Bapa mertuaku memang menjadi orang harapan untuk menjaga ibu mertuaku -mother-in-law(MIL) yang agak uzur dan ingat-ingat lupa. Setiap pagi mereka bersarapan, makan tengahari (lauk-pauk dibeli oleh ayah mertuaku- father-in law(FIL). Begitu juga waktu -waktu solat dan arah qiblatpun FILku tanpa jemu memberitahu kepada MIL.
Lebihkurang dalam pertengahan bulan 12, FIL mengadu penat dan sesak nafas serta sakit kepala. Bila diajak ke klinik atau hospital, FIL agak keberatan mahu ikut.
Kemudian my brother-in-law(BIL) membawa pulang MIL and FIL ke rumah mereka di Changlun. 3 hari di sana, keadaannya semakin teruk menyebabkan birasku memujuk ke hospital. Barulah my FIL mahu ke hospital Jitra iaitu pada pagi hari Rabu di unit kecemasan.
Aku membawa anak-anakku ke wad pemerhatian rapi di hospital jitra setelah diberitahu suamiku. Gembira ku lihat ayahku semakin segar kerana bantuan oksigen yang diberikan oleh pihak hospital.
Besoknya waktu tengahari, panggilan telefon dari suami sangat mengejutkan kerana suamiku memaklumkan FIL sudah tiada harapan lagi untuk meneruskan kehidupan ini. Lagi sekali aku dan anak-anakku ke hospital dan aku menyuruh anak ku yang sulong dan kedua membaca surah Yasin dengan mengatakan kepada mereka supaya Wan (FIL) cepat 'sembuh'.
Rupa-rupanya kesihatannya semakin merosot dalam masa beberapa jam sahaja. Selepas solat asar, semua anak-cucu FIL telah berkumpul. Tekanan darah pun semakin menurun. Nafasnya juga semakin kuat. Kemudian ketika masuk waktu Maghrib kelihatan keadaan FIL agak stabil sedikit. Hampir semua mengambil keputusan untuk solat maghrib segera kecuali 2 dari abg iparku menunggu di situ.
Seusai solat, kami mencari sedikit makanan kerana perut terasa sangat lapar. Kemudian bergegas ke hospital. Semasa menuju ke wad birasku menelefon ku supaya segera ke wad. Kami berlari -lari anak menuju ke wad. Ku lihat skrin yan memaparkan degupan jantung FIL telah berada di tahap yang sangat rendah 28/min. Demikian juga dengan blood pressure tersangat rendah. MIL sedang membaca Surah Yasin. dan ketika MILmembaca ayat yang terakhir, dengupan jantung FIL telah sifar.
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
No comments:
Post a Comment