Sunday, 19 January 2014

Motivasi: Kenapa saya bekerja? (Menyelesaikan tugasan di pejabat 5)

Tanya pada diri, kenapa aku bekerja?

Adakah kerana wang semata-mata?

Berbagai jawapan bakal diterima andai soalan ini ditanya, betulkan?
 Di antaranya:
1.  Berbakti kepada agama, bangsa dan negara
2.  Membalas budi ibubapa atau saudara yang bersusah-payah semenjak dari kecil
     membesarkan kita menjadi manusia yang berguna
3. Membantu suami dengan menjana pendapatan sendiri (jika anda wanita)
4. Memang hobi suka bekerja, kalau duduk kat rumahpun tak tahu nak buat apa
5. Menyalurkan kemahiran, kepakaran atau ilmu pengetahuan yang telah dipelajari
    semasa di pusat kemahiran atau di institusi pengajian tinggi dahulu
6. Dapat bersosial sama ada individu  daripada bidang, pengetahuan, kepakaran, umur, status 
    dsbnya yang sama atau yang berbeza.
7. Mengumpul dana untuk hari tua.

Walau apapun alasan anda, apabila kita telah berada di alam pekerjaan,
jika kita adalah penganut Islam tentu perlu mengikhlaskan niat sebagai ibadah kerana
setiap manusia dilahirkan sebagai khalifah di mukabumi ini.

Mencari pekerjaan yang tidak bertentangan dengan syari'at Islam kerana dengan
pendapatan tersebut kita membeli makanan dan sebagainya. Apapun yang dimakan
walau makanan itu ada cop halal (lagi thoyyibah), jika sumber pendapatan itu tidak halal,
maka daging yang terbina di badan  (atau keluarga) boleh membawa kita menempah
tiket (tempat) di neraka bagi kehidupan di akhirat kelak, na'udzubillah..
Renung2kanlah..

No comments:

Post a Comment