http://misi02.mwb.im/
Ku gerakkan pena, ku tuangkan segala kata yg ada. Kutuliskan apa yang ku mampu, untuk menyambut hari berharga.
Hari yang berkilau bagai permata, yang boleh menghapuskan segala dosa. Hari yang tetap jaya, yang dinanti semuanya.
Walapun sedih terukir dosa, tapi hari nan fitri penuh bahagia. Di mana orang saling memaafkan dengan segenap hatinya.
Kebahagiaan terlukis di mata, keceriaan yang berlinang air mata. Bersama berkumpul dengan keluarga, tergambar bahagia yang tiada tara.
Mendo'akan yang telah pergi ke alam sana, dan mendo'akan orang yang masih ada di dunia.
Bercermin ke masa lalu yang penuh dosa, menatap masa depan dengan penuh makna.
Kita suci terlahir kembali, bagaikan bayi tanpa dosa. Menulis dengan pena, di dalam buku lembaran yang baru, setelah kita melewati puncak Ramadhan, di hari yang Fitri.
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment