Saturday, 28 August 2021

Muhasabah diri: Dunia hanya sementara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Peringatan buat diriku yang lupa

"Tiap-tiap yang bernyawa akan mati. Sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." Surah Ali Imran ayat 185.



Setiap hari kita mendengar berita kematian sama ada disebabkan sakit, ada yang terlibat kemalangan, ada yang mati lemas mandi di laut atau air terjun. Ada juga yang meninggal dunia tanpa sebab. Itu suatu yang cukup mengejutkan. Dari segi usia pula, tidak kira tua ataupun muda, sehinggakan ada bayi yang baru dilahirkan juga diambil nyawanya tanpa sebab yang dapat dikesan oleh pakar perubatan.

Namun sifat manusia selalu lupa akan peringatan yang telah diberikan oleh Allah. Ramai yang merasakan jiwa akan tenteram dan damai setelah menduduki jawatan atau kedudukan tinggi.

Sebab itu, kita tidak hairan apabila menyaksikan masyarakat hari ini penuh dengan pelbagai konflik semata-mata mencari kebahagiaan yang bersifat sementara.

Keinginan dan kehendak hawa nafsu sentiasa didahulukan. Mereka menganggap dunia ibarat rumah kekal yang akan dihuni selamanya.

Kehidupan dunia lebih menarik perhatian manusia sehingga ada yang  berlumba-lumba mencari harta kekayaan dan meraih kedudukan.

Mari kita simpulkan 3 iktibar penting tentang dunia. Semoga menjadi peringatan kepada kita untuk menghadapi kehidupan dunia agar tidak tersasar daripada kebenaran.

#1 – Jangan Terlalu Memikirkan Balasan Dunia Semata-Mata

#2- Dunia Dipenuhi Dengan Permainan Yang Sia-Sia

#3- Dunia Hanya Tempat Persinggahan Seketika


Rujukan:

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/01/661182/amalan-ke-alam-abadi

https://www.hmetro.com.my/addin/2019/06/464005/akhirat-matlamat-hidup

https://people.utm.my/azilawati/2019/05/17/3-pesanan-penting-tentang-kehidupan-dunia-ini/

No comments:

Post a Comment