Sunday, 25 July 2021

7 Langkah untuk Mengurus Belanjawan


Adakah masalah ekonomi menyebabkan anda mempertimbangkan keadaan kewangan peribadi anda? Anda mungkin bimbang kehilangan pekerjaan atau berapa banyak hutang yang anda ada. Elakkan potensi krisis kewangan peribadi; kembali kepada asas dengan belanjawan yang boleh anda tempuhi. Inilah cara untuk memulakan:




Langkah 1: Tetapkan Matlamat Realistik
Matlamat untuk wang anda akan membantu anda membuat pilihan perbelanjaan yang bijak. Tanya pada diri sendiri: Apa yang saya mahukan dalam kewangan saya dalam satu tahun? Tentukan apa yang penting bagi anda dan mulakan di situ. 

Langkah 2: Kenal pasti Pendapatan dan Perbelanjaan anda
Anda mungkin tahu berapa banyak yang anda perolehi setiap bulan - tetapi adakah anda juga tahu ke mana semuanya dihabiskan? Kesan perbelanjaan yang anda belanjakan. Belanja seperti biasa, tetapi selama beberapa minggu, catat setiap sen yang anda belanjakan. Sangat mudah dan anda mungkin kagum dengan apa yang anda dapati. 


Langkah 3:  Senarai Keperluan dan Kemahuan Berasingan
Tanyakan pada diri sendiri: Adakah ini yang saya mahukan atau adakah saya memerlukannya? Adakah membelanjakan wang ini membuat saya lebih dekat dengan matlamat kewangan saya atau semakin jauh? Bolehkah saya hidup tanpanya? Tetapkan keutamaan yang jelas untuk diri anda dan keputusan menjadi lebih mudah untuk dibuat. 

Langkah 4: Rancang Belanjawan Anda
Pastikan bahawa anda tidak membelanjakan lebih banyak daripada yang anda senarai kan di langkah 3. Seimbangkan anggaran anda untuk menampung semua yang anda perlu bayar. 

Langkah 5: Terapkan Rancangan Anda
Padankan perbelanjaan anda dengan ketika anda menerima pendapatan. Tentukan lebih awal apa yang akan anda gunakan untuk gaji. Tanya diri anda: Adakah saya telah memperuntukkan wang untuk keperluan saya (perumahan, makanan, utiliti, pengangkutan, dll.)? Adakah saya telah mengetepikan wang untuk pembayaran hutang, perbelanjaan yang tidak dijangka, simpanan dan keseronokan? Ini akan melindungi anda daripada terus berhutang kerana anda tidak akan bergantung pada kredit untuk membayar kos sara hidup anda. 

Langkah 6: Perbelanjaan Bermusim
Anda tahu bahawa perkara penting akan "muncul" - contoh nya perbelanjaan sekolah, kasut baru atau keahlian tahunan. Ketepikan wang untuk membayar perbelanjaan ini supaya anda mampu membayarnya tanpa hutang. 

Langkah 7: Pandang Ke Depan
Memandu dengan anggaran boleh memakan masa satu atau dua bulan. Anda hidup selama ini tanpa rancangan perbelanjaan, jadi luangkan masa untuk menyesuaikan diri. Jangan takut untuk meminta pertolongan jika perkara tidak berlaku - pertolongan hanya dengan panggilan telefon sahaja.

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Jom bersedia mental untuk pencen

Persediaan Mental Penting Sebelum Bersara. Bukan apa, takut tak boleh terima kenyataan yang kita dah tak boleh pergi kerja...


#Elok buat persediaan terlebih dahulu: 1 - 5 tahun

#Fikir apa yang perlu dilakukan bila bersara

#Berkomunikasi dengan pasangan & keluarga mengenai persaraan

#Menyedari hakikat bahawa bersara adalah satu kitaran hidup

#Cari identiti & tujuan baru anda dalam hidup

#Buat rancangan & tetapkan matlamat

#Gantikan rutin kerja dengan rutin baru

#Cari group sokongan


 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Petua Menjadi Jutawan


#Jauhi Hutang

# Mulakan pelaburan di usia muda dan berterusan

#Jadikan Simpanan sebagai Keutamaan

#Tingkatkan Pendapatan Anda untuk Mencapai Matlamat 

# Bertindak segera untuk mengelak Perbelanjaan Tidak Perlu

# Tetapkan matlamat jangka panjang untuk menjadi Jutawan 

#Melantik Pelabur Profesional bagi membantu melabur 

#Pastikan Pelan Anda berjaya

Tuesday, 20 July 2021

Semalam hari raya pertama - hari raya aidiladha

time kovid2 ni duk umah jela kan....

sambil perangat roti jala dan kuah yang masih berbaki tu... 


pastu perangat rendang dan petang tak lupa juga rebus ketupat daun palas...


Masa pagi raya sebab hasben pi solat aidil adha kat poli, jadi aku pun telah solat hari raya bersama2 anak ku sakinah. 
Hidayah uzur lah pulak... aku jadi imam, takpa la no... dulu2, 33 tahun yang lalu, kat UTM selalu jadi imam kat asrama... ...makmum hari ni... gegirl sorang ni ja...nama i-cina... Hihi... 

