Sunday, 17 March 2019

Apabila keputusan SPM semakin hampir

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


Menunggu keputusan peperiksaan SPM amat mendebarkan,  bukan hanya pelajar... Malah ibubapa juga merasai tempiasnya ...

Sebenarnya jauh di sudut hati mmg dah terasa budak sakinah ni dapat straight A... Walaupun bukan straight A+..

Anakku yang bungsu ni agak sensitif sikit dan mudah fikir pelik2..

Malam sebelum keputusan SPM diumumkan,  Anakku ini tak boleh nak pejam mata. Akibatnya Akupun tak boleh nak tiduq... terpaksa melayan ajer karenah dia... 

Esoknya Aku dan encik somi yg mmg dah amik cuti awal2 lagi ke SMK Badlishah....  Pukul 9.30am Kami dah bertolak ke SMK Badlishah Kulim dengan Perasaan Berdebar2...  Sempat lagi aku dok ceramah dekat anak bungsuku ini  agar menerima sahaja apapun keputusan yang bakal diumumkan... 

Parking Kat Padang sekolah.. Tempat yang telah disediakan oleh pihak sekolah...  Kami bertiga berjalan kaki menuju dewan samsuddin...

Masuk dan duduk.  Cikgu mengumumkan sebentar ja lagi (dalam pukul 10, keputusan akan diumumkan...) 

Pengetua sekolah dijemput hadir penyampaian keputusan SPM Di KUPSIS, pelajar terbaik sekolah telah pergi ke KUPSIS bersama pengetua untuk acara di sana...... 

Jadi pengumuman menjadi tanggungjawab penolong Pengetua sekolah.  

Keputusan sedikit merosot berbanding tahun sebelumnya...  Hanya seorang pelajar yang dpt straight A+...26 mendapat straight A. Jadi, yg dapat keputusan hari ini hanya 25 sahaja sebab sorang dah pi kupsis...

Bayangkan aku Dan encik somi Berdebar2 apabila 24 pelajar yang yang mendapat straight A telah diumumkan... Nama Anakku belom juga disebut...  Aku memalingkan muka melihat ke wajah encik somi yang sudah agak berubah riaknya.... 

Tetiba bila tiba nama pelajar terakhir,  nama Nur Sakinah binti zainol diumumkan mendapat 10A...  Terkejut betul... Sbb mmg tak sangka langsung nama anakku akan menjadi pelajar terakhir. Ingatkan dah punah harapan... 

Alhamdulillah... Syukur diriku yang kerdil ini dengan rahmatNya...


                  bagaimana-menunjukkan-rasa-cinta-kepada-keluarga 
 

Tuesday, 19 February 2019

Apabila terpaksa cuti 3 walaupun Penyelaras akreditasi etac

Alhamdulillah selesai jugak odit external examiner...

Di antara kandungan semasa exit meeting tadi ketua panel telah membahagikan rumusan dapatan kepada 2:

1. Kekuatan
2. Kelemahan


Kekuatan

1.  Terdapat berbagai kolaborasi dengan industri seperti industrial visit, PPI, consultation work dsbnya. Contoh :Hoya (JKM)

2.  Inovation
Terdapat banyak innovation di ptsb. Malah terdapat lab khas untuk menjalankan latihat robotic. Di samping itu telah menyertai berbagai acara sama ada di peringkat local atau international.

3. Aktiviti Unit JSKK yang sangat complete seperti terdapat gelanggang futsal, padang bolasepak, badminton dll.

4. TECC ROOM - interactive learning & blended learning

Kelemahan

1. PEO survey
2. Curricullum design
3. FYP - lebihkan kepada industrial based



Sunday, 17 February 2019

Apabila terpaksa cuti 2 walaupun Penyelaras akreditasi etac

Sepanjang perjlnan ke kl. ..Aku rasanya tak berhenti dok berwasap dan telefon...alamatnya abih la Kredit aku... Perasaan bersalah tak pernah luput dari dlm dadaku...

Dua talian hayat ni sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa bersalah ku ini... Aku cuba menyelesaikan beberapa masalah seperti 
1. LO jabatan yang agak pening ttg tugas mereka untuk membawa external examiner ke unit2 sokongan  pada hari pertama  lawatan. 
Susunan pergerakan EE diperhalusi supaya tidak membazir masa.  Kereta Amin digunakan utk membawa auditors ke unit yg agak jauh seperti jskk dan asrama. 
2. LO jabatan jgk telah di'clear'kan untuk membawa auditors ke makmal/bengkel terpilih dengan laluan yg paling singkat.  Makmal/bengkel yg dipilih adalah yg Pernah diodit semasa lawatan etac utk akreditasi DEP pada bulan oktober 2018.
3. Runner jabatan plk diminta bersedia untuk mendapatkan Dan memulangkan fail berstatus 'sharing'.
Satu borang direka oleh Masburah  supaya runner dpt mencatatkan sebarang pergerakan fail. Ini adalah kerana terdapat dua program yg akan diodit serentak iaitu DET dan DTK. 
Semoga Allah permudahkan urusan ini. 
4. LO students telah diberikan pencerahan di mana Pengumpulan pelajar sampel terdiri daripada 3cemerlang, 3sederhana Dan 3rendah.
Hasilnya pelajar DTK berjumlah 36 drpd semester 1-5. Pelajar DET pula 45 pelajar keseluruhan. Total besar =81 pelajar.
Maka ajk makanan diwujudkan  utk meng'oder' makanan kpd pljr yg dipilih supaya lebih senang dikawal. 

