Sunday, 21 July 2013

Muhasabah diri di bulan Ramadhan 2

Pernah seketika dulu
aku menangis...
aku meratap...
hanya kerana ada kata-kata nista
pasti daripada hambaMu jua


Pernah seketika dulu
aku tersungkur...
aku rebah ....
hanya kerana ejekan
pasti daripada hambaMu jua

Pernah seketika dulu
aku merasa sakit di jiwa
aku merasa pedih membara
tatkala insan yang kusanjung
sanggup melemparkan kata-kata hina.. 

Pernah seketika dulu
aku menadah tangan berdoa
agar insan-insan durjana
mendapat pembalasannya...

Tapi kenapa?
Pada ketika ini
ketika hambaMu  itu
tersungkur kini...
tiada rasa puas di jiwa
tiada rasa indah di sanubari

Berkat Ramadhan yang mulia ini
hati ku terdetik
kenapa perlu berdendam
kenapa perlu bersengketa

Pada ketika ini
aku begitu belas...
aku begitu ikhlas
menghulur tangan...
membantu selagi mampu...

kerana aku tahu
aku bukan siapa-siapa
akupun bukan dijamin syurga

Wahai Tuhan Yang Maha Penghukum
Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun,
ingin aku memohon
pada ketika ini
dan pada hari mendatang
segala kebaikan ini 
menjadi benteng dari nerakaMu
di saat aku kembali...

No comments:

Post a Comment