orang lain sebagai kafir ataupun musuh Allah tanpa sebarang bukti.  Sabda Nabi s.a.w:

وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أَوْ قَالَ: عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ             

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

   Terdapat hadis, Nabi s.a.w melarang melaknat seorang sahabat yang meminum arak kerana walaupun pada zahirnya dia berdosa dan minum arak adalah perbuatan yang dilaknat. Namun setiap orang mempunyai keadaan yang berbeza. Kejahatan dosa peribadi seseorang tidak semestinya dia sama sekali tidak mempunyai nilai baik yang lain. Mungkin dia lemah pada satu nilai, tapi ada kebaikan lain yang tidak melayakkan dia dilaknat.

Demikian juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar telah mengeluarkan pendapat:

 Sikap suka kafir-mengkafir sesama muslim bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

"Tindakan seperti ini (menuduh seorang muslim kafir) amat berbahaya kerana ia bertentangan dengan prinsip agama selain akan mencetus kegelisahan dalam masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Na'im sebarang perkara dalam urusan agama khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri serta para ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam bidang tersebut.

Sumber:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1136446/jangan-mudah-tuduh-seseorang-muslim-menjadi-kafir

https://muftiperlis.gov.my/index.php/minda-mufti/841-jangan-mudah-mengkafirkan-dan-menerakakan-orang-lain



Saturday, 30 December 2023

Trak bantuan yang masuk ke selatan semenanjung Gaza tidak memenuhi keperluan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa




Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin:


- Trak bantuan yang masuk ke selatan semenanjung Gaza tidak memenuhi keperluan sebenar penduduk dan sangat terhad. Lebih-lebih lagi apabila kawasan wilayah utara Gaza berterusan dikepung.

- Semua bantuan kemanusiaan yang masuk ke Gaza tidak memenuhi 10% keperluan.

-Kami menyaksikan kebuluran di semenanjung Gaza, penduduk hampir tidak mendapat makanan.

- Majoriti penduduk semenanjung Gaza tidak mendapat air yang selamat untuk diminum. 

Sumber: Shehab Agency

Friday, 29 December 2023

Luahan hatiku seorang pendidik

 Telah ku cuba menyampaikan segala ilmu yang ada kepada semua anak-anak didikku. Setiap semester aku cuba memperbaiki teknik penyampaian walaupun dah tak lama nak bersara. Aku cuba untuk mencari rezeki yang halal lagi berkat dengan profesion ku sebagai pendidik di politeknik ini. 



Tetapi berbagai cabaran yang terpaksa aku hadapi seperti:

1. Menjalankan tugas berdasarkan giliran untuk menjaga ibuku iaitu, setiap kali 5 pusingan selama seminggu. Ini menyebabkan aku terkejar-kejar setiap pagi untuk ke ofis dan terkejar-kejar pulak pergi ke rumah ibuku setiap petang, takut terlambat.

2. Cuba menjalankan tugas untuk menjaga ibu mertua ku sekurang-kurangnya 2 hari dalam sebulan. Malunya rasa kerana tak mampu menjaga seminggu setiap bulan, walaupun suami tetap bayar setiap hari yang tak mampu menjaga tu sebanyak rm50, tapi manakan sama dengan tugas menjaga sendiri walau bayar seribu sekali pun...

3. Menyiapkan/ membuat pembetulan tesis PhD  yang masih berbaki. Kalau ikutkan hati ni dah malas nak perabih. Dah takdak apa untuk dicapai, umur pun dah dekat nak pencen, lagi setahun dua.

4. Menjalankan tugas sebagai seorang pendidik yang sentiasa up-to-date dengan perkembangan teknologi semasa. Sebab bidang kejuruteraan elektrik (elektronik) ni cepat sangat berubah teknologi nya. Terpaksa study balik kalau 2 ada perubahan yang tak signifikan dalam dunia hari ini. Rasanya subjek projek yang paling tinggi cabaran sebab sebagai penyelia dengan ilmu yang kurang ni adalah sukar bagiku untuk menyelia mereka.

5. Umur yang dah menjangkau 5 siri bukan lagi muda untuk melakukan segala multitasking yang ada di alam pendidikan masakini. Dengan audit yang berbagai, dengan research yang kena buat, di samping tugas sampingan sebagai ketua unit kecemerlangan dan kemahiran pelajar (SSEU) rasa macam banyak sangat nak kena fikir.


Mungkin bersara adalah yang terbaik untuk ku... Wallahu  a'lam bishshowab

Wednesday, 27 December 2023

Statistik syahid 25 Disember 2023

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa

Kem Al Maghazi - 25 Disember

KEMAS KINI STATISTIK SYAHID DAN KEROSAKAN AKIBAT SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS SEMENANJUNG GAZA PADA DISEMBER 2023

Isnin, 25 Disember 2023 | Hari ke-80


🔖 1,745 operasi pembunuhan beramai-ramai
🔖 27,674 jumlah penduduk syahid dan mangsa yang masih hilang.
🔖 20,674 jenazah syuhada tiba di hospital.
🔖 8,500 kanak-kanak.
🔖 6,300 wanita.
🔖 311 kakitangan perubatan.
🔖 40 anggota pertahanan awam.
🔖 103 wartawan.
🔖 7,000 mangsa masih hilang, 70% daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita.
🔖 54,536 mangsa yang cedera.
🔖 101 anggota kesihatan ditahan.
🔖 9 wartawan ditahan.
🔖 1.8 juta orang kehilangan tempat tinggal di semenanjung Gaza.
🔖 355,000 penduduk dijangkiti penyakit berjangkit akibat perpindahan.
🔖 126 ibu pejabat kerajaan musnah.
🔖 92 sekolah dan universiti musnah sepenuhnya.
🔖 285 sekolah dan universiti separa musnah.
🔖 115 masjid musnah sepenuhnya
🔖 200 masjid separa musnah.
🔖 3 gereja menjadi sasaran dan dimusnahkan.
🔖 65,000 unit kediaman musnah sepenuhnya.
🔖 290,000 unit kediaman separa musnah.
🔖 23 hospital dan 53 pusat kesihatan tidak dapat beroperasi.
🔖 140 institusi kesihatan separa terjejas.
🔖 102 ambulans musnah sepenuhnya.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza
Isnin, 25 Disember 2023

Monday, 25 December 2023

Hospital juga dibom

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa

Bangsa Yahudi adalah bangsa paling kejam di dunia. Lihat saja bukan hanya rumah2 di bom, hospital, sekolah, apa saja di bom untuk mencapai matlamat mereka yang keji itu.





Gambar | Kesan kemusnahan yang berlaku di salah sebuah unit di bahagian Hospital Nasser di Khan Yunis selepas ia menjadi sasaran serangan artileri rejim Israel beberapa jam sebelum Subuh pagi tadi (waktu tempatan).


Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa

Thursday, 21 December 2023

Ringkasan 72 jam terakhir operasi Briged Syahid Izz El-Din Al-Qassam:

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa



🔽 Hari ke-75 pertempuran Taufan Al-Aqsa

➡️25 askar musuh mampus

➡️41 kenderaan musnah sepenuhnya / sebahagian

➡️1 operasi penembak tepat

➡️2 letupan bahan letupan ke arah pasukan musuh

➡️2 letupan perangkap di bukaan terowong

➡️7 pertembungan jarak dekat dengan tentera musuh

➡️5 pertembungan dengan tentera
berkubu di dalam rumah

➡️1 letupan meletupkan rumah yang menempatkan tentera berkubu

➡️3 pelancaran roket ke arah jajahan

➡️4 mortar mengebom perhimpunan musuh

Briged Al Qassam

Wednesday, 20 December 2023

Krisis kebuluran- tiada Makanan dan minuman

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa


Krisis Makanan dan minuman di Gaza menjadi semakin serius. Sanggup ka kita melihat saudara seagama kita mati kebuluran?