Apa kena anak comel ni ... dok bershin pulak... Budak ni lupa pulak camner nak solat raya...jenuh duk cerita pulak...

(Terkenang ada satu hari dulu bulan Ramadhan, jadi imam, mula2 solat Isyak, tarawih, ok lagi...tapi, entah apa la dalam kepala aku, masa rakaat terakhir solat witir... boleh pulak vterlupa baca Fatihah... kesian kat Nurol Huda, kami sama-sama satu blok, jenuh duk isyarat.. Alhamdulillah... Baru teringat tak baca Fatihah...  Lepas tu, kalau solat witir, aku serah kat orang lain la...nyanyok no muda2 lagi... kih3)

Aku tetap sayang Nurol Huda ni, daripada waktu study UTM, kemudian kerja sekali, mengajaq kat Polimas sekali...tup2 aku kena duk PTSB, dah 5 tahun pun.. Itu lah takdirku... Pengajaran buat ku... Masuk kubur pun nanti sorang2...




Gambar hiasan

Allahuakbar... Hari ni dalam sejarah, kes covid kat kulim paling tinggi antara semua daerah di kedah...290 kes

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Memantau Pelajar Latihan Industri Sesi Dis 2020 ( ARMAN WAHID)

Alhamdulillah, pada hari raya aidiladha yang kedua ini aku telah memantau pelajar LI DEP  ARMAN WAHID BIN MOHAMED


Tapi buat video call melalui whasapp sahaja sebab dia berada di dalam kilang...


Mula2 interbiu supervisor, Puan aini untuk mendapatkan informasi berkenaan arman wahid ni.. seperti pelajar berkomunikasi secara verbal dan non-verbal. Kemudian berkenaan pelajar ini sama ada beliau mematuhi segala peraturan yang ditepkan oleh company, pandai menguruskan masa, berdisiplin dalam kerja dan sebagainya. 

Setelah mendapat informasi daripada pihak syarikat, sekali lagi aku meminta utuk interbiu pelajar pulak...

Soalan lebih kurang sama jugak...

Sebelum mengakhiri sesi pemantauan ini, aku telah menitipkan nasihat supaya pelajar sentiasa menjaga nama baik diri, keluarga dan PTSB.
 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Roti jala jelita... Makan bukak posa


2 3 hari lepas... ter"Google"  roti jala yang cantik, dengan warna-warni... ada pulak bunga2 dihias rapi... Jadi aku pun teruja nak makan...

Tapi lepas tu dah terlupa la nak makan roti jala...

Tetiba ada group kecil dengan adik2 masa buat inovasi tahun lepas entah macam mana semenjak PKP ni aktif kembali...

Pah yang telah menjadi usahawan Tupperware berjaya upload gambaq roti jala...cantikkk sangat... Ada upline Pah bagi...akupun teruja balik...

Jadi bila Pah bagi contact number tu...aku try la hubungi... Ermmm... Mmg rasa seronok dapat Oder... Murah sangat... Hanya rm35 sekilo tepung... Cas penghantaran pun rm3 ja ..

Mula2... Gie (nama penjual aka pembuat roti jala) tu panggil aku adikkk... Umuq 5 series dah ni...teruih rasa nak Oder 2 kilo...(melawak jer...tak lah...satgi tak larat makan)

Alamatnya, aku teruih Oder... Tak sabaq tunggu esok... Hari Arafah...kan nak posa...hihi... Bulih bukak posa makan roti jala...

Pastu terpikiq pulak...tentu banyak... sekilogram tepung... Mesti satgi Hasben marah...

Jadi aku bgtau kat penjual aka pembuat roti jala tu... takyah la gubah2...

Buat jer 4 bekas... boleh bagi jiran2... Alhamdulillah... Maka, esoknya 4.30 petang lebih kurang... dapat la roti jala jelita...
Bukan setakat roti jala, sekali dengan kari ayam..  sedap ooo

Tu yang aku nak tunjuk gambar...MMG jelita... seperti di atas...hihi


Gambar hiasan

Tapi yang penjual bgtau ada lagi  macam2 gubahan.. jom aku belanja 2 gambaq


Mula2 makan aku cicah la kuah kari...tapi lepaih tu, cari susu pekat manis.. besa la aku ni, semua cicah susu... kih3


 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Sunday, 18 July 2021

Memantau Pelajar Latihan Industri Sesi Dis 2020 (Mohamad Danial bin Mohd Azmi )

Alhamdulillah, baru selesai memantau seorang  pelajar latihan industri (LI) yang bekerja si Syarikat SZ System Engineering.

Mohamad Danial bin Mohd Azmi pelajar Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan). Beliau adalah pelajar LI fasa 2. Oleh kerana sekarang adalah PKP, maka pelajar ini terpaksa berada di rumah dan tidak dapat mengikuti LI ke site dan sebagainya.

Mulanya, berjumpa secara maya dengan supervisor iaitu pemilik company itu sendiri iaitu Mohd Zamri bin Ali untuk mengetahui progress LI dan keterlibatan pelajar dalam kerja2 di dalam company serta performance pelajar sepanjang mengikuti LI di company berkenaan.

Kemudian,  pelajar telah membentang slide yang diminta untuk mengetahui kefahaman pelajar terhadap proses kerja yang terlibat.




 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi