Tuesday 5 February 2019

Detik 12 tengah malam... Pengajaran dari kata InsyaAllah

Sehari lagi umur kita meningkat... Maknanya juga umur kita kian pendek...

Satu pengajaran yang besar aku dapat hari ni ialah sentiasa mengucapkan InsyaAllah pada apa jua yang kita rancang...  Kerana hidup ini bukan Di bawah aturan kita,  tapi semua adalah kuasa Nya... Yang Maha  Pengatur... Samaada esok akan berlaku seperti yang dirancang atau Sebaliknya...

Bukan kita tak tahu... Tapi untuk mengucapkan InsyaAllah tu kadang2 rasa macam orang kata, aku ni nak tunjuk alim ka... Pedulikan apa yang orang pandang,  hanya pandangan Allah yang perlu diutamakan...

Pengajaran untuk mengucapkan InsyaAllah bagi perkara yang belum dilakukan... .

Kisah ini berlaku sebelum peristiwa hijrah ke madinah... 2 pemuda Mekah telah pergi ke madinah berjumpa dengan seorang pendeta yahudi yang terkenal di sana...

Mereka inginkan kepastian tentang adakah Nabi Muhammad saw adalah seorang rasul. Mereka bertanya kepada pendeta ttg ciri2 sebenar Rasul.  Pendeta itu menjawab  baginda mestilah boleh menjawab 3 soalan iaitu:
1. Ceritakan kisah sekumpulan pemuda yang beriman, lari bersembunyi daripada Raja yang zalim
2. Ceritakan tentang seorang Raja yang sangat berkuasa menyebarkan Islam di bumi Allah
3. Ceritakan tentang roh


Bila 2 pemuda ini pulang ke Mekah, mereka pun telah memberitahu pbesar Quraish tentang soalan2 tersebut.

Pembesar2 tersebut dengan angkuh nya telah bertanyakan 3 soalan tersebut kepada nabi Muhammad saw.  Nabi juga merasa gembira ingin membuktikan kerasulan nya sehingga terlupa mengucapkan InsyaAllah...  Baginda menyebut Esok aku akan menerangkannya...

Kelangsungan dari peristiwa ini,  turunlah Ayat 23, surah  Al kahfi yang mana Allah menegur baginda...

No comments:

Post a Comment