Berapa ramai lagi perlu mati

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa

Berapa ramai lagi perlu mati di Gaza. Nampaknya walaupun ramai yang telah mati tetapi dunia bagaikan tidak melakukan sesuatu untuk menghentikan kezaliman Israel dan Amerika Syarikat...





Tuesday, 19 December 2023

RINGKASAN OPERASI KETENTERAAN PEJUANG PALESTIN PADA 19 DESEMBER :

Allahuakbar...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa

Hari ke-74 perang, seolah-olah kita berada di hari pertama perang. Serangan peluru roket dari Briged Al Qassam di Gaza yang melanda Tel Aviv  termasuklah bandar lain yang lain adalah sangat besar, seolah-olah kita berada di awal pertempuran. Serangan hari ini ini telah menyebabkan lebih daripada 5 juta rakyat Israel ke tempat perlindungan.

🔴 Briged Al Qassam. :

🔴Mengebom Tel Aviv dengan peluru berpandu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai Zionis terhadap orang awam.

🔴Mengebom sebuah jip Zionis Hummer di kawasan kejiranan Sheikh Radwan di Bandar Gaza, membunuh pemandunya selepas kenderaan tersebut dibakar sepenuhnya.

🔴 Mengebom kenderaan Zionis dengan peluru Al-Yassin 105 dan sasaran langsung jentolak Zionis, dan mengesahkan kematiannya. pemandu.

🔴 Mengebom jentolak D9 Zionis di kawasan Tal al-Zaatar di utara Semenanjung Gaza.

🔴 Mengebom perhimpunan tentera musuh di timur Khan Yunis dengan peluru mortar.

🔴 Meletupkan alat letupan thunder  anti-kakitangan dan TBg ke arah pasukan tentera musuh yang di sebuah rumah di timur bandar Khan Yunis, menyebabkan anggota pasukan itu mati dan cedera.

🔴 Mengebom kereta kebal Zionis Merkvah dengan peluru "Al-Yassin 105" di Khan Yunis.

🔴 Mengebom kenderaan pengangkut tentera Zionis dengan dua peluru Yassin 105 di Khan Yunis.

🔴 Mengebom jentolak Zionis dengan peluru Al-Yassin 105 di timur bandar Khan Yunis.

🔴 Mengebom kereta kebal Zionis Merkvah dengan alat aksi gerila di timur bandar Khan Yunis..

🔴 Mengebom jentolak Israel dengan peluru berpandu Yassin 105 di kawasan Al-Mughraqa di tengah Semenanjung Gaza.

🔴 Mengebom pasukan Zionis yang bersembunyi di dalam sebuah bangunan di kawasan Al-Mughraqa di tengah-tengah Semenanjung Gaza dengan TBG dan dua peluru RPG, bertempur dengan mereka dan menyebabkan anggota musuh mati atau cedera

🔴 Mengebom kereta kebal Mirkvah dengan peluru Al-Yassin 105 di Tal Al-Zaatar di utara Semenanjung Gaza.

🔴 Membunuh 8 tentera Zionis selepas menyasarkan pasukan mereka dengan peluru TBG di kawasan Tal al-Zaatar di utara Semenanjung Gaza.

🔴 Briged Al-Quds:

🔴 Mengebom perhimpunan musuh di bahagian hadapan timur Khan Yunis dengan peluru berpandu dan peluru mortar berkaliber berat, dan helikopter campur tangan untuk mengangkut mangsa.

🔴 Mengebom tapak sokongan untuk pasukan musuh di kawasan Al-Zana, timur Khan Yunis, dengan peluru mortar biasa berkaliber 60 berkaliber.

🔴 Membunuh dan mencederakan 7 tentera Zionis selepas pertempuran sengit dengan mesingan di kawasan kejiranan Shujaiya, timur Gaza.

