Hari ni aku masak lauk simple ja... Tapi Ank2 suka makan... Alhamdulillah
(Aku suka Ikan temenung -5 ekor)
Dibersihkan dilumur garam n kunyit dan digoreng
Bahan sambal:
Cili boh 1 ikat sederhana
Bawang merah 3 ulas hiris nipis
Bawang putih 1 ulas hiris nipis
Bawang besar 1 ulas - hiris bulat2
Garam
Gula
Air asam jawa
Kaedah buat sambal:
1.Masukkan minyak masak dlm kuali
2.Masukkan bawang merah n bawang putih, goreng hingga kekuningan
3.Masukkan cili boh, masak hingga garing ( tapi hari ni aku try masak dulu cili boh dalam microwave, 2 minit jer... dah garing...hihi... supaya rumah ni tak lah bau sgt sambal tumis tu... Nanti diaorang ni duk bersin pulak)
4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula dan bawang besar sampai bawang tu masak.
Bila dah mendidih, siram ja (hati2, jangan bagi comot yer) sambal tadi atas ikan yang telah disusun comey2 di dalam pinggan ke, mangkuk ke.
No comments:
Post a Comment