Friday, 10 May 2013

Puisi Untuk Anak-anakku




Anak ku ......

Apabila kau perlu bergerak ke hadapan

Tolehlah kembali sekali-sekala

Jadi jangan kau lupa

Bagaimana sukarnya untuk menjadi

Seorang insan yang berguna



Anak ku ......

Apabila kau sudah berada di puncak langit

Kadang-kadang renunglah rumput di bumi

Moga  kau  tidak lupa

Tanah di mana asalmu



Anak ku .....

Apabila kau telah mencapai cita-citamu

Adakah kau sombong? 


Jangan wahai anakku!

Kerana Allah SWT Maha Berkuasa

Dalam sekelip mata kau mungkin

akan jatuh, na'uzubillah



Anak ku .....

Apabila kau mendapat apa yang kau layak

Bersyukurlah kerana Dia mengurniamu segala-galanya

 
Namun jangan kau lupa

Itu semua hanya sementara



Anak ku ......

Jika kau gagal untuk mencapai apa yang kau impikan

Jangan kau kecewa menyalahkan takdir

Kerana inilah sikap yang dibenci Allah

Dan  seorang manusia yang penakut



Anak ku .....

Inilah nasihat dari ku

Buat bekalan hari depan mu

Doa ku sentiasa mengiringimu

InsyaAllah di dunia dan akhirat kejayaan sentiasa bersama mu

Semoga nasihat ini tertanam dalam sanubarimu

No comments:

Post a Comment