🔴 Memusnahkan perhimpunan tentera tentera dan kenderaan musuh dengan peluru mortar di sekitar Menara Sheikh Zayed di utara Gaza.

🔴 Mengebom kenderaan musuh dan kedudukan artileri di sekitar Institut Al-Najjar di paksi Al-Taqaddum, timur Khan Yunis, dengan rentetan peluru mortar biasa 60 kaliber.

🔴 Mengebom dengan peluru mortar perhimpunan tentera musuh di "Taba Abu Safiya" di timur Al-Maghazi   

🔴 Melancarkan berpuluh-puluh peluru mortar ke atas kumpulan kenderaan dan kedudukan askar musuh di sekitar kilang, selatan Deir al-Balah. Empat helikopter musuh dikesan memindahkan sejumlah orang yang mati dan terluka.

🔴 Mengebom kereta kebal Merkavah dengan peluru "Tandum" di paksi Tal al-Zaatar di utara Semenanjung Gaza.

🔴 Pasukan Martir Omar Al-Qasim:

🔴 Bertembung di kapak barat Jabalia dan timur Bureij. Mengesahkan kematian dan kecederaan di kalangan barisan musuh Zionis.


Ramai wartawan di Gaza shahid

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa

🔴Pejabat Media Kerajaan di Gaza melaporkan:


95 wartawan telah syahid sejak bermulanya perang di Semenanjung Gaza.

Antaranya:




Sudah2 la zionis...

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa


Bertaubat lah wahai zionis, lihat sahaja pengeboman yang berlaku di Gaza, sangat tidak berperikemanusiaan. Sengaja mengebom bukan hanya rumah2 persendirian, malah hospital, sekolah dan tempat-tempat perlindungan.kejam...kejam...kejam

Apakah nasib kanak-kanak Gaza ini yang terpaksa menderita bukan sekadar kecederaan biasa, malah kecacatan seumur hidup mereka.


Apa lah sangat makanan yang dapat dijamah. Ummi mereka terpaksa menahan lapar supaya anak2 dapat makan...




Monday, 18 December 2023

Cubaan3

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa

Meruntun hati mendengar takdak makanan yang boleh dimakan di Gaza.... Cubaan apakah ini yang terpaksa mereka tanggung. Nak minum air pun tak dak ..


Ya Allah, kuatkan iman dan hati mereka ya Allah.


Kuatkan semangat semua negara Islam dan Arab untuk membantu saudara seagama kita ya Allah..



Jangan biarkan mereka menghadapi ujian yang besar ini terlalu lama...


Sudahlah kena bom, anak2, ibubapa, adik-beradik, jiran tetangga dah syahid... Ya Allah, bagaimana lah mereka nak menghadapi ujian yang sangat berat ini ...


Ya Allah, hancurkan sehancur- hancur nya bangsa Yahudi yang zalim itu... Biarkan mereka merasai apa yang telah mereka lakukan terhadap orang-orang Islam di sana ..


Hasbunallahi wani'malwakil

Friday, 15 December 2023

Makan makanan Arab

 Selalunya seronok nak pi KFC la, McD la...tapi semenjak boikot ni...try makan makanan Arab lah pulak.

Rupanya, sedap makan nasik putih dengan lauk pauk Melayu lagi tekak aku ni...











Buah betik, buah kebangsaan?


Tetiba hari ni 'my doter tanya... Mama tau tak apa buah kebangsaan Malaysia? Akupun teka lah, buah durian, dia kata, salah... Ada lagi beberapa buah yang aku teka, sumer salah. Ni yang rasa malas nak teka dah...


Rupanya buah kebangsaan Malaysia adalah buah betik, biar betul...






