Saturday, 17 April 2021

Elon Musk - antara manusia terkaya di planet

Elon Musk termasuk dalam golongan 10 manusia terkaya di planet bumi...

Malahan pada satu ketika berjaya berada di ranking pertama... Mengalahkan Jeff bezo, seorang pengasas perniagaan Amazon yang sangat berjaya...

Photos: Wikipedia

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi
Namun yang ingin aku ceritakan bukan lah kekayaan Elon Musk ini... Tetapi tentang perniagaan yang diceburi oleh beliau iaitu penghasilan kereta elektrik sepenuhnya secara komersial dengan jenama Tesla...

Beliau bukanlah pengasas Tesla, tetapi telah berjaya menjadi pemegang saham terbesar di syarikat tersebut setelah menerajuinya...

Selain menghasilkan kereta elektrik, syarikat beliau juga telah menghasilkan produk  istimewa untuk bumbung rumah iaitu dua dalam satu...
Selain sebagai jubin bumbung, ianya sebenarnya adalah panel solar...

Sikap bekerja keras Elon Musk adalah antara faktor yang menyebabkan jenama Tesla berkembang maju...  

Satu lagi perniagaan yang diceburi oleh beliau ialah perniagaan angkasa lepas dengan syarikat spaceX. Beliau percaya manusia boleh hidup di planet Marikh... 

Bukan nya aku nak mengagungkan pendapat beliau...cuma usaha gigih beliau ini yang sangat bekerja keras dalam mencapai matlamat nya patut dicontohi..

Beliau dilahirkan di Afrika selatan pada tahun 1971... Kemudian berhijrah ke Kanada... kalau tak silap... Pada usia remaja

Beliau telah mempelopori bidang perniagaan seawal usia 12 tahun... apabila berjaya menghasilkan software games dan memasarkan nya...

Pada awalnya beliau dikatakan adalah pemegang saham terbesar syarikat PayPal. 

Kisah hidup Nikola Tesla

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


Selalu pelajar atau pekerja dalam sektor kejuruteraan elektrik menggunakan unit Tesla


Tetapi di antara kita ada yang tidak pernah mengetahui dari mana wujud nya perkataan Tesla ini...



Photo: Napoleon Sarony [Public domain], via Wikimedia Commons

Meh aku cerita kan serba sedikit tentang lelaki ini:

Beliau dilahirkan dalam tahun 1856 di sebuah wilayah kecil dalam Austria... Sebenarnya dalam kawasan Serbia atau Croatia kerana ketika itu di dalam jajahan Austria...

Menurut satu sumber, beliau di zaman remaja mengikuti pengajian dalam bidang ini, tapi berhenti sebelum mendapat ijazah...


Kemudian beliau berhijrah ke Amerika Syarikat dan bekerja dengan satu syarikat kepunyaan Thomas Edison. Beliau telah membuktikan kewujudan medan magnet dan arus ulang-alik... Pada zaman tersebut dikatakan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh syarikat Edison adalah arus terus (DC current)...

Selain berjaya dalam membuktikan kebaikan arus ulang-alik, satu yang sangat penting ialah usaha keras beliau menghasilkan motor aruhan ( induction motor) dan polifasa yang mana konsep ini terus diguna-pakai sehingga kini ..

Walaupun motor aruhan ini adalah dalam skala yang besar...hanya perubahan saiz sahaja berlaku dalam teknologi masa kini...

Beliau juga dikatakan telah memperkenalkan teknologi radio di Amerika Syarikat...

Namun di usia tuanya beliau dikatakan tidak waras kerana beliau telah mengatakan bahawa akan wujudnya internet dan lain-lain ciptaan di masa hadapan...

Namun sebagai manusia, hari ini telah dibuktikan bahawa semua andaian beliau telah menjadi kenyataan...


Pengajaran yang dapat diambil:

1. Beliau sanggup bekerja keras tanpa rehat untuk mempastikan kejayaan nya. Tiada istilah cuti untuk beliau.

2. Kita sepatutnya menghormati pandangan setiap manusia kerana tiada yang mustahil jika Allah menghendaki ianya berlaku

3. Kebijaksanaan beliau telah digunakan sebaik mungkin, malah memberikan manfaat kepada bukan sahaja manusia yang sezaman dengannya bahkan manusia di zaman ini...

Thursday, 15 April 2021

Setahun berlalu


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Setahun sudah berlalu...PKP pertama pun dah setahun berlalu...

Sakinah pun dah setahun belajar online... Tetiba hari Isnin dapat email, kena masuk asrama... kenapa tak tunggu raya? Adeeiii... kesian budak ni..hari2 menangis...

Malam ni aku n hasben akan hantar adik Sakinah ke KL... lepas tarawih, kami bertolak ke KL .. pastu check in hotel nexus kat Bangsar,,, dalam pukul 7.50am bertolak ke kolej 9...
Katanya kena kuarantin, masuk kolej 9 dulu...
Waris hanya boleh hantar sampai tepi jalan saja ..ada van mai bawak ke kolej 9 tu...ikut SOP...

