Saturday 13 January 2024

15 Perkara Yang Patut Anda Tahu Mengenai Prosiding International Court of Justice (ICJ) Afrika Selatan vs Israel

 


Kredit: Unit Kajian Hadis Palestin 


1. Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan telah failkan sebuah dokumen yang mempunyai 84 mukasurat tentang jenayah genosid yang dilakukan Israel.


2. Afrika Selatan juga sifatkan usaha ini bukan hanya terbatas apa yang berlaku pada 7 Oktober, bahkan usaha ini merangkumi jenayah aparteid Israel selama 75 tahun.


3. Masyarakat dunia sifatkan Afrika Selatan adalah wakil yang paling layak kerana Afrika Selatan juga punyai sejarah hitam dengan jenayah aparteid.


4. Sesi pendengaran akan berlangsung pada 11 Januari - 12 Januari 2024 (Khamis-Jumaat).


5. ICJ akan dibarisi seramai 15 orang hakim yang terdiri dari: Ahli Tetap Mesyuarat Security Council UN (USA, UK, Perancis, China & Rusia) serta wakil dari Afrika Selatan & Israel.


6.  Afrika Selatan telah menuduh Misi Ketenteraan Israel di Gaza telah melanggar Konvensyen Genosid 1948.


7. Israel dengan serta merta menafikan tuduhan yang 'tidak berasas' ini. Tidak seperti selalu, Israel telah memilih untuk terlibat dalam prosiding kali ini. Israel akan diwakili pasukan peguam yang diketuai oleh Malcolm Shaw.


8. Kementerian Luar Israel menyatakan objektif mereka adalah untuk menafikan segala tuduhan Genosid dan meminta untuk diiktiraf bahawa misi ketenteraan mereka bertindak sesuai dengan undang-undang antarabangsa.


9. Jika keputusan mahkamah berpihak kepada Afrika Selatan, ini akan memberi kesan negatif kepada hubungan ekonomi bilateral, multilateral & keselamatan Israel.


10. Benjamin Netanyahu telah menggesa kepada semua diplomat & duta Israel di luar negara untuk melobi rakan-rakan strategik mereka untuk membantah usaha Afrika Selatan.


11. Joe Biden telah menolak permintaan dan usaha Afrika Selatan.


12. Negara-negara yang telah menyatakan sokongan kepada Palestin & Afrika Selatan: Malaysia, Turkey, Jordan & OIC.


13. Walaupun (jika) keputusan ICJ berpihak kepada Afrika Selatan, ia sukar untuk dikuatkuasakan. Kerana Rusia pernah menolak perintah mahkamah tahun lalu untuk menghentikan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine. 


14. Sehingga kini jumlah yang terbunuh di Gaza sudah melebih 22,000.


15. Jika tidak ada bantuan atau tindakan undang-undang ke atas Israel, Gaza akan mengalami krisis kesihatan dan makanan yang amat membimbangkan.


#IsraelCuak #TaufanalAqsa


No comments:

Post a Comment