Friday, 13 August 2021

Peliharalah daku ya Rabb

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Peringatan buat diriku yang lupa


Wahai Pencipta ku yang Maha Agung Engkau yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Engkau  yang Maha Pengatur dan Maha Luas pengetahuan
Engkau yang Maha Teliti dan Maha Berkuasa

Peliharalah aku, ibubapa ku, suamiku, anak-anakku, semua keturunanku, adik-beradikku, sahabat-sahabat ku, serta seluruh umat muslimin dan muslimat dari segala bentuk kehidupan yang tidak Engkau Redhai
Peliharalah kami ya Rabb
Peliharalah nikmat Iman dan Islam dalam diri kami
Peliharalah kami dari terjerumus ke lembah kehinaan
Peliharalah kami dari segala keburukan
Peliharalah kami dari segala kemaksiatan
Peliharalah kami dari segala dosa

Peliharalah tubuh badan kami dari azab kubur
Peliharalah  kami dari siksa neraka
Peliharalah kami pada hari di mana tiada siapa yang dapat membantu kami melainkan Allah Pencipta ku
Peliharalah kami ketika berada di padang Mahsyar
Peliharalah kami pada hari di mana tiada satu pun amalan kami yang tidak akan dihakimi oleh Mu ya Allah

Peliharalah hati2 kami ya Allah
Peliharalah hati2 kami dari segala penyakit2 hati
Peliharalah kami daripada sifat yang kufur dengan nikmat yang telah Engkau anugerahkan
Peliharalah kami daripada sifat berputus asa daripada rahmatMu semasa diuji dengan ujian dan kepayahan

Peliharalah tubuh badan kami dari segala penyakit berjangkit, penyakit yang merbahaya
Peliharalah penglihatan, pendengaran dan pernafasan kami
Peliharalah kami dari segala penyakit yang boleh menyebabkan kami sukar melakukan ibadah kepada Mu


Engkau lah sebaik-baik pemelihara
Kepada Engkau ya Allah kami datang
Kepada Engkau kami akan kembali

No comments:

Post a Comment