Saturday 13 January 2024

Jom berkenalan dengan masjid AL Aqsa

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa 



Di mana jua masjid, semua muslim layak solat di dalamnya, apatah lagi Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al Aqsa. 

Telah termaktub dalam hadis, kelebihan solat di Masjidil Haram adalah 100,000 kali ganjaran nya, Masjid Nabawi pula 1000 kali ganjaran pahala dan Masjid al Aqsa 500 kali ganda ganjaran pahala nya . 

Jadi jika masjid AL Aqsa ini adalah masjid ketiga yang paling besar ganjaran pahala. Tentunya ada sebab mengapa masjid ini boleh mendapat ganjaran pahala yang besar bila kita solat di dalamnya.


Masjid ini adalah turun temurun daripada para-para nabi zaman berzaman. Malah dalam peristiwa Israk mikraj juga, nabi Muhammad saw telah berhenti seketika dan solat di situ sebelum naik ke langit untuk bertemu Allah swt. Ini menandakan masjid ini termasuk dalam 3 masjid yang patut dikunjungi oleh umat Islam.

Membiarkan pihak Yahudi yang ingin dan telah menguasai masjid ini telah menyebabkan umat Islam di seluruh dunia marah dan memberontak. Alhamdulillah, rakyat Palestin masih berusaha untuk mempertahan kan masjid ini daripada diambil dan dijadikan kuil oleh orang Yahudi ini. 

Mereka bukan hanya menguasai masjid ini malah saudara seagama kita yang ingin menunaikan solat di masjid ini juga telah dihalang oleh tentera mereka, alangkah kejamnya mereka.

Kita sebagai seorang muslim mestilah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Allah supaya masjid ini kembali di bawah kerajaan Islam kerana maruah kita dipijak oleh mereka. Dengan hakmilik sepenuhnya kepada orang Islam supaya sebarang aktiviti ziarah ke sana menjadi mudah. InsyaaAllah.





No comments:

Post a Comment