Friday, 27 August 2021

Muhasabah diri: Larangan berpendirian assobiyah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Peringatan buat diriku yang lupa


Semangat Assabiyah ialah semangat dan sifat berpuak-puak.

Seorang Sahabat bertanyakan kepada Rasulullah saw, "apakah yang dimaksudkan dengan "Assobiyah itu ? Apakah kecintaannya seseorang terhadap bangsanya dikatakan assobiyah ?"

Rasulullah saw menjawab "Tidak! Yang dikatakan `assobiyah’ ialah apabila seseorang itu menolong kaumnya dalam melakukan kezaliman”.

riwayat Abu Daud.

Apakah kesan jika semangat assobiyah diamalkan dalam masyarakat hari ini?

Sungguh malang jika terdapat pemikiran masyarakat  yang sanggup menerima walaupun jelas salah fakta, semangat berpuak-puak dan kumpulan, berpendirian bagi mereka diukur dengan Kesetiaan kepada Parti atau Kumpulan atau Bangsa atau Mazhab, walaupun jelas silap atau salah.

Ada segelintir masyarakat yang mengganggap perlu terus setia tanpa bantahan sekalipun atas kesalahan dianggap sebagai istiqamah atau teguh pendirian.

Sementara sesiapa yang menyokong atau mengkritik pandangan-pandangan pemimpin atau tokoh berdasarkan fakta dan alasan yang dikemukakan dianggap salah.

Bagi mereka adalah tokoh, kumpulan, puak, parti mengatakan apa sahaja adalah benar walaupun jelas salah. Inilah asobiyah yang sebenar.

Nabi s.a.w pernah bersabda:

“..Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”.

(Riwayat Muslim, al-Nasai dan Ibn Majah)

No comments:

Post a Comment