http://40yearsinmalaysia.wordpress.com
Pada suatu hari ketika ‘Uzair memasuki kebunnya yang
menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona
serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam
ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil
menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang
ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar
bahawa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau
serta sudah jauh dari negerinya sendiri.
Sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru
sahaja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama
sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang
bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan
yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua
keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian
dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh
bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan
mayat manusia yang sudah busuk itu.
“Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan
oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?” begitulah pertanyaan yang datang
bertalu-talu dan tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi
lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia
seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah
meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau
semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama
seratus tahun lamanya.
Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai
lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan.
Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakal
‘Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad
(tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang
belulangnya sudah hancur lebur berderai. Kemudian jasad ‘Uzair yang
telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali
oleh
Allah s.w.t.
pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu
juga ‘Uzair hidup kembali seperti dahulu. ‘Uzair terus berdiri seperti
orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan
buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.
Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya
bertanya, “Tahukah engkau ya ‘Uzair berapa lama engkau tidur?” Tanpa
berfikir panjang ‘Uzair menjawab, “Saya tertidur sehari dua ataupun
setengah hari.” Lalu malaikat pun berkata kepadanya, “Bahawa engkau
terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau
berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai
dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang,
makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai
itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk.”
Berkata malaikat lagi, “Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan
Allah s.w.t..
Allah s.w.t.
dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan
jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah
Tuhan
akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat
untuk diperiksa dan diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan
oleh
Tuhan kepada
engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti
kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada
syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan
Tuhan tentang akhirat itu.”
Setelah ‘Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka ‘Uzair pun berkata, “Sekarang tahulah saya bahawa
Allah s.w.t.
itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.” Tiba-tiba keldai yang
sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan
tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali
bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka ‘Uzair pun
berkata, “Sekarang tahulah saya bahawa
Allah s.w.t.
berkuasa di atas segala-galanya.” Lalu dia pun terus mengambil
keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu
dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya
segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah
dilihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukaran,
akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik sahaja dia sampai di situ,
dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya
telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya,
dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, “Inikah
rumah tuan ‘Uzair?”
“Ya,” jawab perempuan itu. “Inilah rumah ‘Uzair dahulu, tetapi ‘Uzair
telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga
semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut
namanya selain kali ini sahaja.” Kata perempuan itu sambil menitiskan
airmata. ‘Sayalah ‘Uzair,” jawab ‘Uzair dengan pantas. “Saya telah
dimatikan oleh
Tuhanseratus tahun dahulu dan sekrang saya sudah dihidupkan oleh
Allah s.w.t.kembali.”
Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun
berkata, “‘Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu
dimakbulkan oleh
Tuhan
dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat.”
Sambunya lagi, “Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua
dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan
‘Uzair. Kalaulah tuan ini ‘Uzair maka cubalah tuan doakan kepada
Tuhan supaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan.”
“Uzair pun menadah kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat
Tuhan.
Tiba-tiba mata orang rua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih
terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan
kembali muda. Setelah merenung wajah ‘Uzair dia pun berkata, “Benar,
tuanlah ‘Uzair. Saya masih ingat.” Hambanya itu terus mencium tangan
‘Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa Israil.
‘Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah ‘Uzair yang pernah hidup di
kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.
Berita itu bukan sahaja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga
meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun
berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana
itu mereka ingin menguji kebenaran ‘Uzair. Kemudian datanglah anak
kandungnya sendiri seraya bertanya, “Saya masih ingat bahawa bapa saya
mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada
benarlah dia ‘Uzair.”Tanda itu memang ada pada ‘Uzair, lalu percayalah
sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti
yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada ‘Uzair, “Bahawa sejak
penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah
tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun
bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali ‘Uzair sahaja. Kalau benarlah
tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isi Taurat yang betul.”
‘Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan
lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah
mereka percaya bahawa sungguh benar itulah ‘Uzair. Ketika itu, semua
bangsa Israil punpercaya bahawa dialah ‘Uzair yang telah mati dan
dihidupkan semual oleh
Tuhan.
Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan ‘Uzair serta
meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian daripada kaum
Yahudi yang bodoh menganggap ‘Uzair sebagai anak
Tuhan pula.
Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada ‘Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk adalah kepunyaan-
Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan
Allah s.w.t.,
maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah
mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang
menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan
Allah s.w.t., ubatnya hanya satu sahaja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Quran, was-was terhadap kekuasaan
Allah s.w.t. itu hanya datangnya dari syaitan.
Allah s.w.t. telah meletakkan akal dalam kepala kita untuk berfikir, oleh itu gunakanlah akal kita untuk berfikir.