Malangnya Aku tidak dpt menggunakan wang tersebut untuk pelajar mpp.  Seramai 16 pelajar mpp akan bersama2 berkumpul di dewan kuliah jke pada pukul 12.30tghari... Selepas lunch,  pelajar akan diberi taklimat akhir oleh Raja Intan. Antara isi kandungan adalah pengenalan kpd ETAC Dan OBE. 

5. Minit mesyuarat pihak pengurusan juga perlu dikumpulkan. Dgn bantuan en wan Mustaffa minit mesyuarat telah dpt disediakan... Syukur.. .

6. Ajk persiapan tempat jgk telah menyiapkan bilik audit lebihkurang seminggu yg lepas.  Bukannya senang utk menyiapkan bilik audit DET.  Aku terpaksa membuat jadual agihan kerja supaya Semua dpt bekerja dengan adil. Setiap keja terpaksa dipantau kerana mereka masih baru... Bermula dgn pembelian rak Dan fail.  Aktiviti pengosongan bilik epp, terpaksa menggunakan pelajar. Kesian Kat pelajar2ku yg terpaksa mengangkut meja dan kerusi drpd aras 1 ke aras 5. Semoga anak2 ini berjaya dalam pelajaran Dan kerjaya.. Aamiin... 

Saturday, 9 February 2019

Apabila terpaksa cuti 1 walaupun Penyelaras akreditasi etac

Pada 18 n 19 Feb ni 2 program di jke akan diaudit oleh external examiner... Asalnya audit adalah pada 30 n 31 Jan, tetapi disebabkan kedua2 program yang akan diaudit belum bersedia...

Bila nampak tarikh baru tu.. Mmg tak senang duduk aku jadinya... aku merasa serbasalah kerana pada tarikh 18 Feb tu anak aku yang belajar di Australia akan berangkat ke sana setelah bercuti di Malaysia 2 bln lebih... 

Bukannya aku sengaja nak mintak cuti tapi akupun manusia biasa... Ada ketika tuntutan keluarga terpaksa aku utamakan...

Thursday, 7 February 2019

Aku sayang pada mereka...

Siapa tidak menyayangi keluarga nya.. . Bagiku,  aku sanggup berkorban segalanya untuk mereka...

Sahabat dan taulan. . Tidak pernah aku abaikan... Mereka umpama bintang2 di langit yg sentiasa bersamaku....  Menunjukkan arah jika aku buntu... 

Namun, dalam meniti hari2ku dengan kerjayaku sebagai pendidik, aku sangat menyayangi pelajar2ku...

Aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka, tidak hanya di dunia fana ini, tapi juga di negeri akhirat yang kekal abadi...  Bagiku siapalah aku jika gagal membentuk mereka menjadi insan mulia....

Aku bimbang andai ilmu yang Aku sampaikan kepada pelajar2ku sudah ketinggalan zaman...  Hari2 aku cuba menambahkan ilmu yang tidak seberapa ini... Biarlah kelihatan aku ni terlebih rajin... Namun aku berpuashati jika pelajar2ku faham dan mendapat manafaat darinya....  Aamiin... 

Doaku setiap hari.....

Ya Allah... Jauhilah diri kami dari fitnah kubur
Ya Allah ..  Jauhilah diri kami dari fitnah api neraka
Ya Allah... Jauhilah diri  kami dari fitnah dajjal
Ya Allah.... jauhilah diri kami dari fitnah hidup dan  mati


Aamiin... 

Tuesday, 5 February 2019

Detik 12 tengah malam... Pengajaran dari kata InsyaAllah

Sehari lagi umur kita meningkat... Maknanya juga umur kita kian pendek...

Satu pengajaran yang besar aku dapat hari ni ialah sentiasa mengucapkan InsyaAllah pada apa jua yang kita rancang...  Kerana hidup ini bukan Di bawah aturan kita,  tapi semua adalah kuasa Nya... Yang Maha  Pengatur... Samaada esok akan berlaku seperti yang dirancang atau Sebaliknya...

Bukan kita tak tahu... Tapi untuk mengucapkan InsyaAllah tu kadang2 rasa macam orang kata, aku ni nak tunjuk alim ka... Pedulikan apa yang orang pandang,  hanya pandangan Allah yang perlu diutamakan...

Pengajaran untuk mengucapkan InsyaAllah bagi perkara yang belum dilakukan... .

Kisah ini berlaku sebelum peristiwa hijrah ke madinah... 2 pemuda Mekah telah pergi ke madinah berjumpa dengan seorang pendeta yahudi yang terkenal di sana...

Mereka inginkan kepastian tentang adakah Nabi Muhammad saw adalah seorang rasul. Mereka bertanya kepada pendeta ttg ciri2 sebenar Rasul.  Pendeta itu menjawab  baginda mestilah boleh menjawab 3 soalan iaitu:
1. Ceritakan kisah sekumpulan pemuda yang beriman, lari bersembunyi daripada Raja yang zalim
2. Ceritakan tentang seorang Raja yang sangat berkuasa menyebarkan Islam di bumi Allah
3. Ceritakan tentang roh


Bila 2 pemuda ini pulang ke Mekah, mereka pun telah memberitahu pbesar Quraish tentang soalan2 tersebut.

Pembesar2 tersebut dengan angkuh nya telah bertanyakan 3 soalan tersebut kepada nabi Muhammad saw.  Nabi juga merasa gembira ingin membuktikan kerasulan nya sehingga terlupa mengucapkan InsyaAllah...  Baginda menyebut Esok aku akan menerangkannya...

Kelangsungan dari peristiwa ini,  turunlah Ayat 23, surah  Al kahfi yang mana Allah menegur baginda...