Sayu nya rasa .... Dia pun tak mampu nak call mamanya ...takut nangih

Takpa la adik... Adik kena belajar untuk meneruskan perjalanan dan mendapat pengalaman di sana untuk masa depan adik jgk...

Friday, 9 April 2021

Laksa utara


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Anggaran Untuk 4 org makan

Bhn:

A:LAKSA
1/2 bungkus laksa direndam hingga lembut dan kemudian rebus hingga lembut dgn sedikit garam
B:ULAM

Semua ulam2 ni dihiris nipis2

1 bijik timun
1 rumpun daun salad
Secekak daun selom (kalau suka)
1bijik bawang besar
4 bijik cili padi

C: KUAH
5 ekor ikan kembung disiang dan direbus dlm sedikit air dgn sedikit garam dan 2/3 keping asam gelugur
Cili kisar
Asam gelugur
3 ulas bawang merah
1 bijik bawang besar
1 inci halia 
3 batang serai
Daun kesum
1/2 biji bunga kantan (jika suka)- boleh dipotong 4
Sedikit kunyit

Kaedah:

1.Isi ikan kembung diasingkan daripada tulang 2.Tulang ikan diblend dgn air rebusan dan ditapis
3.Bawang merah dan bawang besar diblend sekali dgn isi ikan
4. Masukkan semua air rebusan dan isi ikan dalam periuk
5.Tambah air agak2 jer
6. Masukkan cili kisar, serai yg diketuk halia yg diketuk daun kesum, kalau suka sedikit kunyit
Masak dengan api yang perlahan
7. Tambah garam jika perlu

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali






Wednesday, 7 April 2021

Gulai ikan masin n terung

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


Alhamdulillah...ada kawan en somi bg ikan masin daripada Sarawak... 

Kecian kat depa, kena pindah politeknik sarawak

mudah2an cepat pindah ke semenanjung balik...

Balik hujung minggu lepas kami buat lah gulai ikan masin...

Ajak hidayah pergi beli barang2 dapor... sayur  buah petola dan ikan temenung , nak goreng


Bahan2nya:

Seekor ikan masin yg sederhana besar
2 bijik terung panjang purple (boleh ganti dgn nenas, timun DLL)
3 ulas bawang merah dihiris/kisar
2 ulas bawang putih diketuk
Minyak untuk menumis
Sesudu halba campur
Santan kotak ( separuh jer)
Sedikit garam
Sedikit air asam jawa
Jika suka... masukkan cili kisar (anak makcik ni suka pedas)

Metodnya:

Potong nipis dan rendamkan dalam air dengan garam
Potong menyerong terung panjang
Tumis bawang merah dan bawang putih dalam minyak agak2 setengah cawan kecik

Masukkan rempah gulai ikan masin Adabi yg telah dimasukkan dalam air suam.
Bila dah naik minyak, masukkan santan

Perlahankan api. Kemudian masukkan terung , air asam jawa dan sedikit garam


Bila terung dah layu, masukkan ikan masin...

Bila dah mendidih tutup api

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali



Sunday, 4 April 2021

Profiling test 27.3.2021


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Mintak maaf byk2 kat unit kaunseling PTSB... walaupun kerjasama antara SEU dan PPsi, tapi tak dapat hadir sbb nak kena balik jitra ..

MCM biasa... semester 1 memang akan ikut apa saja program yang dilaksanakan... Alhamdulillah... Semoga unit PPsi tidak serik untuk terus bekerjasama dengan SEU...


 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali











Saturday, 27 March 2021

Self awareness 26.3.2021(kesedaran kendiri)


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Sesi Pagi: JP dan JKM






Sesi petang: JKE dan JKA







Sebelum buat memo, aku estimate dulu students daripada semua jabatan

Kemudian aku decide pecahan 2 jabatan setiap sesi dgn bilangan student drpd jabatan yg ramai digandingkan dengan bilangan student drpd jabatan yg sedikit. Ini adalah kerana bilangan student terpaksa dihadkan akibat pandemik... Perlu mematuhi SOP yang ditetapkan...

Alhamdulillah... Semua student telah mengikuti program self awareness ini ..

Kesian tengok reaksi student nak kena hadir macam2 program...tapi apabila aku semak kat manual kualiti mmg ada dinyatakan secara jelas... terpaksa lah aku jalan kan jugak ..

Satu pengajaran yang aku dengar ialah kisah seorang kanak-kanak yang dilahirkan cacat tanpa kedua-dua belah tangan...yang telah  menjalani kehidupan daripada zaman kanak-kanak sebagai manusia normal .. kedua ibubapa nya telah mengambil inisiatif untuk menghantar beliau ke sekolah anak2 normal...akhirnya telah berjaya menamatkan zaman persekolahan dan berjaya meraih ijazahnya di universiti dan mendapat lesen bagi membawa kapal terbang...

Kesimpulannya, anak2 yang OKU perlu menjalani kehidupan seharian seperti kanak-kanak normal yang lain dan ibubapa kena positif bila dikurniakan anak yang sebegini...
.   


 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali