Tuesday 17 August 2021

Muhasabah diri: 7 golongan yang mendapat naungan Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Peringatan buat diriku yang lupa

Subhanallah, banyak nya hadith-hadith yang menceritakan tentang 7 golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat nanti. Jom baca kisah hebat 7 golongan ini:

• Pemimpin yang adil.

• Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa.

• Orang yang hatinya terpaut pada masjid.

• Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.

• Lelaki yang dipikat wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata: “Percayalah, saya takut kepada Allah.”

• Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.

• Orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya. (Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim)




Foto:
https://www.karyabestari.com/Artikel/760/7-GOLONGAN-BAKAL-MENDAPAT-NAUNGAN-ALLAH-SWT-PADA-HATI-KIAMAT


No comments:

Post a Comment