Saturday, 14 August 2021

Kehidupan astronaut dalam ISS

Apakah ISS?

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah stesen angkasa modular (satelit buatan yang dapat dihuni) di orbit Bumi rendah.

Dulu kecik2 aku suka tengok cerita fiksyen sains. Duk dalam kapal angkasa lepas. Best... Mula2 tengok cerita space 1999... suka tengok watak maya...yang tu ja aku ingat...sbb baru umuq 5-6 taun masa tu... Lawak pulak... bila tahun 1999 tak jadi pun lagu tu...

Pastu duk tengok drama bersiri Buck Rogers..hihi... sanggup skip buat homework ka, study ka...untuk tonton cerita ni

Aku memang suka cerita sains fiksyen, sampai dah tua2 ni pun suka lagi...

Jom kita tengok kehidupan astronaut dalam ISS ni... sama tak macam cerita fiksyen dulu2?

Stesen ini telah dilancarkan pada 20/11/1998. Seramai tiga orang angkasawan bertugas di stesen ini pada satu-satu masa. Angkasawan yang akan dihantar ke angkasa lepas harus menjalani latihan di ISS terlebih dahulu.

Stesen Angkasa Antarabangsa dibina dari gabungan kepakaran, teknologi, dan kos beberapa agensi angkasa dunia.

Stesen Angkasa Antarabangsa boleh memuatkan tiga orang angkasawan. Buat masa ini, angkasawan yang bertugas di ISS ialah daripada Amerika Syarikat dan Rusia.

Apa yang Astronaut Makan?

Astronaut makan seperti biasa, namun makanan yang mereka makan agak berbeza sedikit dengan yang kita makan.

Makanan astronaut biasanya sudah dihaluskan dan dibungkus menggunakan kemasan khusus.

Makanan astronaut juga harus mengandung vitamin dan mineral yang tinggi, supaya badan mereka tetap sihat selama di ruang angkasa.


https://inet.detik.com/fotoinet/d-4047622/cara-astronot-makan-tidur-hingga-panggilan-alam

Bagaimana Astronaut Tidur? 

Maklumat dari Space.com, para astronaut harus melatih tubuh dan fikiran mereka untuk tidur. Jadi mereka tidak boleh menunggu badan benar-benar letih, keadaan tersebut boleh mengganggu kesihatan dan tugas di angkasa lepas.

Berbeza dengan di Bumi, di angkasa lepas, matahari dapat dilihat terbit dan tenggelam sebanyak 15-16 kali dalam sehari. Oleh itu astronaut mesti melatih fikiran dan tubuh mereka dengan mengubah jam tidur mereka mengikut keadaan di sana.

NASA juga sudah menyesuaikan keadaan di ISS untuk membantu astronaut tidur dengan nyaman. Misalnya pengaturan cahaya, ruang tidur terpisah, hingga pengaturan kadar oksigen di dalamnya. Bahkan NASA sengaja meminta dibuatkan lampu dengan spektrum warna cahaya khusus.

Bagaimana jika mereka mengalami masalah tidur yang serius? Dilaporkan bahwa NASA sudah menyiapkan berbagai bekal seperti ubat ubatan khusus atau minuman dengan zat yang membantu astronaut rehat. NASA juga menyediakan kemudahan telefon secara langsung ke pasukan perubatan atau psikologi di Bumi yang akan membantu mereka.


https://ms.nationalgreenhighway.org/2369-how-do-astronauts-sleep-in-space-description-photo-an.html

No comments:

Post a Comment