Saturday, 9 December 2023

Pandangan ku untuk menyatukan semua negara Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa



Bila melihat perjuangan tentera Islam di bumi Palestin, ianya bagai satu contoh terbaik untuk dicontohi. Para ilmuwan yang berjuang di medan perang tanpa takut kepada kematian ( syahid). Rakyat yang terdidik dengan jatidiri yang kuat dan hebat dari segi keimanan.


Apa lagi yang kita harapkan daripada mereka...

Mereka(zionis dan konco-konconya) bukan siapa-siapa 

Kita semua hanya hamba Allah yang Maha Esa 

Sama ada kita menjadi hamba yang taat atau pendusta 

Pandanganku, insan kerdil ini. Mari lah kita bersatu wahai negara2 Islam. "Bersatu teguh, bercerai roboh"

InsyaaAllah, kita boleh melakukannya. Kita juga boleh membina sendiri (sekali lagi) tamadun Islam.Tanpa mengharapkan regim zionis dan sekutunya. Melahirkan generasi berilmu sendiri, dengan membina silibus kita sendiri, tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada agama. Melahirkan lebih ramai "para ilmuwan yang berkualiti" dari setiap lapangan yang bukan sahaja berilmu, tapi seorang Hafiz dan Hafizah.

Kita boleh melahirkan angkatan tentera yang paling besar, yang digeruni oleh zionis dan konco-konconya.  Yang tidak pernah gentar menghadapi peperangan, di mana jika maut sekalipun adalah syahid, yang paling tinggi di sisi Allah. Kita tetap bermaruah dan tidak akan menuruti kehendak zionis lagi.

Membangunkan kilang pembuatan makanan dan ubat-ubatan yang halal dan selamat. Mempunyai gedung-gedung pakaian yang menepati syariat-Nya. Membina kilang pembuatan mekanikal dan elektrikal serta elektronik kita sendiri. Membangunkan teknologi kimia dan nuklear islamik. Biar mereka yang bergantung kepada teknologi kita orang Islam. Melancarkan sendiri kumpulan satelit yang lebih canggih. Biar dunia sekarang terbalik. Merekabentuk sistem IT yang mantap dan berkesan termasuk Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Block Chain, Augmented Reality (AR), Cloud Computing dan Data Analytics. Malah, semua bidang sepatutnya di tangan kita orang-orang Islam.

Kita buktikan bahawa mereka akan aman damai bila berada di dalam pemerintahan Islam...

Ya, bukan angan-angan kosong, tapi ianya boleh terlaksana, "kun fayakun", jika Allah kata jadilah maka semua akan terjadi.





My family: Dulu vs sekarang


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa

JOM BOIKOT:



Dulu, semenjak ada anak kecil (lebih kurang anak sulung umur 5 tahun), yang dah boleh makan, kalau sambut hari ulang tahun ke, sebulan sekali ke, mesti makan KFC. Semakin besar, anak2 dah pandai oder sendiri, atau beli dengan food panda @  grab... Seminggu 2x dan kadangkala 3x. Tambah2 anak bongsu ku si Sakinah, asal tak lalu makan jer, mesti oder KFC@ McD.

 Kalau makan satu family, McD pun oder, tapi jarang-jarang sebab husband kata tu produk Yahudi. Tapi aku n anak2 duk bantai makan, dah berapa byk dalam perut ni tak boleh kira dah .. bodoh nya bila difikirkan...

Tapi, dah 20+ tahun berlalu, semenjak dua menjak ni, aku dah bertaubat. Anak2 pun faham. Depa pun dah tak makan. InsyaaAllah. Aku dah ingatkan si bongsu, bila balik UM jangan duk oder dah. Harapanku, dia juga tidak tergamak nak makan 2 produk tu. 


Si abang dan kakak memang dah tak makan langsung.(mudah-mudahan benar tekaan ku).


Semoga usaha memboikot ni membuatkan Israel berhenti menganiaya dan menzalimi rakyat Palestin. Ya Allah, kalahkan kaum yang bongkak dan zalim tu, zionis laknatullah