Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
puisi-tangisan-mata-bunda
puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
coretanku-mak-mak-memang-hebat
muhasabah-pagi
puisi-tangisan-mata-bunda
puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
coretanku-mak-mak-memang-hebat
muhasabah-pagi
Sebenarnya jauh di sudut hati mmg dah terasa budak sakinah ni dapat straight A... Walaupun bukan straight A+..
Anakku yang bungsu ni agak sensitif sikit dan mudah fikir pelik2..
Malam sebelum keputusan SPM diumumkan, Anakku ini tak boleh nak pejam mata. Akibatnya Akupun tak boleh nak tiduq... terpaksa melayan ajer karenah dia...
Esoknya Aku dan encik somi yg mmg dah amik cuti awal2 lagi ke SMK Badlishah.... Pukul 9.30am Kami dah bertolak ke SMK Badlishah Kulim dengan Perasaan Berdebar2... Sempat lagi aku dok ceramah dekat anak bungsuku ini agar menerima sahaja apapun keputusan yang bakal diumumkan...
Parking Kat Padang sekolah.. Tempat yang telah disediakan oleh pihak sekolah... Kami bertiga berjalan kaki menuju dewan samsuddin...
Masuk dan duduk. Cikgu mengumumkan sebentar ja lagi (dalam pukul 10, keputusan akan diumumkan...)
Pengetua sekolah dijemput hadir penyampaian keputusan SPM Di KUPSIS, pelajar terbaik sekolah telah pergi ke KUPSIS bersama pengetua untuk acara di sana......
Jadi pengumuman menjadi tanggungjawab penolong Pengetua sekolah.
Keputusan sedikit merosot berbanding tahun sebelumnya... Hanya seorang pelajar yang dpt straight A+...26 mendapat straight A. Jadi, yg dapat keputusan hari ini hanya 25 sahaja sebab sorang dah pi kupsis...
Bayangkan aku Dan encik somi Berdebar2 apabila 24 pelajar yang yang mendapat straight A telah diumumkan... Nama Anakku belom juga disebut... Aku memalingkan muka melihat ke wajah encik somi yang sudah agak berubah riaknya....
Tetiba bila tiba nama pelajar terakhir, nama Nur Sakinah binti zainol diumumkan mendapat 10A... Terkejut betul... Sbb mmg tak sangka langsung nama anakku akan menjadi pelajar terakhir. Ingatkan dah punah harapan...
Alhamdulillah... Syukur diriku yang kerdil ini dengan rahmatNya...
layari juga Jangan buat hal time mula2 masuk kerja
No comments:
Post a Comment